Dajjal:Persoalan yang belum terungkai...

                                   Iklan. basikal untuk dijual.Call 0173119434.kalo dapatlaa;D
                                             
Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh,

Segala puji hanya bagi Allah,selawat dan salam ke atas Junjungan Baginda S.A.W serta keluarga dan para sahabat r.a.

Tujuan saya menulis tentang Dajjal pada kali ini bukanlah atas pandangan saya atau untuk membenarkan diri saya dan menyalahkan pihak lain yang mempunyai pegangan tersendiri.Apa yang saya akan perkatakan hanyalah untuk menyebar dan menyokong pandangan bersandarkan al-Quran dan hadis yang sahih. Hakikatnya hanya Allah yang Maha Mengetahui...Wallahua'lam.

Pada hari ini,bicara mengenai Dajjal sering dipinggirkan dari perbincangan masyarakat pada hari ini kerana kekaburan subjeknya serta kemunculan pelbagai persoalan yang sukar dijawab. Umat Islam khususnya ada yang bersifat tidak ambil peduli dan malah menolaknya bulat-bulat kerana menggunakan logik akal dan rasional semata-mata. Mempercayai kemunculan Dajjal adalah menjadi kewajipan setiap Muslim, kerana ia termasuk dalam tanda-tanda besar hari Kiamat,antara rukun Iman yang wajib diimani:

Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: "Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda: "Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi (angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada ditengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin.

 Namun, sebelum kita dapat merungkai misteri Dajjal ini, paling penting ialah kita tahu siapa itu,atau 'apa' itu Dajjal sebenarnya? Mengetahui identiti musuh kita memberitahu kita pertahanan yang perlu disiapkan untuk menghadapi fitnah terbesar dalam sejarah dunia.Tersilap menilai mampu meruntuhkan kubu, sebelum peperangan itu sendiri bermula!Kemunculan pelbagai pendapat terhadap Dajjal semakin rancak apabila berlaku peralihan waktu dan zaman.

Pendapat 1:Kelompok awal seperti para sahabat Nabi saw,tabi'in dan tabit tabi'in mengatakan Dajjal adalah hakikat dan ia akan tampil di akhir zaman sebagai seorang manusia  yang akan membawa fitnah dan kekacauan serta mengaku dirinya sebagai tuhan.Bagaimana kekacauan itu akan ditampilkan, hanya Allah mengetahuinya.

Pendapat 2: Lahir daripada kaedah *pentakwilan mengatakan Dajjal adalah kelompok manusia,satu kaum yang dinisbahkan kepada kaum Yahudi.

Pendapat 3: Satu gerakan sulit yang merancang kejahatan demi kejahatan dan berselindung di balik nama dan pertubuhan rahsia dengan tujuan merosakkan manusia dan tamadunnya serta menjauhkan manusia dari agama. Dirujuk sebagai Yahudi-Zionis. Ada juga mengatakan Amerika a.k.a zionist Anglo American,malah lebih khusus kepada gerajkan Illuminati dan Freemasons. 

Pendapat 4: Dajjal adalah bayangan atau satu manifestasi kejahatan, idealisme atau faham kebendaan.Kefahaman ini berkembang sehingga menjadikan manusia tunduk kepada dunia dan isinya serta menjadikannya sebagai tuhan. Ia wujud dalam bentuk dakyah yang disebarkan sehingga menjadi satu fahaman atau kepercayaan.

pendapat 5:  Kisah Dajjal hanyalah cerita palsu: mitos agama yang direka oleh aliran agama, saduran cerita israiliyyat atau kefahaman yang terpesong.

Semua pendapat diatas mempunyai pengikutnya sendiri.Lalu, dimanakah anda? 

Untuk mengetahui secara lebih lanjut mengenai al-Masih Dajjal,ciri-cirinya,kaitannya dengan kaum Mayan,ahli magis Merlin,Stonehenge,Piramid, dan banyak lagi-jangan lepaskan peluang membeli buku "Membongkar Misteri Dajjal" tulisan Muhammad Nurani Maarif terbitan HR Publishing dengan harga berpatutan,hanya RM 37.90 sahaja di kedai-kedai buku berdekatan. Kalau tidak jumpa atau kurang berkemampuan, atau rasa kurang berbaloi,pinjamlah dari saya ek?!! Marilah kita membaca demi kemajuan ummah!! Ayuh!! 

barakallahu fikum~

*yakni membayangkan atau memberi makna lain bagi perkataan atau penceritaan dalam hadis yang sukar difahami seperti hadis di bawah;" Tidak akan tiba hari kiamat sehingga sungai Furat surut airnya sehingga menampakkan sebuah gunung daripada emas. Ramai orang akan merebut sehingga menimbulkan perang.."

Maka 'gunung emas' yang disebutkan di dalam hadis tersebut ditakwilkan sebagai 'emas hitam' atau minyak yang banyak jumlahnya. lalu berlaku kecenderungan yang tidak terbatas dalam mentakwilkan hadis-hadis mengenai dajjal sehingga mengubah persepsi terhadap Dajjal secara keseluruhannya, sehinggalah ia dilihat dalam bentuk bayangan semata-mata secara keseluruhannya.Bacalah kisah di bawah:

Ada seorang ayah berpesan kepada anaknya supaya tidak bermain di sungai belakang rumah mereka kerana terdapat seekor buaya yang ganas mendiami sungai tersebut. Anak tersebut tidak pernah melihat buaya lalu bertanya kepada rakan-rakannya bagaimana rupa buaya tersebut? Lalu salah seorang dari mereka menjawab," Rupanya seperti seekor biawak." Maka dia bertanyan lagi,"biawak itu bagaimana rupanya?".Jawab rakannya,"Biawak itu seperti cicak di rumah awak..".Maka si buaya yang ganas tadi disangka cicak yang kecil...

Begitulah bahayanya mentakwilkan hadis tanpa kefahaman dan kurangnya sifat hati-hati pada diri seseorang..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

The Legend of Kagutaba Village

The perks of doing elective posting.

Talking about mental health