Terlelap di Pagi Ramadhan
13 Ramadhan 5.50am
"adib,abah suruh cepat.."umi memanggil dari luar bilik.
aku yang sedang menukar baju tahu azan baru sahaja berkumandang sebentar tadi. aku memakai sweater dan berseluar tracksuit memandangkan pagi itu agak sejuk.
Memang menjadi kebiasaan untuk aku dan ayahku bersolat Subuh di Masjid Negeri,Shah Alam. Setibanya di sana dengan Camry, aku mengambil keputusan untuk solat sunat di bawah, bersama dengan sebahagian kecil jemaah yang solat sunat Subuh di tingkat bawah.
Namun,apakan daya.Manusia hanya mampu merancang. Allah menentukan segalanya. Selepas solat sunat,aku duduk sebentar menunggu panggilan Bilal. penantian yang disangka sebentar itu, bukan seperti yang aku fikirkan- apabila aku yang menyangka terlelap selama 10 saat dikejutkan dengan bunyi 'vibrate' handphone dan terpapar, 'Incoming Call--->Abah'
Aku menjadi agak keliru. Pada tika yang sama aku memandang sekitarku dan ku lihat sebahagian kecil jemaah masih ada di tempat yang sama. Ku sangkakan mereka masih bersolat sunat dan menunggu waktu solat berjemaah. Sangkaanku kian meleset bila melihat para jemaah dari tingkat atas turun ke tingkat bawah.
Panggilan Abah aku 'ignore' dan melihat waktu jam,'6.27am'?????!!
30 minit dirasakan seperti 10 saat. mahu atau tidak,terpaksalah jua aku solat berseorangan di rumah.
Jika difikirkan memang agak ironi, pergi ke masjid untuk tidur,balik ke rumah untuk solat...
mungkin jua situasi ini boleh dianalogikan dengan Ramadhan kita. Sedar atau tidak kita telah melalui hampir separuh Ramadhan dan amalan-amalan yang kita lakukan sukar untuk dikatakan CUKUP atau MANTOP AMALKU~! sudah cukup baik sebenarnya tersedar di tengah jalan,jangan tertidur sehingga akhir waktu,kan lebih besar padahnya.
bagi mereka-mereka yang terlelap,bangunlah segera kerana mungkin tidak berpeluang lagi untuk bertemu Ramadhan yang mulia ini.
Ayuh sama-sama bertadabbur dengan Surah al-kahfi,Ayat 32-44.
Dan berikanlah kepada mereka satu contoh: Dua orang lelaki, Kami adakan bagi salah seorang di antaranya, dua buah kebun anggur; dan Kami kelilingi kebun-kebun itu dengan pohon-pohon tamar, serta Kami jadikan di antara keduanya, jenis-jenis tanaman yang lain. (Al-Kahfi 18:32)
Kedua-dua kebun itu mengeluarkan hasilnya, dan tiada mengurangi sedikitpun dari hasil itu; dan kami juga mengalirkan di antara keduanya sebatang sungai. (Al-Kahfi 18:33)
Tuan kebun itu pula ada mempunyai harta (yang lain); lalu berkatalah ia kepada rakannya, semasa ia berbincang dengannya: "Aku lebih banyak harta daripadamu, dan lebih berpengaruh dengan pengikut-pengikutku yang ramai". (Al-Kahfi 18:34)
Dan ia pun masuk ke kebunnya (bersama-sama rakannya), sedang ia berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan sebab kufurnya), sambil ia berkata: "Aku tidak fikir, kebun ini akan binasa selama-lamanya. (Al-Kahfi 18:35)
Dan aku tidak fikir, hari kiamat kan berlaku; dan kalaulah aku dikembalikan kepada Tuhanku (sebagaimana kepercayaanmu), tentulah aku akan mendapat tempat kembali yang lebih baik daripada ini. (Al-Kahfi 18:36) |
berkatalah rakannya kepadanya, semasa ia berbincang dengannya: "Patutkah engkau kufur ingkar kepada Allah yang menciptakan engkau dari tanah, kemudian dari air benih, kemudian Ia membentukmu dengan sempurna sebagai seorang lelaki? (Al-Kahfi 18:37)
Tetapi aku sendiri percaya dan yakin dengan sepenuhnya bahawa Dia lah Allah, Tuhanku, dan aku tidak sekutukan sesuatu pun dengan Tuhanku. (Al-Kahfi 18:38)
Dan sepatutnya semasa engkau masuk ke kebunmu, berkata: (Semuanya ialah barang yang dikehendaki Allah)! (tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah)? Kalau engkau memandangku sangat kurang tentang harta dan anak, berbanding denganmu, (Al-Kahfi 18:39)
Maka mudah-mudahan Tuhanku akan mengurniakan daku lebih baik daripada kebunmu, dan (aku bimbang) dia akan menimpakannya dengan bala, bencana dari langit, sehinggalah menjadilah kebunmu itu tanah yang licin tandus. (Al-Kahfi 18:40) | | English Translation
Ataupun air kebun itu akan menjadi kering ditelan bumi, maka dengan yang demikian, engkau tidak akan dapat mencarinya lagi". (Al-Kahfi 18:41)
Dan segala tanaman serta hartabendanya itupun dibinasakan, lalu jadilah ia membalik-balikkan kedua tapak tangannya (kerana menyesal) terhadap segala perbelanjaan yang telah dibelanjakannya pada kebun-kebunnya, sedang kebun-kebun itu runtuh junjung-junjung tanamannya; sambil dia berkata: "Alangkah baiknya kalau aku tidak sekutukan sesuatupun dengan Tuhanku!" (Al-Kahfi 18:42)
Dan ia tidak mendapat sebarang golongan yang boleh menolongnya, selain dari Allah; dan ia pula tidak dapat membela dirinya sendiri. (Al-Kahfi 18:43)
Pada saat yang sedemikian itu kekuasaan memberi pertolongan hanya tertentu bagi Allah, Tuhan yang sebenar-benarnya; Dia lah sebaik-baik pemberi pahala, dan sebaik-baik pemberi kesudahan yang berbahagia (kepada hamba-hambaNya yang taat). (Al-Kahfi 18:44)

Ana cadangkan makan kurma sebelum p subuh..
BalasPadambru ada tenaga.. huhu..
apa2 pun.. perkongsian yg menarik..
Jzkk.. ^_^
rindu enta.. hehe.. ;p
JzKk Amir:)
BalasPadamAna mmg biasenye mkn karma tiap sahur.
Tp xtau la knp pulak hr tu,sbb Ana pun mmg tido awal.huhu.