بسم الله الرحمن الرحيم


Alhamdulillah setinggi syukur dipanjatkan ke hadrat Allah yang menciptakan langit dan bumi serta seisinya tanpa sedikitpun penat dan lelah. Subhanallah.

Alhamdulillah, akhirnya blog yang kecil ini telah berjaya dilebarkan jalurannya ke facebook. Jujur, tidak terlintas untuk membuat page fb
tapi melihat bahawa ramai ustaz-ustaz dan pendakwah hari ini menggunakan page di facebook untuk memudahkan perhubungan dengan 'kipas2nya'.

Namun perkara ini tidak boleh disamakan dengan situasi ana kerana bukanlah selayaknya ana menjadi seorang ustaz, imam ataupun alim ulama, dengan ilmu pengetahuan yang serba cetek serta kurang pengalaman hidup.

Maka,sebarang perkongsian yang ana 'share' bersama rakan-rakan tidaklah perlu dijadikan panduan dan pedoman 100%,hanya apa yang dirasakan memang betul dan sesuai,maka ambillah.

Seperti kata seorang sahabat Rasulullah,Abdullah ibnu Mas'ud yang menyampaikan ijtihadnya,"apa yang benar sesungguhnya ia datang dari ALLAH, dan apa yang salah,maka sesungguhnya ia datang dari saya dan Syaitan"(Sahih Abu Daud 2/1858)

Maka ana benar-benar mengharapkan jika berlaku sebarang kesilapan dan kesalahan,dapat antum betulkan kerana ilmu yang baik boleh membersihkan hati,ilmu yang salah boleh merosakkan hati.

Akhir kata,Jutaan Terima Kasih kerana sudi 'follow' dan 'LIKE' di mana jua antum berada. Thank you a million times!!


Barakalllahu fikum=)

Post seterusnya--> UNDILAH YANG PALING MANTOP DAN MELETOP!!


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

The Legend of Kagutaba Village

The perks of doing elective posting.

Talking about mental health