Usrah yang dirindukan, kerana yang kini tidak lagi begitu
Seusai pertemuan mingguan kami, kami biasa akan berbincang-bincang tentang perihal anak-anak usrah, program tarbiyyah serta hal-hal peribadi lain. Seorang ikhwah yang dikasihi bertanya padaku,
"Akhi, macam mana nak push anak usrah ana? Ada yang agak susah nak beri komitmen." Lebih kurang begitu maksudnya.
Memahami sedikit sebanyak tentang latar usrahnya, aku pun memberi pandangan:
" Kalau enta nak adik-adik bagi komitmen, enta perlu bina hubungan dengan dia. Treat them individually. Banyakkan berjumpa diluar liqa. Jumpa one-on-one, hati ke hati.."
" Enta pun kena fahamkan mereka kepentingan usrah ni. Sebagaimana enta nak mereka faham kenapa perlunya kepada usrah, enta sendiri pun kenalah faham kenapa enta sendiri join usrah."
Dia pun tersenyum seraya setuju.
Lebih kurang begitulah perbualan kami yang asalnya lebih panjang lebar tapi kuringkaskan atas sebab memenuhi tujuan penulisan ini.
Betul ikhwah, boleh jadi tak bergeraknya dakwah kita adalah kerana ceteknya ilmu dan kefahaman kita. Apakah kita hanya mewarisi usrah tanpa memahami pun hadaf disebaliknya? Mana mungkin kita drive kereta ke highway tanpa mengetahui kemana mahu pergi, akhirnya menghabiskan tenaga, duit, minyak, buang masa dan sesat di pertengahan jalan.
Dan banyak lagi faktor-faktor lain seperti doa, kekuatan amalan kita, and the lists goes on.
Semuanya harus dicermati dan ditekuni dengan baik.
Semuanya harus dicermati dan ditekuni dengan baik.
Mengapa usrah?
Usrah hanyalah wasilah (cara) mendidik manusia. Perbezaannya dengan wasilah lain seperti ceramah, tazkirah umum adalah pada hubungan hati kerana perkenalan dan ukhuwwah yang dibina dalam usrah.
Perbezaan tidak menjadikan ia satu-satunya cara, kerana metodologi dakwah itu sangatlah luas.
Bahawasanya pada zaman Nabi saw, Baginda saw juga membina hubungan yang sangat baik dengan para sahabat ra.anhum sehingga setiap pertemuan; biar di masjid, pasar, medan perang, rumah, semuanya adalah liqa imani dan mengesankan jiwa-jiwa para sahabat.
Dan hari ini tidaklah kita temui suasana sebegini melainkan yang sedikit, dan lebih kepada mereka yang mencari majlis ilmu. Amat jarang dalam kehidupan seharian kita membicarakan tentang iman dan islam, sedangkan inilah yang akan menjadi bekalan kita menuju kematian. Jika ada maka amatlah beruntung memiliki suasana serta rakan-rakan yang baik.
Apa tujuan usrah?
Usrah adalah ruang membina iman, kefahaman dan ukhuwwah. Tiada dalil yang qat'i tentang terma usrah sekadar pengetahuanku, tetapi pada contentnya itulah pada hematku lebih penting. Seorang murabbi sepatutnya memahami apa yang dipelajarinya dan akan dibentangkan. Dari situlah murabbi akan propose idea dan kefahamannya dan dibincangkan. Kena ada perbincangan yang aktif.
Tidaklah liqa itu menjadi tempat doktrinisasi, disuap sahaja, terima bulat-bulat kerana dia itu 'abang usrah'.
Tauhid adalah asas utama. Dan diikuti dengan lain-lainnya. Memang itupun mesej utama semua nabi dan rasul, semuanya adalah untuk mentauhidkan Allah tidak mensyirikkan Allah.
Seorang murabbi tidak mungkin ada jawapan kepada semua persoalan, dia mestilah jujur mengakui kejahilan dan kekurangan diri, dan ini menyebabkan dia akan terus dan terus belajar.
Bersama kita ke arah usrah yang muntij dan bermanhajkan al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw.
Semoga pencerahan ringkas ini memberi manfaat.
Wallahua'lam.
Ulasan
Catat Ulasan