Kenapa anda Berblogging?
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalammualaikum.Untuk post kali ini ana ingin berkongsi pandangan peribadi ana dengan antum semua berkenaan aktiviti blogging yang telah hampir 3 tahun ana berkecimpung dengannya.
Untuk pengetahuan semua,ana mula terlibat dalam aktiviti blogging ini sejak awal tingkatan 4.kenapa BLOGGING?? moh sini ana nak habaq kat mai suma;
1.Ana inginkan satu ruang dimana ana boleh mengekspresikan penulisan ana dalam bentuk yang ana sukai.Dengan berblogging,ana dapat memberi petunjuk kepada pembaca-pembaca bahawa ana adalah sekian,sekian dan sekian.Sebagai contoh,ana kurang gemar menggunakan 'short form' kerana penggunaannya akan menjejaskan kualiti penulisan dan menghakis etika profesionalisme.Ana juga tidak begitu banyak menggunakan ayat Quran dan hadis kerana ceteknya ilmu ana dalam ilmu tafsir,hadis dan seumpamanya.Ana cuma menggunakannya sebagai menyokong statement tertentu,selain menjadi pedoman dan pengajaran buat umum.
2.Blogging(for me) lebih bersifat peribadi dan boleh diubahsuai mengikut kehendak pemilik blog,yakni ana sendiri.
3.Sebarang post boleh disimpan dan diedit bagi memudahkan tuan punya blogger dan pembaca-pembaca mencari post-post terdahulu.
4.Meningkatkan kemahiran menulis,khusus dalam bahasa Melayu dan Inggeris dan kemahiran IT ana yang tak berapa nak maju ni. ;P
5.Ana boleh simpan link-link yang penting dan mudah diakses.Dengan hanya membuka blog ana,ana dah boleh akses laman-laman web lain with just a (left)click of a mouse=)
6.Ana boleh berhubung dengan rakan-rakan dan ahli keluarga melalui perkongsian gambar dan cerita dengan cara tersendiri.Ana juga boleh update dengan perkembangan rakan-rakan blogger. Jika ana ada sebarang cerita menarik ingin dikongsikan,satu post biasa sudah cukup untuk menceritakannya dan link tersebut boleh disebarkan di facebook dan email dengan cepat dan mudah,tanpa perlu mengulang cerita yang sama kepada orang-orang lain berulang kali.
7.Berdakwah sambil mengingatkan diri sendiri.Berkongsi sesuatu dengan orang lain dengan cara yang kita sukai adalah satu kepuasan.Dan setiap perkongsian ana selalu selitkan nasihat, walaupun sedikit.Sebenarnya setiap nasihat itu ana lebih tujukan pada diri sebagai dorongan,tazkiatunnafs dan pembimbing diri.
8.Menambahkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang.Dalam banyak-banyak post yang ana tulis,selalu ana akan membuat sedikit pembacaan,menelaah sumber-sumber ilmu dan melayari laman-laman web yang berkaitan bagi menghasilkan artikel atau penulisan yang lebih berkualiti dan bermutu.
بَلِّغُوْا عَنيِّ وَلَوْ آيَةٍ
بَلِّغُوْا عَنيِّ وَلَوْ آيَةٍ
"sampaikanlah dariku walau satu ayat"
(HR Bukhari)
tamat bahagian ana,anda bagaimana?(HR Bukhari)
Kongsikan pandangan anda 'Kenapa anda berblogging' dalam ruangan komen di bawah.Segala komen amatlah ana hargai ^_^
salam ziarah..berblogging sbb apa?
BalasPadam1-sbb ana rasa mgkin dgn berblogging slh satu cara nak menyampaikan apa2 shja dlm erti kata lain berkongsi..sharing is caring kn? =)
2-mengisi masa lapang dengan mencoret sesuatu dr xbuat apa2 kan..
3-dpt ramai shbt baru yg juga blogger..berkongsi ilmu..
apa lagi ye..itu sahaja..sekian terima kasih~
wslm.syukran kerana sudi berkongsi pdgn.
BalasPadamkata mudahnya,blogging ni banyak manfaatnya.ana teringat kata2 seorang shbt ayah ana,
"kalau kita kongsikan satu ilmu,dan orang itu amalkannya,pahala kita terus berjalan selagi ilmu itu diamal dan disebarkan.."
mungkin nmpk kecil tapi mungkin perkara2 yg kecil ini membuka pintu rezeki kpd kita,daie dan mad'u.
wallahu'alam.
"WAHAI ORANG-ORANG BERIMAN. JIKA KAMU MENOLONG (AGAMA) ALLAH, NISCAYA DIA AKAN MENOLONGMU DAN MENEGUHKAN KEDUDUKANMU" (SURAH MUHAMMAD,47 : 7)