Hatiku resah tanpa ujian
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum,insyaAllah kali ini ana ingin menarik perhatian pembaca sekalian dengan kata-kata ini,
Assalamualaikum,insyaAllah kali ini ana ingin menarik perhatian pembaca sekalian dengan kata-kata ini,
"Ya Allah,apakah Kau telah mengabaikan aku?Hari ini aku tidak diuji"
Anda mengagak berapa ramai orang yang akan merintih sedemikian?
Kita memohon kesenangan,dia memohon kesusahan?
Kebiasaannya manusia berdoa dan memohon kepada Allah agar dijauhkan kesusahan dan kesempitan hidup.Tapi adakah kita benar-benar memahami maksud 'KESUSAHAN' dan 'KESEMPITAN' dalam doa-doa kita?
Kita melihat bahawa kesusahan itu ialah bila nikmat ditarik daripada kita,sebagai contoh hari ini mungkin kita kaya,dan tiba-tiba esok kita menjadi miskin.Bermaksud dengan ketiadaan wang dan harta,kita susah melakukan kerja harian,segala perkara yang kita rancang tidak dapat dilaksanakan. Itu adalah contoh kesusahan bagi kita.
Kesempitan pula,maksudnya lebih kurang dengan kesusahan,cuma lebih khusus kepada sesuatu yang menggambarkan kesempitan seperti kesempitan wang,masa dan seumpamanya.
Jadi,andainya kita setiap hari berdoa kepada Allah sambil membayangkan kesusahan-kesusahan tersebut,insyaAllah akan dimakbulkan dalam maksud yang kita inginkan.Dalam konteks ini,kita memohon dijauhkan dari kesusahan dan kesempitan yang kita gambarkan seperti di atas.

Berbalik kepada kata-kata rintihan tadi,jelas satu perbezaan yang besar,iaitu dia memohon agar diberikan kesusahan dan kesempitan.Tapi hakikatnya,dia tidaklah memohon kesempitan dan kesusahan,cuma kita menganggap kehilangan keluarga,gagal dalam peperiksaan,dan seumpamanya sebagai sesuatu yang ingin dihindari.
Ana ingin menyebut di sini bahawa dia(si pemohon doa) juga sebenarnya meminta dikurniakan kesenangan dan kelapangan dalam hidup,cuma atas penglihatan yang berbeza,apakah perbezaan itu?
Kita memohon kenikmatan sementara,dia memohon kebahagiaan hakiki.sah kedah?
Perbezaan tersebut boleh dilihat pada dua aspek:
1.Kesusahan dunia adalah sementara,tetapi kesusahan di akhirat adalah kekal abadi(buat mereka yang tidak beriman),maka dia memohon akan kesusahan dunia,bukan bertujuan menyusahkan diri,tapi atas sebab-sebab yang akan ana ulas sebentar lagi.

2.Kesenangan di dunia juga sementara,tetapi kesenangan di akhirat adalah buat selamanya.
Oleh yang demikian sahabat-sahabat,adakah rintihan si hamba ini sudah rasional sekarang?
SUDAH PASTI,kerana,
memetik sebuah doa yang lazim dibaca,jom sama-sama kita amalkan:)
Oleh yang demikian sahabat-sahabat,adakah rintihan si hamba ini sudah rasional sekarang?
SUDAH PASTI,kerana,
- dia mempunyai objektif dan matlamat yang agung,dengan mengejar sesuatu yang abadi.Rasional bukan?
Berlumba-lumbalah kamu (mengerjakan amal-amal yang baik) untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu, dan mendapat Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasulNya; yang demikian ialah limpah kurnia Allah, diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar. (Al-Hadiid 57:21)
- Allah akan meninggikan darjat orang-orang yang bersabar bila ditimpa ujian.
Mereka berkata: "Demi Allah! Sesungguhnya Allah telah melebihkan dan memuliakan engkau daripada kami (disebabkan taqwa dan kesabaranmu); dan sesungguhnya kami adalah orang-orang yang bersalah". (Yusuf 12:91)
- Baginda saw lebih takut akan keadaan manusia bila ditimpa ujian kesenangan hidup berbanding kesusahan hidup.
“Demi Allah, kefakiran yang paling aku takut kepada kamu ialah kamu di berikan nikmat dunia kemudian kamu berlumba-lumba, kemudia kamu binasa sebagaimana golongan terdahulu binasa” [Muttafaqun ‘Alaih hadis dari Amru bin Auf alAnsori]
Menjadi suatu kelaziman sejak azali,para anbiya',ulama,dan mereka yang memuliakan agama Allah akan diuji dengan kepayahan demi kepayahan.
Dan orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasulNya, merekalah pada sisi (hukum) Tuhan mereka, (orang-orang yang mempunyai kedudukan yang tinggi darjatnya) seperti orang-orang "Siddiqiin" dan orang-orang yang mati Syahid; mereka akan beroleh pahala dan cahaya orang-orang Siddiqiin dan orang-orang yang mati syahid itu; dan (sebaliknya) orang yang kufur ingkar serta mendustakan ayat-ayat keterangan Kami, merekalah ahli neraka. (Al-Hadiid 57:19)
- ujian kesusahan juga adalah kafarah dosa
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:“Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah s.w.t, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah s.w.t tanpa dia membawa dosa sedikitpun.” – Hadith riwayat Imam Tirmizi
Akhir kalam,ana ingin memberi satu idea[the ibtila'(hardship) pathway] seperti ini,dalam bentuk yang paling mudah:
ALLAH MENCINTAI ANDA-->DIA MENGUJI ANDA-->ANDA BERSABAR-->MARTABAT DITINGGIKAN-->MULIA DI SISI ALLAH-->DIKURNIAKAN KESENANGAN HAKIKI=SYURGA,insyaAllah.(sengaja tidak dinyatakan enzim-enzim,ko-enzim,pembawa hidrogen,penerima hidrogen,nama proses,inhibitor dan sebagainya dalam laluan ini .you can figure it yourself)cakaplah malas nak buat;P
ALLAH MENCINTAI ANDA-->DIA MENGUJI ANDA-->ANDA BERSABAR-->MARTABAT DITINGGIKAN-->MULIA DI SISI ALLAH-->DIKURNIAKAN KESENANGAN HAKIKI=SYURGA,insyaAllah.(sengaja tidak dinyatakan enzim-enzim,ko-enzim,pembawa hidrogen,penerima hidrogen,nama proses,inhibitor dan sebagainya dalam laluan ini .you can figure it yourself)
memetik sebuah doa yang lazim dibaca,jom sama-sama kita amalkan:)
"Ya Allah, jika segala kesusahan dan keperitan ini mendekatkan aku dengan-Mu, janganlah engkau mengurniakan aku kesenangan dan kemudahan kerana aku takut aku akan jauh dari-Mu lantaran kelalaian dan kealpaanku."
Percayalah dengan diri anda,kerana
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.(2:286)
Percayalah dengan diri anda,kerana
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.(2:286)
=)
mereka tidak memahami ujian ini,tapi tetap bahagia.anda? |
sebarang kekhilafan harap ditegur.jazakumullah.
Ulasan
Catat Ulasan