Turki Kami Datang :)

بسم الله الرحمن الرحيم



Disclaimer: Tema penulisan kali ini lebih 'free' dan terdedah kepada kesalahan tatabahasa, selain penggunaan manglish yang lebih kerap. Ini juga adalah penulisan saya yang
baru pertama kali ke Turki, salah silap harap diperbetulkan. Wallahua'lam. Selamat membaca! 


**********************
Casts:
Aiman Razali (aka Mang/Aimang)
Aiman Radzman 
Ahmad Hilman 
Ahmad Fadhlullah (aka ahmad kunyangi)
Adib 'Afifi


Prolog


"Allah uji awal-awal sebab nak kita perbetulkan niat. Bukan sekali bahkan berkali-kali!"


Selepas berhempas pulas menghadap nota medic sehingga muntah hijau, menjawab soalan past year sampai tertidur dan migrain membaca soalan mcq dan esei peperiksaan akhir semester 5, percutian ke Turki datang tepat pada masanya.

9 Februari menandakan berakhirnya semester 5 bagi pelajar tahun 3 Universiti Iskandariah, dan bermulanya winter break selama 12 hari. Hoyeah!


Bagi orang-orang yang tak banyak pengalaman merantau macam saya, sentiasa berlegar persoalan, backpacking or with tour guide? Both have their pro and cons.


Dipendekkan cerita, we decided untuk ambil tour guide, Jejak Uthmaniyah (JU) yang telah berpengalaman menjadi ajen pelancongan selama 3 tahun dan mendapat feedback yang rata-ratanya positif dari klien-klien yang pernah menggunakan perkhidmatan mereka. Turns out that antara mereka yang menguruskan JU adalah sahabat saya di Malaysia dahulu. What a small world.


One thing about going on vacation to Turkey-a nation rich with history of civilization and culture, one should prepare with some basic knowledge because Hagia Sophia and Topkapi would be seen as meaningless structures of stones and marbles for one without intention to learn something from it. English A! *Kaching2*


Perjalanan kami bermula pada 12hb, jam 12 tengah malam saat kami menaiki tramco, dipandu oleh Ustaz Ayman. 






Turkey here we come


Perjalanan ke Airport Borg el-Arab diselubungi kabus


Checking in
Penerbangan kami dijadualkan akan berlepas pada jam 3.50am. Kemudian kami dimaklumkan ketika check-in di kaunter, bahawa flight kemungkinan akan ditunda 4-5 jam kerana kabus tebal. Kami pun berehat di kawasan menunggu berdekatan gate boarding. Kami mengisi masa lapang dengan membaca Quran, buku ataupun sekadar duduk berehat mendengar lagu. Baru beberapa muka membaca buku The Ottoman Centuries, mata saya pun kian layu. Susah nak tidur dengan selesa sebab tempat duduk hampir penuh. Ahmad di sebelah saya telah pun lena. Saya pun ke surau berdekatan, tetapi juga dipenuhi lelaki yang kebanyakannya berpakaian putih, I assume they are going for umrah and also got flight delayed. Akhirnya saya gagahkan diri masuk ke surau yang crowded dan cuba mencari tempat kosong, walaupun sebenarnya macam tiada. Kemudian ada seorang budak lelaki yang masih belum tidur membuka sedikit ruang untuk saya, Alhamdulillah. Walaupun sempit dan posisi berbaring yang tidak kondusif, kepenatan membawa saya jauh ke alam lain.

Jam 5.30 pagi saya dikejutkan dengan bunyi percikan air dan beberapa orang yang mengejutkan kami untuk solat subuh. Tidak lama untuk kami semua tahu bahawa flight kami telah dibatalkan. Kami pun solat subuh berjemaah dan kemudian follow the crowd. Lebih kurang 8-10 orang akhawat yang juga bersama dalam penerbangan ke Turki terlebih dahulu mendapatkan maklumat dari pihak bertanggungjawab. Sahih, penerbangan dibatalkan. Tiket di tangan kami dibatalkan dan kami dikehendaki mengambil semula beg di luggage claim area. 

Eh takkan macam tu je?


Kami tertanya-tanya. Kebingungan dan sedikit marah.


Sehingga ada pakcik arab yang menyuarakan (lebih tepat, menjeritkan) ketidakpuasanhati beliau terhadap pengurusan airport yang tidak memberikan penjelasan dan solusi kepada para penumpang. Setelah bertanya-tanya barulah kami tahu bahawa kami akan ditransfer ke Airport Cairo dengan bas percuma. Keadaan tidak berapa stabil kerana pakcik tadi masih marah-marah, menyukarkan pegawai terlibat menguruskan penukaran penumpang.


Apapun Turki, kami datang!



*************************


 1245, 13 Februari 2014/13 Rabiulakhir 1435


Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah setelah 5 jam perjalanan, kami segera check in kerana flight akan berlepas jam 2.30pm.


Kami pun mendaftar masuk. Kelihatan segalanya akan berjalan lancar. But anyhow Ahmad dan Aiman Radzman tak dapat check in. Kami pun minta kakak staf yang uruskan tiket kami semak semula. Aiman Radzman dapat lepas, namun Ahmad tidak.


"The ticket says from Alexandria to Istanbul. You must have Cairo to Istanbul"


Kami pun mengulangi situasi semasa dengan lebih detail. Then staf itu pun minta Ahmad pergi tukar tiket di kaunter Turkish Airlines. Sementara Ahmad pergi menukar ticket kami meninjau-ninjau akhawat yang masih di kaunter. Alhamdulillah mereka tiada masalah.


15 minutes gone tapi Ahmad masih belum sampai. Saya meminta Hilman dan Aiman Radzman untuk boarding dulu, sementara Aimang menunggu saya bersama hand luggages di hadapan kaunter visa. Adrenaline gushing more profusely through my blood vessels and boarding time is up but 10 minutes. 


Few moments later kelibat Ahmad sedikit melegakan, namun ticket masih perlu diissue, segera!


Kami pergi ke kaunter yang sama namun kakak tersebut dengan tenang mengatakan, "The counter is closed". Kami berdua was like, takkan macam itu je? Saya minta kakak itu issue tiket, please help us!


Kakak itu pun meminta kami berjumpa dengan staf lelaki di kaunter hujung. Kami pun bergegas berjumpa dia namun tidak dilayan. Dia sibuk menguruskan customer lain.


Bang! I shot a bullet to the roof.He and everyone in the area was extremely astonished, he then begging for mercy. He issued Ahmad's ticket and we ran as fast as we could.


That was happening in my mind of course. It was all made up, except for the 'Bang!' part, it was real.


Bang! Saya pun menghempas meja customer service dan barulah staf lelaki itu memandang saya. 


"Kenapa tak bagi kami masuk? Issue je lah ticket kami! Kami dah lambat sangat ni!"


"Counter is closed"


Ya Allah...What are we going to do?


 "Ahmad, aku gerak dulu. Dah lambat sangat ni. Kau try dulu setelkan, ambil next flight"


Ahmad tidak menjawab. Dia juga dalam situasi yang amat tertekan ketika ini. Aku serahkan 150le untuk bayaran visa.


Saya tiada pilihan, tiket sudah pun di tangan, jika tertinggal flight maka tak boleh nak refund balik. Tetapi Ahmad masih ada kelebihan itu. Aku pun dengan berat hati meninggalkan Ahmad dan berlari ke kaunter visa. Aiman di sana bertanya," Mana Ahmad?"


"Dia tak lepas, kita kena gerak dulu" Kami menyerahkan pasport kepada pegawai bertugas dan visa kami disahkan tanpa membuat bayaran. Kami berlari sepenuh hati seperti Forrest Gump.


Jauhnya nak sampai gate! 


Masuk sahaja di dalam plane, kami mencari tempat duduk sambil menjenguk di mana Hilman dan Aiman Radzman. Mereka nampak lega melihat kami berdua, namun saya sendiri tersenyum tawar. I guess they got that.



Looking for the rainbow after a heavy rain

"Allah uji awal-awal sebab nak kita perbetulkan niat. Bukan sekali bahkan berkali-kali!" 


Kita merancang, Allah juga merancang. Kerana itu tidak pernah sekalipun dalam hidup kita akan berlaku perkara yang benar-benar dalam perancangan kita. Kerana dibalik tangan dan akal kita yang menyusun jadual hidup, ada lagi Tangan yang Merancang kehidupan menurut kehendakNya. Siapalah kita melainkan hamba Allah? 



***************************

4.30pm
Selepas melalui 2 jam penerbangan yang hening, kami tiba di Ataturk Airport, Istanbul. We still deeply hope that Ahmad does not give up. 

Selepas selesai urusan visa dan luggage serta solat jama' qasar ta'khir, kami berempat keluar dari pintu arrival dan dalam 100-150 orang menunggu ketibaan para penumpang sepanjang laluan, either sahabat handai, keluarga, rakan bisnes, tour guide ataupun perkhidmatan kenderaan/hotel. Kami meletakkan beg dan saya memulakan misi mencari Ziyaad, sahabat saya dan tour guide kami sementara yang lain-lain withdraw duit di ATM HSBC dan lain-lain. Bagi mereka yang tidak menukar kepada wang lira di Mesir boleh terus keluarkan duit dari ATM sini. Lebih jimat bagi saya.

Saya bertemu Ziyaad yang kebetulan baru tiba menyangka dia terlambat. Kami bertaaruf ringkas dan menceritakan keadaan Ahmad yang terkandas di Kaherah. Kami dibawa ke pejabat Turkish Airlines di tingkat atas dan kefasihannya bertutur dalam bahasa Turki turut memudahkan urusan kami dengan staf wanita yang putih-putih dan sedikit gempal itu walaupun staf itu sendiri baik bahasa Inggerisnya.

Jujurnya kami terharu dengan respon dari pihak mereka yang tidak berdolak dalik dan cuba menghubungi sendiri pihak Turkish Airlines di Cairo. Ada penerbangan pada jam 9 malam ini, cuma kami perlu memastikan Ahmad juga mengambil flight tersebut. Kami turut dibenarkan untuk menggunakan telefon pejabat untuk menghubungi Ahmad. Nombor telefon Ahmad juga diberikan kepada Ziyaad untuk akses whatsapp.

Walaupun line tidak begitu jelas, kami dapat menghubunginya dan alhamdulillah Ahmad masih tidak berputus asa! You're cute but you have such a steel heart. (Haha)

Dalam van menuju ke hotel. Ziyaad (kiri) dan Hilman.


Our hotel, Tashkonak Hotel.


Aimang amazed


Still awed. Yes he is. 


Sempat berjalan-jalan malam itu selepas dinner and took a shot on this obelisk.

Read a whatsapp message before Fajr from Ziyaad:
Kerana Ahmad terlalu comel gambar terpaksa diblurkan. (Gambar terdelete jadi tak clear.Itu je)

6.30am 14 Februari 2014
Places to visit:
Sultanahmet Camii/Jami' (Blue Mosque), Aya Sophia, Gulhane Park, Museum of the History of Science and Technology in Islam (inside Gulhane Park), Masjid Fatih dan makam beliau, Masjid Suleymaniye.
Masjid terletak 10 minit berjalan kaki dari hotel


Turkish style breakfast



Hippodrome area, bersebelahan dengan masjid Sultanahmet




Thutmosis Obelisk (front) and Walled Obelisk (left behind)



Aya Sophia and Sultanahmet

Kalau sesiapa yang pernah ke Istanbul, memang akan maklum bahawa Muzium Aya Sofia dan Masjid Sultanahmet terletak betul-betul berhadapan, dipisahkan oleh taman dan within walking distance kira-kira 5-10 minit. 

Selepas Sultan Muhammad al-Fatih (Mehmet II "The Conquorer") membuka Konstantinople pada 29 Mei 1453, Gereja Aya Sophia yang menjadi simbol dan keagungan bagi Kristian Orthodoks telah dibeli dan ditukarkan menjadi masjid.

Lalu mengapa perlunya satu lagi masjid yang berdekatan dan besar, seperti meletakkan Masjid Shah Alam dan Masjid Wilayah dalam satu kompoun yang sama? Tidak logik bukan?

Masjid Sultanahmet dibina oleh Sultan Ahmed I pada tahun 1609. Ada beberapa faktor yang mendorong kepada pembinaan masjid ini:

1. Beliau tidak dikenali sebagai sultan yang hebat dan memenangi banyak peperangan, lalu dibina satu masjid yang dinamakan atas namanya.
2. Ingin menandingi Aya Sofia yang bukan dibina oleh orang Islam.

Kebanyakan Sultan membina masjid melalui hasil peperangan yang dimenangi mereka, namun kerana dalam kes Sultan Ahmet tidak begitu, beliau menggunakan duit rakyat dan akhirnya menimbulkan kemarahan para ulama' dan rakyatnya sendiri. Pembinaan diteruskan dan akhirnya siap pada tahun 1916, setahun sebelum kematiannya pada 1617.






Poster dan banner digantung di banyak tempat mengiringi kehangatan pilihanraya bulan Mac nanti.


Muzium Aya Sophia, sebelumnya masjid dan gereja.


Ahmad is here!




Abang Alel, our tour guide. 







Terdapat kesan budaya islam dan kristian pada binaan Aya Sophia













Tempat khas solat bagi sultan atas sebab keselamatan






The Wishing Column. Siapa dapat pusingkan ibu jari 360 degrees tanpa lepas dari dinding, all his/her wishes will come true.
Komen: "Saya nak pergi hospital, shoulder joint terkehel!"
"Wish granted dear!"


Lukisan Virgin Mary masih dikekalkan, sikap toleransi dan adil terhadap bekas gereja kristian. Hari ini umat Islam bagaimana?


Marble Jar diukir dari sebuah blok marmar. Wow


Alat penunjuk waktu solat mengikut musim. Kita ada? 






Akan dibuka Konstantinople, rajanya sebaik-baik raja, dan tenteranya sebaik-baik tentera- Hadith




Anjing-anjing disini dibiarkan hidup bebas. Kalau perasan ada tag kuning kat telinga anjing ni. 









Tram Istanbul

Gulhane Park & Museum








Subhanallah. Magnificent!














Jujur muzium tadi agak boring, sebab tu tak banyak gambar.  Snap.

Masjid Fatih






Makam Mimar Sinan, arkitek agung Uthmaniyyah, diabadikan dalam makam yang kecil dan simple.

This short video I think summarizes our two day adventure. 












Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

The Legend of Kagutaba Village

Intifada al-Aqsa: Peristiwa, sebab dan kesan

The perks of doing elective posting.