Bekerjalah, ikhwah!
بسم الله الرحمن الرحيم Ziarah ke Hidayah Centre Foundation (HCF) minggu lalu memberikan satu sisi pandang yang penting bagi saya. Ini kali pertama saya menjejakkan kaki pejabatnya, terletak di Taman Melawati hari Selasa yang lalu. Berjumpa dengan ikhwah yang menjadi fulltimer di sana, kami berbual-bual, bertanya tentang HCF, sejarah dan pencapaiannya selama sedekad sejak diasaskan pada 2005. Hasil dari perbualan dan pemerhatian saya, ini beberapa poin penting yang ingin ditekankan: 1. Fokuskan tenaga dan usaha kepada mualaf kerana mereka berpotensi menjadi anasir taghyir ( unsur-unsur pengubah) atas asas pertama bahawa mereka pernah berada didalam suasana jahiliah dan pengalaman itu menjadikan mereka lebih memahami non-muslim, dan kedua kebiasaan mereka yang memeluk islam (revert) ini adalah kerana mereka mencari, mengkaji dan banyak berfikir seperti paderi, dan orang bijak pandai. Maka setelah mereka revert kepada Islam, mereka mempunyai asas kefahaman yang mantap bahkan le...