Lend Me Your 2 Minutes :)
-dalam pejabat sekolah-
pengetua keluar dari biliknya dengan agak tergesa-gesa dan mendatangi salah seorang kerani sekolah yang masih 'freshie',
lalu berkata,
"awak najib kan?saya nak minta tolong awak boleh?"
"ya..ada apa cikgu?"balasnya dengan nada yang agak gementar.
"saya nak minta awak tolong kasi bakar surat ini sekarang jugak.bakar dekat pos pengawal. boleh?ni penting ni."
"Emm,..boleh,boleh cikgu.Sekarang ni jugak saya buat."
"memang begitulah sepatutnya.terima kasih."kemudian pengetua tersebut berlalu pergi meninggalkan kerani itu.
tanpa berlengah lagi najib bergegas menuju ke pos pengawal,meminjam lighter dari pengawal keselamatan dan membakar surat tersebut bersebelahan dengan pos.
selepas selesai membersihkan abu-abu surat tersebut, najib pergi memulangkan lighter tersebut kepada pengawal tadi.
kemudian dia disapa oleh seorang lelaki muda yang
tersenyum sambil menghulurkan tangan untuk bersalam.
"najib apa khabar?" ^_^
"Alhamdulillah saya sihat,bakar.Apa awak buat kat sini bakar?"
BAKAR??!! +___+'''
:D :D :D
Kesimpulannya,
1.dengar arahan dengan teliti
2.Bersikap tenang dalam apa-apa jua situasi.Menggelabah akan menyebabkan emosi tidak stabil dan bertindak terburu-buru
3.SMILE.It costs u nothing :I :) :D
4. jangan mengelirukan orang dengan mengabaikan penggunaan CAPITAL LETTER.;)
(Dipetik dan totally diubahsuai dari sebuah buku berjudul Motivasi buat Guru)
Barakallahu fikum~
btol2.... kita mmg kne bersikap tenang dalam apa-apa jua situasi...mcm2 boley jadi klu kita gelabah/panik....sma2 kita berdoa supaya kita tenang dan dpt fkir dgn baik klu ada sesuatu yg brlaku....insyaallah Allah akn membntu....
BalasPadamAMIN.
BalasPadamInsyaALLAH.
:)