Catatan

Iman

Iman itu bukan hanya angka angka kosong dalam kehidupan kita. Ia perlu diisi dengan ketaatan, ketakwaan dan perjuangan. Setinggi iman kita didalam jiwa, setinggi itulah hubungan kita dengan Allah, dengan manusia dan hubungan kita dengan perjuangan. Dan semakin mengecil lah kemaksiatan dan dosa. Justeru jangan kita biar iman kita bersendirian tanpa teman. Hidupkan ia bersama teman teman kita yang sama sama beriman agar ia sentiasa terpelihara dan sentiasa terbantu. Kerana jika hati kita hilang iman, ia umpama sangkar yang tiada burung didalamnya. Tiada kicauan, tiada kerinduan ... *muharrikdaie telegram.me/muharrikdaie

Tadabbur ringkas

43:52 أَمْ أَنَا خَيْرٌ مِنْ هَٰذَا الَّذِي هُوَ مَهِينٌ وَلَا يَكَادُ يُبِينُ Bukankah aku lebih baik dari orang yang hina ini dan yang hampir tidak dapat menjelaskan (perkataannya)? --- Dialog di atas dilontarkan oleh Firaun kepada pengikutnya, untuk mempengaruhi mereka. Firaun menampakkan kepada pengikutnya kelebihan yang dimilikinya dan kelemahan yang ada pada Nabi Musa as. Ini adalah satu cara politicians yang membuat 'character assassination'  terhadap lawannya untuk mendapatkan sokongan. Ia adalah amalan tradisi sejak zaman firaun lagi. Kata kata firaun yang memukau ini sedikit sebanyak mempengaruhi kepu...

Cut Nyak Dien, Harimau Tanah Rencong

بسم الله الرحمن الرحيم Sempena memperingati hari kemerdekaan negara kita ke-59, saya mengambil masa menonton sebuah filem sejarah/biografi Indonesia, "Cut Nyak Dien" yang diterbitkan pada tahun 1988. Nama Cut Nyak Dien pertama kali saya dengar dan baca dalam 7 tahun yang lalu dalam sebuah makalah, namun semalam tiba-tiba tergerak untuk menonton filemnya. Cerita ini mengisahkan tentang Cut Nyak Dien, seorang wanita berstatus bangsawan Aceh dan turun berjuang menentang penjajahan Belanda bersama suaminya, Teuku Umar yang juga seorang panglima perang. 'Kitab-kitab sabil' dan syair dibacakan kepada parajurit dan anak-anak Aceh untuk membakar semangat jihad fisabilillah. Namun dalam sebuah pertempuran pada Februari 1899, akibat pengkhiatan, suaminya terbunuh lalu Cut Nyak Dien mengambil alih tampuk kepimpinan melawan 'Kaphe Ulanda', gelaran bagi tentera Belanda. Perang Aceh berterusan selama beberapa tahun. Beliau terpaksa menukar strategi kepada taktik gerila. Ke...

Erti kemerdekaan yang sebenar

بسم الله الرحمن الرحيم Berikut adalah kata-kata Rubi'e bin Amir kepada Rustam, panglima tentera Parsi. "Allah mendatangkan kami bagi mengeluarkan hamba-hamba (manusia-manusia) dari menjadi hamba kepada hamba (manusia) supaya menjadi hamba kepada Allah yang Maha Esa lagi Maha Perkasa. Dari kesempitan dunia kepada dunia yang lebih luas. Dari kezaliman beragama kepada keadilan Islam. Maka kami diutus dengan agama Allah kepada mahluk Nya untuk menyeru mereka kepada Allah. Maka barangsiapa yang menerima, kami menerima mereka dan tinggalkan mereka di tanahair mereka dan sesiapa yang enggan kami perangi sehinggalah kamu menyahut seruan Allah yang dijanjikan." Tanpa ragu-ragu, ini-lah kemerdekaan yang sejati!

Kehilangan 'vocabulary' dalam berbicara satu bencana?

بسم الله الرحمن الرحيم Menjadi trend antara saya dengan rakan-rakan terdekat, apabila berbicara banyak mengulang perkataan yang sama. Antaranya ialah 'padu', 'ayam', dan lain-lain. Saya ambil perkataan 'padu' sebagai contoh. Perkataan ini sering dipakai apatah lagi dalam tempoh study leave kerana akan banyak soal jawab, "Adib, apa most common tumor of anterior mediastinum?" "thymoma" "Padu lah" "Nizam, apa treatment untuk acute MI?" "Sekian...hmmm...sekian..tertinggal beberapa poin..dan sekian" "Wow padu lah!" Dan banyak lagi contoh yang lain. Walaupun jawapan tidak lengkap, banyak lompong, masih lagi digunakan perkataan 'padu'. Sekilas pandang tidak nampak seperti hal yang besar pun. Tetapi pada saya, kalau difikirkan dengan lebih mendalam, ia adalah simptom bagi 'masalah' yang lebih besar. Teori saya ialah mungkin kerana tidak cukup perbendaharaan kata, kerana k...

Keindahan pada mudhaf dan mudhafun ilaih

Sesiapa sahaja yang mempelajari tatabahasa bahasa Arab dengan betul akan mengenal Allah, sudah pasti dengan izinNya. Didalam pembelajaran penggunaan kata nama (noun) bahasa Arab ada satu terma yang dinamakan Al-Idhafah. Terdapat 5 subtopik dalam al-Idhafah, salah satunya ialah mudhaf dan mudhafun ilaih.  Kita tidak akan pergi kepada hal-hal teknikal, akan tetapi ingat ini: syarat penting dalam mudhaf dan mudhafun ilaih ini ialah tiada apapun yang boleh berada diantara mudhaf dan mudhafun ilaih.  Bagaimana dikatakan mempelajarinya dapat mengenal Allah? Ustaz Nu'man Ali Khan memberikan satu contoh daripada al-Quran, عباد الرحمن عباد bermaksud hamba-hamba, manakala الرحمن Tuhan yang sangat menjaga dan sangat menyayangi. Dalam ayat ini, عباد ialah mudhaf, dan الرحمن adalah mudhafun ilaih kerana memenuhi syarat-syarat tertentu. Perlu diingat bahawa bukanlah semua ayat dalam bahasa Arab mudhaf dan mudhafun ilaih, hanya sebahagian sahaja.  Memahami maksud ayat...

Respiratory department. What did i learn?

Our Respiratory department is 2 weeks long, 8 days to be exact. What did I learn? 1. Read from various sources of medical books, (like me I read Oxford clinical handbook) but never leave the department books. The questions will always be asked from the department books. 2. Do not skip classes, especially the clinical sessions. They are upmost important to develop your clinical skills. 3. Do not smoke, and avoid passive smoking. 4. Increase your lung capacity by exercise holding your breath everytime you are entering/exiting the department because the of it's foul-smelling-smell caused by anaerobic organism infection I guess. 6. Enter OSCE exams early, the questions are usually simple, short and sweet based on my one time experience and what Nizam, a widely renown pokemon trainer (biiznillah) told me. Good luck to the next group in line. May Allah ease.