5 PERKARA YANG TIDAK PATUT ANDA LAKUKAN SEMASA BERADA DI DALAM KENDERAAN AWAM



Assalamualaikum dan Salam 1Ummah

Ana yakin,pasti ramai yang pernah menaiki kenderaan awam,tidak kiralah bas sekolah, bas pekerja, bas ekspres, tren, LRT,monorel, teksi, kapal terbang,feri,
  even some say kereta kawan.Ok kot :)

ana akan menyenaraikan 5 Perkara Yang TAK PATUT antum lakukan semasa menggunakan kenderaan awam.

  1. MAKAN(EAT/HOB)
 Ana pasti di kalangan antum sendiri setuju dan tidak setuju dengan perbuatan ini(Makan di dalam kompoun kenderaan yang luas@dibolehkan adalah dikecualikan).Makan mungkin dilihat perkara yang ringan ,tapi bayangkan situasi ini..


...anda baru sahaja tamat bekerja dan tersangat lapar.Lalu anda membeli pisang goreng di gerai berdekatan stesen kereta api.Anda pun segera masuk ke dalam tren dan tanpa segan silu,anda makan..

KRUP KRUP KRUP..
NYAM NYAM..
Bunyi rangup dan aroma pisang goreng itu telah menangkap perhatian semua penumpang dalam koc tersebut.Mereka yang berdekatan memerhatikan anda,manakala yang berjauhan terpinga-pinga mencari sumbernya.

Selepas menikmati kepingan pisang goreng yang kedua,baru anda perasan semua sedang mengusha anda.Anda berhenti makan, dan apa yang perlu anda lakukan? Seorang kanak-kanak perempuan di ribaan ibunya tiba-tiba menangis
kerana kelaparan.Ibunya memandang anda dengan rasa bersalah.Manakala orang lain yang mungkin turut kelaparan memerhatikan bungkusan pisang goreng yang keluar darinya asap yang menyebarkan bauan enak...

Mungkin ramai akan membantah,"tidak semestinya.jika situasi lain??"

Yup.Tidak salah makan.Cuma ia akan mengakibatkan ketidakselesaan terhadap penumpang lain dan kurang sopan,termasuklah juga gula-gula dan gula-gula getah. 

    2.KENTUT(CLEARANCE OF UNPLEASENT GAS)

Mengeluarkan gas metana memanglah baik untuk badan,tetapi mengeluarkannya di tempat yang tidak sepatutnya bukanlah pilihan terbaik.Namun ingat, kentut secara berlebihan, dan berkurangan pula tidak baik untuk kesihatan.Itu maksudnya anda perlu berjumpa doktor untuk medical check up!

PRRUUTT~~!!

Jika anda mengalami situasi ini di dalam kenderaan awam,cubalah sedaya upaya menahannya.Jika tidak mampu,keluarkanlah perlahan-lahan agar tidak dikesan orang.Hehe
Kalau anda manusia 'x kisah',lakukanlah dengan hati terbuka!
Bunyi yang kuat biasanya tidak berbau,tapi yang tidak berbunyi,sebaliknya pula.
Maka,Terserahlah pada anda:)


3.TIDUR TANPA HENTI(SLEEPING BEAUTY UGLY)

Jika anda sering tidur semasa menaiki kenderaan awam,anda berpotensi untuk mati dalam tidur,terlepas stesen yang dituju,malahan tertinggal barang yang anda bawa!!

Anda juga mungkin akan memalukan diri anda dengan aksi-aksi yang mencalar maruah diri seperti mengalirkan air sungai,ternganga,terjatuh dari tempat duduk @ berdiri,dan mungkin akan mencederakan orang lain di sekeliling anda dengan aksi-aksi ganas dan akrobatik yang biasa anda lakukan di atas katil semasa tidur!!

4.ZINA MATA(EYE CONTACT)

Tidak dapat dinafikan,akan sentiasa ada golongan manusia seperti belangkas yang menghangatkan suasana awam yang suam-suam kuku. Pasangan-pasangan yang amatur hanya mungkin akan berpegangan secara 'sopan' dan tidak terlalu ekstrim,mereka mungkin akan hanya berpandangan mesra dan berbalas kata-kata manis.

Bagaimana pula mereka yang lebih profesional? 

Berpelukan,berbalas pantun fizikal,bercumbuan tanpa menghiraukan orang awam pasti akan menarik banyak mata-mata untuk memandang,walaupun sedetik.Pak-pak imam yang berkopiah mungkin hanya meleretkan mata,anak-anak muda akan melihat dengan penuh tumpuan,ibu-ibu pula menggeleng-gelengkan kepala mereka,manakala isteri2 newly weds akan lebih memerhatikan suami mereka.

Zina mata,turun ke hati,menggugat kekuatan iman,..Jauhilah.


5.LUPA PADA ALLAH(NEVER FORGET)
Inilah perkara yang sering kita lakukan,LUPA PADANYA..

Disebabkan kelekaan itu,kita akan melakukan perkara lagha seperti membuang masa sambil menunggu waktu sampai ke destinasi,

“By time! Surely the human being is at loss. Except for those who have faith and do righteous deeds and exhort one another to truth and exhort one another to patience.”  surah al-Asr


 dan jika kita tidur,tidak dikira sebagai ibadah kerana lupa untuk berdoa dan berniat:
بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ


Dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan mati
 Selain itu,lupa pada Allah menyebabkan kita mudah terperangkap dengan godaan syaitan,lalu nafsu akan mendorong untuk melakukan kemungkaran.


Quran dan hadis di tangan org islam,tp masih gagal mengalahkan mereka yang tidak pernah memegangnya...

"Ingatlah hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenang."
(Ar Ra'du:28)

Akhir kata,di mana sahaja kita berada,janganlah kita melupakan Allah.

"...jika hambaKu mengingatiKu sewaktu senang,nescaya Aku mengingatinya sewaktu dia dalam kesusahan..."(hadis Qudsi)

Sekian

Barakallahufikum~




Ulasan

  1. Syukran adib sbb info di atas....
    yg psal tidor tnpa henti tu ana xtau plak smpai boleh mati....slamat la ana x tidor tnpa henti....huhu....
    ape2pun....post ni bagus sbb bg info dan jgk pengajaran kpd sesapa yg slalu naik kenderaan awam.....ana x slalu naik pun....huhu....
    keep it up ^_^

    BalasPadam
  2. syukran2.Teruskan memeberi komen dan kritikan yang membina diri utk terus meningkatkan mutu blog adn post2 yg akan datang.InsyaALlah:)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

The Legend of Kagutaba Village

The perks of doing elective posting.

Talking about mental health