>dilema COUPLE<(Bukan Kontroversi,cuma Isu Sensasi)


Istilah 'couple' berasal dari perkataan bahasa Inggeris yang memberi definisi dua.2 yang dimaksudkan adalah perhubungan antara lelaki dan perempuan yang biasanya dibarisi golongan bukan mahram.Umum mengetahui bahawa fenomena ini hakikatnya amat bercanggah dengan amalan banyak agama yang mendidik kearah kebaikan.Namun,perbezaan besar antara agama2 lain dengan Islam ialah,

1.Islam merupakan satu-satunya agama yang kekal dan tidak berubah syariat dan akidahnya.
2.Islam mempunyai kitab suci al-Quran yang jelas menegah amalan couple,iaitu larangan mendekati zina.
3.Islam mendidik dan mengajar umatnya secara praktikal dan jelas cara mengatasi masalah tersebut,tidak seperti agama2 lain yang masih kabur dan tidak jelas pelaksanaannya.

Berbalik kepada isu pokok,perlu diketahui sebab golongan remaja ini perlu mempunyai teman lelaki/wanita.

  1. Remaja memerlukan kasih sayang.Menjadi fitrah manusia untuk mencintai dan dicintai.Semasa seseorang insan yang sedang meningkat dewasa,dia memerlukan teman yang dirasakan lebih memahami dan bertepatan dengan cinta yang diinginkannya.
  2. Mempunyai seorang kekasih (mungkin lebih) menjadi trend semasa.Pada hari ini,telefon bimbit menjadi keperluan remaja seperti anda,anda dan anda,sehingga jika tidak memilikinya seperti sudah kehilangan separuh nyawa .Hal yang sama turut melanda buat golongan muda-mudi kini.Supaya tidak ketinggalan dalam arus semasa atau 'outdated',sesetengah dari kita terpaksa (selalunya rela) mengikut telunjuk rakan,atau lebih tepat SYAITAN!
  3. Pengaruh media massa.Teknologi menjadikan sebarang perhubungan menjadi semakin mudah.Filem seperti Ayat2 Cinta(p/s: bg sy x memenuhi syarat utk mjd filem dakwah) ,buku2,majalah serta lagu yang berunsurkan percintaan menjadi kegilaan.Tanpa disedari,pemikiran kita turut dipengaruhi.
  4. Eskapisme.Peningkatan umur seseorang bermaksud bertambahnya bebanan kerja dan tanggungjawab.'Culture shock' yang dialami golongan berjiwa lemah menyebabkan mereka tertekan dan ingin melarikan diri dari realiti hidup,salah satunya dengan memiliki seorang kekasih,yang akan menenangkan jiwa.
  5. Remaja mempunyai impian seperti kisah Romeo and Juliet atau Uda dan Dara,mungkin Qaisy wa Laila.Gabungan faktor 3 dan 4 diatas menyebabkan mereka mempunyai impian yang yang tidak terjangkau dalam dunia realiti,lantas mencipta sebuah 'alam fantasi' masing2. Mereka berhaap agar perhubungan cinta yang dibina mampu memberi kebahagiaan walaupun terpaksa meredah lautan larva sekalipun sehinggalah ke akhir hayat.
  6. Jahilnya asas agama.Mendalami ilmu tanpa mengikut tertib akan merosakkan akidah dan akal manusia. Tidak rasional untuk belajar mengira dan membaca tanpa mempelajari A B C dan 1 2 3 terdahulu.Begitulah jua apabila belajar sujud(solat) tanpa mengenal kepada siapa yang kita sujud,yakni Allah itu sendiri. Ketaksuban sesetengah golongan mencampurkan hak dan batil jelas terpapar pabila mereka menggunakan nama agama demi agenda masing2."..Dia selalu kejut aku solat...","Dia telah mendekatkan aku kepada Allah","Cintaku kpdnya kerana Allah"..Ungkapan2 seperti ini sering digunakan untuk menutup segala kebatilan yang dipertahankan.Hakikatnya,mereka semakin jauh dari yang Maha Kuasa.Wallahu a'lam.
Sebenarnya,masih banyak lagi sebab untuk seseorang itu bercouple.Namun ,disebalik semua alasan yang diberi,tiada satu pun hujah yang mampu mematahkan hujah al-Quran dan hadith.

وَمَكَرُوا وَمَكَرَ الله وَاللهُ خَيرُ المَاكِرِينَ
“Mereka itu melakukan muslihat dan tipudaya kepada Allah dan Allah membalas muslihat mereka dan Allahlah sebaik-baik pembuat muslihat dan tipudaya (bagi membalas tipudaya mereka)” ( Ali Imran : 54).
EPILOG
Perlu diketahui bahawa perjuangan palsu yang dilakukan golongan ini amatlah sia-sia.Usah berdalih dan kembalilah kepada Allah.Jangan dibutakan hati,kerana hati yang buta akan sesat,seperti sesatnya para mulhid (ateis) dan materialisme yang sanggup bermati-matian mempertahakan teori Darwin dengan harapan,sekadar harapan,mereka itulah yang BENAR!
Percayalah,insan yang berhijrah kearah kebaikan merupakan iman yang disukai ALLAH dan RasulNya.
InsyaALLAH,you will find the way.

barakallahu fikum~

jika golongan sasaran membaca artikel saya ini,itu lebih baik.Saya terkilan jika ini sekadar penyeri blog. Sama-samalah kita menegakkan amar makruf nahi mungkar,jgn biarkn rakan2 kita terjerumus dalam gejala ini.Ayuh!!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

The Legend of Kagutaba Village

The perks of doing elective posting.

Talking about mental health