SLIP SPM: NIKMAT @ BALA?
Saya terkedu sebentar melihat apa yang ada depan mata.Fikiran saya mula menyelam jauh ke dalam.Bukanlah bermakna saya kecewa tapi ia menjadi asbab pintu ilham saya diketuk. Sukar untuk menggambarkan perasaan yang cukup abstrak untuk dizahirkan. Pelbagai analisis yang lahir dalam pemikiran saya. Ia membawa saya mengenang semula setiap sudut peristiwa yang berlaku sebelum saya memegang slip yang ada pada tangan saya.Kemudian lidah saya kelu dan hati terus berkata-kata dan akal saya terus bergerak undur ke masa lalu melihat satu-persatu dalam diri saya.Adakalanya saya rasa menyesal kerana ada kemungkinan apa yang saya dapat adalah kerana dosa-dosa yang saya lakukan.Namun sekiranya ia adalah balasan Allah Ta’ala bukanlah bermakna Allah berdendam dengan hambaNya.Bahkan ia adalah satu tanda Rahmat dari Allah untuk hambaNya berfikir sebelum tiba satu saat tidak ada ruang untuk berfikir(mati).Lalu saya terus berfikir sehinggalah saya buat keputusan dalam diri saya.Sepakat hati dan akal saya terus berkata:
“Apa yang bagus pada pandangan mata kita , belum tentu itu yang terbaik untuk diri dan hidup kita.Apa yang buruk pada pandangan mata kita adakalanya mungkin itulah yang terbaik untuk diri dan hidup kita.Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk diri dan setiap detik kehidupan hambaNya. Dia yang mengetahui apa yang akan berlaku dalam setiap saat masa depan kita.Apa yang kita dapat pada hari ini adalah salah satu daripada agenda perancangan Yang Maha Esa. Allah yang merancang setiap perjalanan kehidupan manusia dan perancanganNya adalah satu ketetapan. Ada manusia yang tidak pernah menjejakkan kaki ke sekolah namun noktah akhir kehidupannya bahagia. Hari ini ada antara sahabat-sahabat kita yang dikurniakan dengan keputusan yang cemerlang kerana itulah yang terbaik untuk diri dan hidup mereka. Namun ada antara sahabat-sahabat yang dikurniakan dengan keputusan yang mungkin mengecewakan namun tidak bermakna ia satu keburukan untuk diri dan hidup mereka.Ada hikmah dan sebab yang khusus di sisi Allah pada masa akan datang kenapa keputusan itu menjadi miliknya.Apa yang pasti setiap perancangan Allah adalah satu rahsia yang sulit di sisiNya.Tiada manusia yang boleh meneka bagaimanakah masa depan dan noktah akhir kehidupan mereka.Banyakkanlah berdoa kepadaNya agar kehidupan kita bahagia dan terus dipimpinNya sehinggalah kita benar-benar menemuiNya.Itulah maksud sebenar kehidupan manusia. Untuk bertemu dan bersama denganNya.”
*Dah sujud syukur? :)
Barakallahu fikum~
Ulasan
Catat Ulasan