Hijab antara 2 Hati

-EPILOG sajak SEMALAM.(115,al-Mustaqim 2008)-

Maka aku berfikir sendirian,"Ah tidak mungkin!"

"mimpi indah itu,mimpi itu pasti nyata!Pasti ku dengari semula beburung berkicauan merdu,

kelembutan sang angin membelai tubuhku..dan mawar merah!Ya,ia akan mewarnai hidupku..."


Lalu datang seorang lelaki muda yang aku pernah lihat,sahaya berbicara dengan suara yang keras,

"Hei si tolol!Apakah kau pasti?Apabila remajamu dihabiskan memikirkan sang kekasihmu,

sedang aku memikirkan apakah ada lagi esok buatku??"

"pabila waktu kau bazirkan bersama duniawi,sedang aku membazir waktu mudaku,demi sesuap rezeki!"


"Apakah kau yakin?Apabila kau dalam kepayahan,kau meragui,malah menyalahkan tuhanmu,sedang aku 

dalam kemiskinan,semakin ku cari hakikat kewujudannya..dan,bila kau memandangku,kau lontarkan rasa jijik

dan hina padaku,seorang manusia.

Sedang aku memandang seekor rama-rama,dengan penuh rasa kagum dan dan syukur.Apakah ada beza antara
manusia dan haiwan?Andai manusia itu sendiri seperti haiwan?


Lalu apa katamu..
Ah,aku pasti!aku yakin!
Kerna aku Islam
dan kau,..kau hanyalah
seorang kafir yang hina
tuhanku pasti melaknatmu
Menyiksamu di neraka
tiada tempat buatmu
tidak mahu aku tinggal bersama dengan si jijik
di syurga tuhanku!

Lalu siapa sebenarnya yang buta,dan siapa pula yang dapat melihat
Andai seorang melihat melalui mata
dan seorang melihat melalui hati
Mata itu mudah terhijab
Andai hanya melihat melalui mata yang menipu
Hati itu lebih mudah ditembusi nur
Jika hati itu bersih dan suci

Itulah hijab dua hati..hanya Allah mampu melihatnya...

barakallahufikum~


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

The Legend of Kagutaba Village

Intifada al-Aqsa: Peristiwa, sebab dan kesan

The perks of doing elective posting.