Bersih
-Taujihat Jiwa-:
Pernah tak satu masa kamu duduk lalu muhasabah diri sejenak.
Kamu tanyakan pada hati kamu,
"Duhai hati, bagaimana ya kondisi kau saat ini?. Sihatkah kau?" ,
Pernah tak?.
Aku ingin ajak anda semua untuk periksa kondisi hati anda.
10 checklist hati yang sihat. Qolbun saleem :-
1) Hati yang selalu mencintai Allah dengan bukti banyak mengingatinya.
2) Hati yang selalu bergantung harap pada Allah.
3) Jasad merasa letih berkhidmat untuk Allah, sementara hati tidak merasa jemu.
4) Hati yang sentiasa rindu untuk berkhidmat kepada Allah
5) Hati yang tatkala ia dalam solat, hilang segala gundah resahnya.
6) Hati yang kikir terhadap waktu. Tidak mahu waktu di sia-siakan.
7) Hati yang sentiasa memperhatikan kualiti amalnya dari sekadar kuantiti.
8) Hati yang bila tertinggal satu ketaatan, ia menyesal.
9) Hati yang menjadikan cita-cita atau keinginan seseorang hanya berorientasikan Allah.
10) Hati yang menjadikan Al-Quran sebagai suatu yang paling dia cintai dalam hidupnya.
Lihat, bagaimana keadaan hati anda?.
ألا وإن في الجسد مضغة إذا صلحت صلح الجسد كله، وإذا فسدت فسد الجسد كله، ألا وهي القلب ” (رواه البخاري ومسلم)
Ketahuilah bahwa didalam tubuh [manusia] terdapat segumpal daging, jika ia baik maka baiklah seluruh tubuh. Dan jika ia rusak maka rusaklah seluruh tubuh. Maka ketahuilah bahwa segumpal daging itu adalah hati ” (HR Bukhori dan Muslim)
***Adaptasi dari tulisan Syaikh Ahmad Farid, Tazkiyatun Nafs.
#TaujihatJiwa (telegram.me/TaujihatJiwa)
Ulasan
Catat Ulasan