RIJAL TELAH HILANG




Setiap hari bingkisan dari Syurga tiba,
Mengulangi tentang rindunya pada kuntuman rijal,
Mengapa kuntum mekar tidak lagi menghiasi taman?
Di dunia kelopak demi kelopak layu berguguran,
Dimamah deretan anai-anai tribulasi zaman,
Setiap dekad belum lagi manjadi piala perjuangan,
Sebaliknya menjadi takungan air mata,
Yang mengalir di pipi perlahan melihat satu demi satu,
Bolos pada jaring-jaring robek dimakan tikus.

Lukah yang ditanam selama ini tidak lagi seperti semalam,
Jerat yang dipasang juga tidak bingkas,
Setiap kali pulang hanya diburu kesepian,
Di tengah hiruk pikuk mertua dan anak-anak.

Dunia semakin tenat,
Tetapi dentuman sepatu rijal belum lagi kedengaran,
Pulang membawa pesanan yang dikirim,
Umat masih tertinggung di tangga,
Dengan dua tangan menongkat dagu,
Mengintai andainya kelihatan,
Langkah pulang seorang rijal.

Taman Syurga semakin riuh dengan bisikan malaikat,
Bisikan ingin tahu yang sungguh-sungguh,
Siapakah tetamu Syurga esok hari,
Kerana hari ini dunia mengiklankan kehilangannya,
Di sana-sini pada dinding dan tembok-tembok,
Terpampang pemidang jelas,
Bagi sesiapa yang melintasi dan menatapinya.

'RIJAL TELAH HILANG’.

 editor:actually sajak ni diambil dr  seorg ustaz d Saser yg telah dicipta oleh studentnye.
Dgrnye gtulah. Apepun,trimas byk2..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

The Legend of Kagutaba Village

The perks of doing elective posting.

Talking about mental health