Catatan

Tunjukkan catatan dari 2017

Tidak menang, bukan kalah

بسم الله الرحمن الرحيم 1948 tragedi Nakbah berlaku. Kini sudah generasi ketiga. Dan mereka masih belum dapat pulang ke kampung halaman. Bagaimana agaknya kekecewaan mereka, berpuluh tahun menanti, sehingga ajal menjemput banyak kembali? Hanya satu contoh. Anda boleh menambah banyak lagi contoh lain yang berlaku pada skala individu, keluarga, masyarakat, negara dan dunia seluruhnya. Sekadar pemerhatian, bahawa mungkin sebenarnya hakikat perjuangan adalah sejauh mana tetapnya kita kepada prinsip. Kerana masa yang lama itu akan merenggut tenaga, keyakinan, wang dan segala macam yang kita miliki. Adakalanya tertanya-tanya dan hairan hilang ke mana segala hasil pelaburan ini? Masa akan menguji adakah kita benar-benar tulus dengan apa yang kita percaya. Akan ada yang berundur, hilang tanpa dikesan. Ada yang bersama, kini menjadi penonton dari luar gelanggang. Ada yang bahkan pula menjadi musuh mencerca kepercayaannya yang digenggam dahulu. Sungguh beruntung, fikirku buat merek

Salaka Tariqan

Abdullah ibn Abbas ra would be waiting in front of the house of a sahabah, until he slept and covered in dust just to learn a hadith from him. Jabir ibn Abdillah ra travelled for 1 month going plus 1 month back just to listen to a hadith. Imam Malik rah took 35 years to write al-Muwatto', but his students only took a week to wrote down his notes. Today we could have access to knowledge more than imam as-Syafie and imam Ahmad ibn Hanbal rah could ever been. How would these experiences impacted them? Today everything can be googled, purchased on the go and downloaded in pdf and whatnot. We sometimes forget that part of teaching is to istil adab. It's really not about the amount of knowledge we have or the gigabytes of soft copy we keep in our hard disks, but the hardships, sacrifice and struggle to gain 'ilm will make us appreciate more. To adik-adik yang masih belajar di kuliah, make an effort to come to class. Its a huge amanah. Whoever goes through a road to gain

Bukti yang nyata

بسم الله الرحمن الرحيم Tadabbur. Tidaklah sama orang beriman dan orang kafir. Pangkat, kekayaan harta, populariti, keturunan & bangsa; ukuran-ukuran yang dipandang tinggi kebanyakan manusia tidaklah menjadi apapun pada mata Allah.  Kerana itu usah khuatir melihat kurangnya kita pada hal-hal itu, kerana yang dinilai Allah itu adalah keimanan kita. Iaitu iktikad percaya yang teguh tanpa ragu akan kewujudan Allah, keesaanNya dan serta pada Rasul dan al-Kitab kemudian dibuktikan dengan tindakan kita melalui pengabdian kepadaNya dan berbudi dengan manusia- tidak kira siapa. Di zaman ini yang segalanya kabur dan sukar dibeza baik dan buruk, amatlah bermakna jika kita cuba untuk benar-benar menghayati al-Quran sebagai hidayah "hudan lil muttaqin."

Kalau Saya Mahasiswa

بسم الله الرحمن الرحيم Petikan dari buku Kalau Saya Mahasiswa tulisan Saifuddin Abdullah: Sebagai sebuah gerakan, mahasiswa/masyarakat sivil, malahan dalam apa bidang sekalipun, perlu mempunyai rukun perjuangan. Dalam hal ini, saya percaya, ia terdiri daripada tiga perkara, iaitu, idealisme, aktivisme dan intelektualisme. Perkara-perkara ini banyak saya pelajari daripada bekas Presiden ABIM, Dr. Siddiq Fadhil. Idealisme merujuk pegangan atau prinsip fundamental yang berasaskan dua perkara pokok. Pertama, kecintaan terhadap nilai yang muluk, mulia dan murni. Contohnya, kecintaan terhadap kebenaran, keadilan dan keharmonian. Manakala yang kedua ialah kebencian terhadap unsur yang murah, muak dan mual, contohnya, kebencian terhadap kepalsuan, kezaliman dan kehuru-haraan. Ini diambil daripada ajaran Islam tentang berbuat makruf dan melarang kemungkaran. Aktivisme pula ialah proses merealisasikan idealisme. Ini termasuk kebijaksanaan menerjemah idealisme agar me

Membetulkan ekstrem sebahagian kita terhadap para sahabat Rasulullah saw

Salah faham kita dalam membaca sirah para sahabat radiallahuanhum adalah konotasi  ekstrem bahawa mereka superhuman sehingga mustahil untuk kita jadikan sebagai role model. Hasrat awal  untuk menurut jejak langkah mereka akhirnya berubah menjadi sebuah inferiority complex.  Hilangnya keterujaan dalam membaca kisah mereka. Rasanya jauhnya kita, akhirnya biarlah mereka jauh, usah dikejar.  Letih. Penat.  Mana mungkin kita akan jadi seperti Umar yang menginfakkan separuh hartanya dijalan Allah, lalu diatasi Abu Bakr yang menginfakkan seluruh hartanya- hanya Allah dan Rasul buat anak dan isteri? Nak keluar duit dalam poket pun memilih-milih duit kecil untuk disedekahkan. Siapa yang tak rasa down? Kedudukan mereka disisi Allah dan Rasul SAW Allah telah mengiktiraf kemuliaan para sahabat di dalam al-Quran,  وَالسَّابِقُونَ الأَوَّلُونَ مِنَ الْمُهَاجِرِينَ وَالأَنصَارِ وَالَّذِينَ اتَّبَعُوهُم بِإِحْسَانٍ رَّضِيَ اللّهُ عَنْهُمْ وَرَضُواْ عَنْهُ وَ

Al-Ma'un: Menjadi benar pada jasad dan jiwa

بسم الله الرحمن الرحيم "Adakah engkau melihat kepada orang-orang yang mendustakan agama?" Allah menarik perhatian RasulNya saw, dan umumnya kita semua melalui sebuah pertanyaan. Siapa orang-orang yang mendustakan agama? Ad-Din juga pada pandangan lain membawa maksud Hari Kebangkitan itu sendiri. Kedua-duanya adalah makna yang tidak bertentangan. Kerana beriman dengan Islam itu sendiri meyakini pada hari akhirat. Apa yang akan terlintas pada akal kita? Mereka itulah manusia yang menolak dengan keras anak-anak yatim. Melihat sahaja anak-anak yatim sudah benci, apatah lagi membantu dan memperlakukan dengan baik. Jika menjadi wakil hartanya anak-anak itu, harta itu juga akan diambilnya tanpa hak. Mereka itu jugalah orang yang tidak menganjurkan kepada memberi makan kepada orang-orang miskin. Bukan tidak memberi makan, bahkan menghalang orang lain dari memberi makan kepada orang-orang yang memerlukan. Sungguh busuknya jiwa mereka sehingga begitu sekali! Manusia yang m

Usrah yang dirindukan, kerana yang kini tidak lagi begitu

Seusai pertemuan mingguan kami, kami biasa akan berbincang-bincang tentang perihal anak-anak usrah, program tarbiyyah serta hal-hal peribadi lain. Seorang ikhwah yang dikasihi bertanya padaku, "Akhi, macam mana nak push anak usrah ana? Ada yang agak susah nak beri komitmen." Lebih kurang begitu maksudnya. Memahami sedikit sebanyak tentang latar usrahnya, aku pun memberi pandangan: " Kalau enta nak adik-adik bagi komitmen, enta perlu bina hubungan dengan dia. Treat them individually. Banyakkan berjumpa diluar liqa. Jumpa one-on-one, hati ke hati.." " Enta pun kena fahamkan mereka kepentingan usrah ni. Sebagaimana enta nak mereka faham kenapa perlunya kepada usrah, enta sendiri pun kenalah faham kenapa enta sendiri join usrah." Dia pun tersenyum seraya setuju. Lebih kurang begitulah perbualan kami yang asalnya lebih panjang lebar tapi kuringkaskan atas sebab memenuhi tujuan penulisan ini. Betul ikhwah, boleh jadi tak bergeraknya dakwah kita a

Double standard

Dalam urusan dunia kita sungguh-sungguh. Nak makan pun kena cari. Takkanlah dalam urusan hidayah dan iman kita nak tunggu 'sampai seru' tanpa berbuat apa-apa? #banyakcantikabangawak #akupunsamaje #kosongkosong #dakwahtakkanpernahdonesampaimati #hashtaglagipanjangdaripost

Update status

Peristiwa mi'raj seharusnya menginsafkan kita kerana naiknya sang Rasul ke langit tertinggi, antara tujuan yang besar adalah pensyariatan solat fardhu 5 kali sehari. Pada peringkat awal sang Nabi diperintahkan akan 50 kali solat sehari, lalu Musa alaihis salam atas pengalamannya yang lebih lama menjadi Rasul (ketika itu berbanding nabi saw) dan pernah berbicara dengan Allah meminta sang Rasul berunding dengan Rabb agar diturunkan bilangan itu. "Ummatmu tidak akan mampu." Lalu dari 50 menjadi 5. Proses yang berulang. Dan akhirnya sang Rasul tidak lagi meminta kerana terlalu malu. Hal ini adalah satu peringatan penting akan status sebenar kita diberi nyawa dan hidup hari ini hakikatnya hanyalah sebagai hamba Allah. "Tidak Aku ciptakan jin dan manusia, tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mengabdikan diri padaKu" Namun atas rahmat dan kasihnya Tuhan memberikan kita pahala yang sebanding dengan 50 kali solat. Dan itupun, adakalanya kita masih lalai dan lek

Cita-cita

"Kamu kena jadi pakar dalam bidang kamu.." ustaz Sofi Aku akan buktikan.

Peace of mind is a great blessing

Whenever we rethink of why are we doing anything, it will always goes back to the purpose of doing it. It always beg the question "why am I doing this?" For example, why am I working for money? We would say the money will feed us, buys us protection from danger in life. I can support my family and make them comfortable. Whatever we do, it would come back to gain the peace of mind. In the Quran, in many surahs Allah stated many of His blessings in jannah, some of those are in surah an-Naba': the believers will obtain gardens with rivers flowing underneath, lushes of delicious fruits as grapes, and of drinks that are wholesome, and of beautiful young women. Allah also mentions that there will be no vulgar words spoken nor any falsehood. I raised a question, particularly on the last point. Why is there no ill speech in heaven? Dr HAMKA, in his Tafsir al-Azhar explained that whenever we visualized the same condition ie beautiful young women and men with drinks as wi

Rehat

Jika hidup ini tidak letih bekerja, menuntut ilmu, berinteraksi dengan masyarakat, berdakwah, mana mungkin solat menjadi rehat? "يا بلال أرحنا بالصلاة"

Bersih

-Taujihat Jiwa-: Pernah tak satu masa kamu duduk lalu muhasabah diri sejenak. Kamu tanyakan pada hati kamu, "Duhai hati, bagaimana ya kondisi kau saat ini?. Sihatkah kau?" , Pernah tak?. Aku ingin ajak anda semua untuk periksa kondisi hati anda. 10 checklist hati yang sihat. Qolbun saleem :- 1)  Hati yang selalu mencintai Allah dengan bukti banyak mengingatinya. 2)  Hati yang selalu bergantung harap pada Allah. 3) Jasad merasa letih berkhidmat untuk Allah, sementara hati tidak merasa jemu. 4)  Hati yang sentiasa rindu untuk berkhidmat kepada Allah 5)  Hati yang tatkala ia dalam solat, hilang segala gundah resahnya. 6) Hati yang kikir terhadap waktu. Tidak mahu waktu di sia-siakan. 7)  Hati yang sentiasa memperhatikan kualiti amalnya dari sekadar kuantiti. 8)  Hati yang bila tertinggal satu ketaatan, ia menyesal. 9)  Hati yang menjadikan cita-cita atau keinginan seseorang hanya berorientasikan Allah. 10)  Hati yang menjadikan Al-Quran sebagai suatu yang paling