Jagalah Solat,Islam pasti berdaulat
بسم الله الرحمن الرحيم
Perkenalan dengan seorang pakcik semalam membuat aku banyak berfikir.
Pakcik tersebut bekerja sebagai seorang trainer dan 'drebar' di sebuah syarikat memandu di Shah Alam.
Semasa di dalam kereta,aku ada menyentuh berkenaan negara islam.
Aku: Pakcik rasa negara kita ni mengamalkan syariat islam x?
PC:Tidak..
Aku:kenapa?
PC: sebab pakcik rasa kita kena ambil kira semua kaum.negara kita ada melayu,cina india..bila kita nak laksanakan hukum islam,kita kena teliti,ambil kira semua aspek...besar tanggungjawab..
Aku: Jadi pakcik, salah siapa sebenarnya islam tidak tertegak di malaysia?
PC:ni pandangan pakcik ye..kita lihat pemimpin-pemimpin negara kita..lemah..semua sibuk bermain politik..
umno,pas..melayu islam tapi gaduh..setahu pakcik nabi ade sebut,pemimpin masyarakat tu dibentuk oleh masyarakat tu sendiri..kalau pemimpinnya lemah,ini sebab masyarakat nya lemah..kamu kenal x siapa ketua negara iran tu?pakcik tak ingat...
Aku:Ahmadinejad?
PC:Dia..walaupun dia Syiah..tapi pakcik kagum dengan dia..walaupun dia Syiah,tapi hidupnya sederhana..mana ada dia ambil duit rakyat..dia pakai kereta peugeot tahun 70an tau..rumah dia pun kecil je..Ayatollah Khomenei,.yang dah meninggal tu kan..cara hidup dia memang pakcik kagum..kalau dia ada makanan,dia akan bahagi2 dan beri pada jiran-jiran..cara dia memang menyerupai Rasulullah..
Aku:Walaupun dia Syiah?
PC:walaupun dia Syiah..hari ni..yang ustaz-ustaz,ulama2 baikla,tapi tengok orang-orang biasa..macam mane kita nak laksanakan hudud contohnya,bila SOLAT PUN TAK JAGE..padahal solat tu perkara paling asas..
macam mane nak laksanakan syariat,bila orang tak faham..bila kita nak potong tangan,bukannya mencuri terus kena potong..
Aku: betul lah sebab nak laksanakan potong tangan ni pun ada syarat-syaratnya
PC:betul..dia akan tengok sebab apa dia mencuri,mungkin sebab dia orang miskin,gaji bos tak bagi,anak 6 orang,jadi terpaksa mencuri..jadi hukuman akan dikenakan kepada tuan dia sebab menzalimi dia..
Aku:setuju pakcik.
PC:jadi paling penting,kita kene lah jaga solat kita.kadang-kadang solat pun kita tak jaga.kalau macam tu benda lain pun tak jadilah..
MENJAGA SOLAT
Ayuh kita refresh balik maksud 'memelihara solat' dalam al-Quran dan Hadith
Menjaga solat bermaksud menjaga waktu sembahyang, dalam hal ini setiap sembahyang fardhu hendaklah didirikan bila telah masuk waktu sembahyang.
Akhir kalam,renungkanlah sabda Rasullullah s.a.w:
Barakallahu fikum~

Firman Allah s.w.t:
Sesungguhnya sembahyang itu adalah suatu kewajipan yang telah ditentukan waktunya terhadap orang yang beriman.
(Al- Quran, Surah An-Nisa ayat 103)
Termasuk juga dalam pengertian menjaga sembahyang adalah melaksanakan ibadat sembahyang itu dengan kaifiat seperti yang diajarkan oleh Rasullullah s.a.w., kerana Rasullullah sendiri pernah menegaskan:
Sembahyanglah kamu sebagaimana kamu melihat saya sembahyang.
(Hadis riwayat Bukhad dan Musllm)
Dalam sebuah hadis ada menceritakan Abdullah lbnu Mas'ud r.a bertanya kepada Rasullullah s.a.w amalan manakah yang paling dicinta oleh Allah s.w.t dan Rasul menjawab sembahyang di awal waktunya.
Lebih dari itu menjaga sembahyang juga mengandungi makna mendirikan sembahyang bukan sahaja menyempurnakan gerak badannya, tetapi dilengkapi dengan gerak hati dengan penyerahan hati batin.
Jaminan kejayaan dunia dan akhirat, zahir dan batin adalah dimulai dengan solat dan dikunci dengan solat seperti yang tercatit dalam firman Allah s.w.t.,surah al-Mukminin.
23-1: Sesungguhnya beruntunglah orang yang beriman.
23-2: (Iaitu) orang yang khusyuk dalam solatnya.

Apabila sembahyang dan amalan-amalan lainnya telah melekat dalam din seseorang dan sebagai amalan rutin seorang mukmin, maka Allah s.w. telah menjamin mereka menjadi ahli waris syurga Firdaus iaitu syurga yang tertinggi.
23-9: Dan orang yang memelihara solatnya.

23-10: Mereka itulah yang akan mewarisi,
23-11: Yang akan mewarisi syurga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya.
Akhir kalam,renungkanlah sabda Rasullullah s.a.w:
Orang yang bijak itu ialah orang yang sentiasa menghitung dirinya dan beramal untuk kehidupan sesudah matinya. Dan orang yang bodoh ialah orang yang selalu memperturutkan kehendak nafsunya dan hanya banyak berangan-angan untuk mendapat kemurahan Allah taala.
Barakallahu fikum~
“ Dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu dapat mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar.” (al-Ankabut: 45)
BalasPadam