Senja Dunia

sudah berkurun lama
pemergian seorang manusia agung
semakin suram cahaya
umpama di kala senja

dahulu pernah kita banggakan
kisah keagungan, kisah kegemilangan
pabila nur iman menerangi seluruh alam
takbir bergema tanda kemenangan
alunan tasbih, alunan tahmid tanda kesyukuran
Khulafa,Umayyah,Abbasiyah,Uthmaniyyah sebutkan saja
Tidak siapa tidak kagumi

Namun,
yang hidup pasti kan pergi
dian yang menyala terpadam jua akhirnya
alangkah pilunya kekalahan ini
dunia ISLAM merintih menangis
Kegelapan kejahilan kembali selubungi alam
umpama di kala senja

apakah kita masih membisu?!
Membiarkan umat dihina
RASULULLAH dicerca?
al-Quran dipijak-pijak?
Nyawa saudara melayang umpama debu merah?
Di mana keislamanmu yang engkau lafaz-lafazkan??
Di mana akidah yang engkau pertahankan selama ini??
Luntur sudahkah iman di jiwa?

Persetan musuh agama
Gerunkah kamu para WALI
para SAHABAT
Tiada gerun kamu TUHAN yang melaknat kamu?!!!

Wahai pemuda pemudi
Kegemilangan ummah ayuh kibarkan kembali
derap-derap kebangkitan laungkan semula
Marilah pewaris Solahuddin Ayyubi
Muhammad Al-Fateh
Tegakkan panji ISLAM
Di puncak gunung JIHAD!!

Perlu ku tegaskan
Percayalah teman-teman
Berjuanglah dengan ikhlas
Berjuanglah, dengan kesabaran
Biar malam ribut melanda
Esok pagi menjanjikan cahaya
Dunia akan terang kembali

nukilan afif rahman
 9.15am Jumaat
17 Dis 2010

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

The Legend of Kagutaba Village

The perks of doing elective posting.

Talking about mental health