(Epilog)15# Pengakhiran, Satu Permulaan

بسم الله الرحمن الرحيم

Ini adalah episod terakhir travelog saya. Namun bagi saya ini adalah permulaan yang baru. Perspektif baru, niat yang diperbaharui, dan semestinya perjalanan yang tidak lagi sama seperti dahulu. Mengapa?

Saya tidak tahu dengan orang lain, tetapi bagi saya, tarbiyyah sepanjang 35 hari ini banyak mengajar saya tentang kehidupan. Maka ada yang bertanya, apa pula kaitan antara ibadah umrah dan kehidupan? Saya tersenyum.

Jika saya kembali bertanya soalan yang sama, pasti ada yang terkial-kial mencari jawapan.

Saya ingin bertanya semula, apa rasionalnya Allah mewajibkan setiap orang Islam yang berkemampuan untuk menunaikan ibadah ini jika ia tiada impak terhadap kehidupan kita?  Adakah Allah suka-suka. Sudah tentu tidak. Mari kita jawab soalan yang lebih direct;

 Apa sebab kita minum air? Apa sebab kita bernafas? Kenapa kita perlu makan?

Tiga soalan terakhir itu sangat mudah dijawab,"untuk hidup!"

Kita selalu mudah mengambil berat untuk mengisi fizikal dan mental, namun amat susah untuk memberi makanan rohani yang tidak terlihat dek mata kasar.

Segala ibadah yang kita lakukan adalah sebagai cara untuk memperbaiki Akhlak,seperti disebut dalam sebuah hadith, Nabi saw bersabda;

Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak.


Maka akhlak yang baik jelas datang dari nurani,yakni hati yang bersih. Dari mana datangnya hati yang berseri-seri dan sejahtera ini? Tidak lain dan tidak bukan pastinya hati ini didatangkan makanan rohani yang baik dan 'menyihatkan'.

Kini saya yakin sahabat-sahabat semua sudah jelas dan faham. Alhamdulillah.

Jika pemenang Biggest Loser's ditentukan pemenangnya pada berapa banyak berat badan yang berjaya diturunkan mengikut peratusan, tidak pula buat mereka yang menunaikan umrah dan haji. Ibadah mabrur bukannya pada bilangan tawaf atau umrah yang dilakukan, tetapi perubahan yang berlaku pada tuan punya jasad selepas bergraduasi dari madrasah umrah itu. Kita hanya mampu melihat dengan mata kasar, hakikatnya hanya dia dan Allah lebih mengetahui.

Setiap ibadah punya hikmah tersendiri, termasuklah juga ibadah umrah.

Allah telah mensyariatkan ibadah haji dan umrah dilakukan di Mekah, tidak di tempat lain. Allah juga menyuruh kita agar membuat pusingan tawaf sebanyak tujuh kali, sa'ie sebanyak tujuh kali, dan sebagainya yang tidak layak untuk kita persoalkan. Segalanya punya hikmah yang hanya Allahu A'lam. Huassami'un 'Alim!

Buat yang merasakan ibadahnya tidak punya impak terhadap kehidupan, atau lebih tepat terhadap akhlak kita sebagai seorang muslim, renungkan kembali segala solat, puasa, zakat dan segala kerja lain( yang seharusnya diniatkan sebagai ibadah) yang telah dilakukan. Kenapa sahabat melakukan itu semua? Adakah hanya sebagai ritual harian? Sekadar mengikut-ikut?  Jika begitu tidak hairanlah ibadah sahabat tidak punya efek terhadap kehidupan sahabat. Kerana itulah sahabat tertanya-tanya kaitan antara ibadah dan kehidupan.

Sudah terjawab soalan saudara? Alhamdulillah :)

Kini saya pasti sahabat sedang mengenang ibadah-ibadah yang baru dilakukan sebelum ini. InsyaAllah,selepas ini, kita akan lebih teliti dengan setiap pekerjaan kita, kerana semuanya adalah ibadah. Segala ibadah yang diperbuat ikhlas kerana Allah, semuanya tentu dibalas dengan ganjaran yang besar. Aminn :)



...............................................




Masih ingatkah sahabat-sahabat, pada awal kembara (episod 5) kami ke bumi Haramain dengan melalui jalan darat dan laut, jalan pulang kami juga begitu. Cuma kali ini, kami sempat singgah selama 2 hari 1 malam di Amman, Jordan sebelum meneruskan perjalanan kembali ke Mesir. Subhanallah, indah dan damai bumi Urdhun ini . Like Like! :)

Enjoy these pictures taken at Jordan :D
Syed Que, the Terminator :O

Watch out behind you! camera trick

Subuh di Jordan. tenang dan amman
Abdali Hotel, tempat kami bermalam

jalan lengang di subuh pagi
Roti dan pelbagai jenis fulul (tak ingat nama! )



falafil machine made

tiba di Ashabul Kahfi


bergambar di bawah pokok

pintu masuk

wahhh

join the club!!  (-__-'' )

Subhanallah~! Ya Rabb

Ustaz with the place keeper

masjid ashabul kahfi kini tinggalan

loq sebagai model 'orang gua'

nice :D

 Ust Hanif cuba mengambil ibrah,bukan sekadar ziarah!

di hadapan gua

sekitar gua

Loq, model kami di tingkap

tumpang setingkap.hiihi

looking for the source of light

kenang kenangan.bergambar dalam gua
lubang yang didalamnya ada tinggalan tulang2

tinggalan tulang-tulang,dipercayai ashabul Kahfi


artifak-artifak yang disimpan rapi

ukiran unik

tulisan dalam bahasa arab

bergambar bersama syeikh penjaga gua(berjubah putih)



di Amphitheater Romani

agak-agak kalau buka keluar singa? :O

sistem suara yang canggih.suara perlahan boleh dengar dari jauh!

pemandangan kota Amman yang serba klasik dan cantik


turut sempat ke muzium sebelah amphitheater.
menikmati pemandangan masrah





time to go home:)

di dalam kapal,tingkat bawah

uwarrghh.we are coming home! 


Alhamdulillah. Berakhir sudah travelog ini. Pada jam 8 malam, 24 Ogos 2012, diri ini menjejakkan kaki ke rumah terchenta di Ibrahimiyyah dengan menaiki superjet dari Kaherah. Home sweet home:)

Jauh di lubuk hati, aku berazam,"pengakhiran ini hanyalah satu permulaan, permulaan baru kehidupan !"

(Travelog Umrahku, September 2012- Journey to the Truth)












Credits:

Sponsor
Abah
Sate Ibrahimiyyah

Supporters and Critics
Ummi
Kak Iman
Kak Izzah
Iffah
Afiq
Abang Ilman
Abang Imran
etc2

Camera
Fawwaz Zuhaili

Nickname
Iliyyin Zaidan( my 1st niece)

Front Cover 
Ammar Faris
Ust Azmi
Luqman 
Hafizul Najib
Aiman Razali
Nasir
Syed Que
Fawwaz 
Adib


Band of Ikhwahs
(all above)
Nizamuddin Jamil
Amirulhafidz Arifin
Imran Ismail
Ustaz Faizal
Muhammad Hanif
Muhammad Yusri
Nor Iman
Aredho
Akh Azhan
Akh Sayuti
Akh Zikrillah 
Asatiz Kelantanese

Tambahan
Malaysians
Egyptians
All Arabs
All pilgrims
And all who participated whether known or unknown in making of this travelog.Thank you Allah=)

Jazakumullahu Khairan Kathiraa.
May Allah bless your kindness and effort.


notakaki: kalau sahabat ada baca episod 7,saya ada bercakap ingin berkongsi perkara ke 6( apa tak faham? klik sini) pada episod terakhir. Namun saya putuskan untuk disimpan, biarlah rahsia. Harap maklum ^^

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

The Legend of Kagutaba Village

Intifada al-Aqsa: Peristiwa, sebab dan kesan

The perks of doing elective posting.