Nasyid dan Aku Part 3
NASYID dan AKU Part 3 bersambung...
Pukul 5.3o pagi
Aku terdengar bunyi loceng jam berdering.
Aku dalam separa sedar terasa berat hendak membuka mata.Lantas ku teringat.
Ah?Ini hari Sabtu!!!!
Terus ku meluncur dari katilku dan membuka lampu kemudian terus mencapai baldi dan tualaku.
Bila tersentuh sahaja kulitku dengan angin pagi,terus bulu romaku lain macam.
Alamak,sejuknye pagi ni.Argh!kene mandi gak!
….........
Brrrr!Macam itulah setiap hari di asrama.
Masuk sahaja ke dorm,mataku terasa 'panas' terpandang set baju melayu yang berwarna kuning keemasan,lupa aku akan kesejukan di luar sana..
Ehm,Adib.do ur best!!
…................
Allahu Akbar...Allahu Akbar...
Azan berkumandang memanggil setiap insan yang menyembahNya..
Tanda ketaatan kepadaNya...
Azan berkumandang menyeru hamba2Nya...
Agar menegakkan agamaNya dengan solat..
Ayuh!menuju kejayaan...
Ya,kejayaan...
itu yang akan kami tujui..
….....................
Percussion,siap!
Makanan lunch,siap!
Emm,ape lagi xde??
Cikgu,Tamimi cikgu!!
Itu pun dia dah sampai!
Cikgu saya...makan, cikgu.Penambah tenaga.hehe.saya memg mcm tu
Maka perjalanan kami ke SMK Desa Cempaka bermula pada pukul 7.40 pagi.Lewat 10 minit dari jadual asal...
Tiba sahaja kami di sana,ak memerhati persekitaran sekolah.
Emm...lawa,cantik,kemas gak..
Oii dib,angkat kongga ni!Ko gi usha awek2 tu watpe?
Ops terleka pulak.hehe
Kami tiba bersama kumpulan dikir barat dan sajak sekolah.
Tiap2 acara mempunyai tempat pertandingan masing2.
Tanpa membuang masa kami mencari tempat berlatih dan menyimpan barang2 untuk sepanjang hari ini.
Rehearsel bermula..
…......................
Pertandingan nasyid daerah kali ini dipecahkan kepada 2 kumpulan kerana penyertaan yang banyak dari sekolah2 daerah Seremban.
Kami diundi dalam kumpulan 2 yang terdiri daripada beberapa buah sekolah termasuk SHAMS,rival kami SDAR,dan STAD serta lain2.
Kumpulan 1 diwakili oleh juara bertahan,SMAP Labu,..yg lain x igt.hahaha
Untuk layak,hanya 3 pasukan dari setiap kumpulan akan dipilih untuk ke peringkat.
Dipendekkan cerita,kami merupakan pasukan terakhir yang akan menyampaikan persembahan kumpulan untuk kelayakan pada hari ini.
…...............
Semasa pengacara majlis menyampaikan pengumuman pasukan yang akan layak ke peringkat akhir,wajah2 yang nervous sudah mula kelihatan.Ruang dewan yang kelihatan meriah tadi menjadi sepi...
Semua hadirin memberikan perhatian yang sepenuhnya.
(Semua diatas adalah hiperbola untuk menambah tarikan pembaca semata2)
Sekolah blablabla...
yeah!!
Sekolah blablabla....
yeah!!!!!(suara perempuan je)
Sekolah blablabla.....
clap3...clap3..sedikit 'yeah!'
(skola agame rupanya)
satu demi satu nama sekolah diumumkan... Namun SaSer masih belum terpacul dari mulut mc yang keramat itu....
akhir sekali..
Sekolah Menengah..
Sains See..rem..ban...!!
Yeah!!Woh0oo!
Kami layak!Kami layak ke peringkat akhir...
Alhamdulillah
pertandingan akan disambung pada waktu petang untuk final..
Kami yang kelegaan dapat melayakkan diri sama2 makan tengahari dan solat di surau berdekatan.Kini keyakinan dan moral kami bertambah.
Latihan suara diteruskan.
Segala kelemahan dan kekurangan terus-menerus diperbaiki.
Cikgu nampak berpuas hati
Tetapi,kami tidak akan berhenti setakat ini..
Kami akan jadi lebih hebat!!
….............................
Masa yang ditunggu telah tiba..
Pentas yang kecil itu ku rasakan amat besar maknanya
Mic yang hitam berkilat itu seolah-olah memahami lagu ini
Bunyi gendang seiring dengan lagu yang didendang
Gaya kami menunjukkan keseragaman kami
Warna hijau dan emas yang bersinar memukau
Dengan vokal lunak mendiamkan bunyi-bunyian lain
Yang baring tersedar,yang duduk terbangun,yang berdiri terpacak tidak bergerak
Tiap-tiap kumpulan nasyid mempersembahkan yang terbaik..
Untuk menjadi yang terbaik!
…..............................
Aku berpuas hati..Andai menang atau kalah,
itu semua kehendak Allah
yang penting,aku telah berusaha dan lakukan sebaiknya...
Alhamdulillah,
Alhamdulillah
Alhamdulillah
Kami berjaya,
KAMI MENJUARAI Nasyid PPDa Peringkat Daerah Seremban 2009!!
Syukur padaNya
Ini semua nikmat dariNya..
Alhamdulillah
Hakikatnya banyak pihak yang terkejut kerana kami adalah 'bawah anjing'(underdogs) dalam pertandingan itu,merujuk kepada kekalah yang agak memalukan semasa MTQ sebelum ini.Namun mereka tidak hairan memandangkan persembahan yang bertenaga dan memukau dari kami..
Alhamdulillah..
Kami gembira,cikgu gembira,rakan2 gembira,
siapa yg tidak gembira?
anda?
Jealous??
akan bersambung...
barakallahu fikum~
Ulasan
Catat Ulasan