Kerana boikot adalah cerita-cerita kemenangan!
بسم الله الرحمن الرحيم Ramadhan lalu kita telah dikejutkan dengan serangan Israel terhadap Gaza selama 55 hari. Tidak sampai setahun kemudian Freedom Flotilla 3 (ketika saya menulis ini) sedang menuju ke Gaza bagi menyalurkan bantuan ke sana. Kita mendoakan agar perjalanan mereka lancar. Dan pada minggu yang lalu, Agensi Perdagangan dan Pelaburan UN (UNCTAD) telah melaporkan Pelaburan Langsung Asing (FDI) Israel merosot 50% tahun lalu berbanding tahun sebelumnya. Menurut Dr Danny Ranos, salah seorang penulis dan penyelidik dari jabatan tersebut menyatakan serangan Israel terhadap Gaza tahun lalu, dan boikot global adalah antara faktor kemerosotan tersebut. Laporan penuh. Namun, semasa saya dan team Aqsa Syarif Mesir & KL mengadakan tinjauan di sekitar KL pada September 2014, masyarakat rata-ratanya masih tidak yakin dengan kempen ini. Saya tidak dapat memberikan konklusi akhir dari tinjauan ini kerana tidak mencapai bilangan sampel yang ditetapkan. Sekada...