Gaza dan sebuah keyakinan


Syawal, tahun ke-5 hijrah.

Pada tahun ini berlakunya Perang Khandaq, ghazwah yang ketiga bagi umat Islam.

Peristiwa di Uhud telah meninggalkan parut yang dalam buat para muslimin. Mereka tidak lagi digeruni, kehebatan mereka diperlekehkan. Apalagi umat Islam diancam dengan pelbagai cabaran dalaman dan luaran. Golongan Yahudi, munafiqin serta kabilah Arab sudah mula berani menentang Islam secara terang-terangan. Mereka sekian lama menyimpan hasad, dendam dan kebencian, dan inilah masanya untuk melunaskannya!

Suasana yang dicipta pada ketika itu begitu menguji umat muslimin. Para sahabat dicengkam dengan rasa lapar yang dahsyat dan kedinginan yang mencucuk tubuh-tubuh itu. Kali ini mereka berhadapan dengan seluruh kabilah Arab serta bani Quraizah yang melakukan pengkhianatan atas perjanjian dan tipu muslihat.

 Mukminin dirudung rasa cemas dan takut.

Apabila tentera musuh datang melanggar kamu dari sebelah hulu dan dari sebelah hilir kamu; dan masa itu ialah masa pemandangan mata kamu tidak berketentuan arah (kerana gempar dan bingung) serta hati pun resah gelisah (kerana cemas takut), dan kamu masing-masing pula menyangka terhadap Allah dengan berbagai-bagai sangkaan.

Pada saat itulah diuji orang-orang yang beriman, dan digoncangkan perasaan dan pendiriannya dengan goncangan yang amat dahsyat.

(33:10-11)

Setelah mengetahui perancangan kaum Quraisy, baginda saw, Abu Bakr r.a, Umar r.a dan para sahabat yang lain bermesyuarat. Akhirnya, cadangan Salman al-Farisi diterima baik oleh Rasulullah saw dan para sahabat. Mereka bersetuju untuk menggali parit di sebelah utara Madinah, manakala di bahagian-bahagian lain telah sedia dilindungi oleh gunung ganang serta kebun-kebun kurma yang menyukarkan kaum musyrikin memasuki kota Madinah.

Ketika Rasulullah saw dan para sahabat bertungkus-lumus menggali parit, ada sebuah batu yang sukar untuk dipecahkan. Setelah beberapa orang sahabat gagal untuk memecahkan batu tersebut, baginda saw sendiri turun untuk memecahkan batu tersebut. Baginda membaca 'bismillah', kemudian mengangkat tukul besi lalu memukul batu tersebut dengan sekuat tenaga.

Shinggg!

Percikan api terhasil dari pukulan baginda lalu nabi saw mengucapkan "Maha suci Allah".

Kejadian tersebut berulang sehingga 3 kali. Lalu baginda saw menceritakan kepada para sahabat bahawa saat munculnya percikan api, terpancar gambaran istana Parsi diikuti istana Rom dan istana Muqauqis.

Apakah reaksi para sahabat? Dalam keadaan mereka terkepung dengan musuh-musuh seramai 10,000 orang, Bilangan itu lebih ramai dari seluruh penduduk Madinah!

Ya Rasulullah kami sedang dikepung oleh musuh-musuh yang lengkap bersenjata, kabilah-kabilah yang bersekutu keatas kita yang sedikit jumlah, apakah tuan sudah bercakap tentang Parsi dan Rom?

Tidak sama sekali!

Bahkan mereka beriman dan menyambut kata-kata Rasul saw dengan penuh semangat!


Teladan Abu Ayyub 

Sewaktu Muawiyah bin Abi Sufyan menghantar ekspedisi membebaskan Konstantinople, Abu Ayyub al-Ansori telah pun menjangkau umur 90 tahun. Dalam riwayat lain mengatakan 98 tahun.

Jika kebanyakan orang tua hanya menunggu hari-hari akhirnya sambil mengisi masa tuanya dengan ibadah-ibadah di rumah, siapa menyangka dengan usianya yang begitu lanjut,  beliau r.a bertekad untuk keluar berjihad di jalan Allah kerana meyakini hadith baginda saw;

Kota Constantinople akan jatuh ke tangan Islam. Pemerintah ketika itu sebaik-baik pemerintah dan tenteranya sebaik- baik tentera."(Riwayat Ahmad)

Dia yakin, dinding-dinding agung Konstantinople yang terkenal kukuh akan runtuh akhirnya!

Pada masa itu, perjalanan dari Tanah Hijaz ke Byzantine mengambil masa yang sangat panjang. Tidak seperti hari ini mungkin hanya mengambil masa 3 jam setengah dengan kapal terbang, perjalanan yang boleh meragut tenaga orang biasa, lagi keadaannya meredah padang pasir bagi seorang tua seperti Abu Ayyub.

Apabila tibanya Abu Ayyub di Konstantinople, keadaannya sudah begitu uzur dan tidak memungkin beliau untuk menyertai peperangan. Yazid bin Muawiyah bertanya jika ada apa-apa yang boleh dilakukannya. Abu Ayyub menjawab,

Sampaikan salamku kepada seluruh tentera Islam dan beritahulah mereka, Abu Ayub mahukan mereka menembusi seberapa jauh tembok Constantinople sehingga mereka beroleh kemenangan dan mengebumikan mereka(tentera Kristian Rom Byzantine) di bumi Constantinople.

Kemudian apabila keadaannya berada dalam keadaan cukup tenat, beliau berwasiat untuk dikuburkan di luar tembok Constantinople. Ketika ditanya mengapa beliau ingin dikuburkan di tembok tersebut, beliau berkata kepada panglima tentera Umaiyyah:

Aku mendengar baginda Rasulullah saw mengatakan seorang lelaki soleh akan dikuburkan di bawah tembok tersebut dan aku juga ingin mendengar derapan tapak kaki kuda yang membawa sebaik-baik raja yang mana dia akan memimpin sebaik-baik tentera seperti yang telah diisyaratkan oleh baginda.

Namun, ekspedisi Muawiyah pada tahun 84 Hijrah tersebut gagal, mengikuti jejak Khalifah Ali r.a pada 34H. Siri kempen-kempen membebaskan kota Konstantinople diteruskan Sultan Sulaiman Abdul Malik (91H), Khalifah Harun ar-Rasyid (165H) pada zaman Khilafah Abbasiyah, Sultan Beyezid (793-802H) dan Sultan Murad (825H). Setelah lebih 800 tahun, kesemuanya berakhir dengan kegagalan.

Akan tetapi, kita semua tahu bagaimana kesudahannya. Seorang pemuda berumur 21 tahun bernama Muhammad akhirnya berhasil membebaskan Konstantiniyyah dari genggaman tentera Byzantine pada tahun 856H.

Sabda nabi adalah benar!

Nabi tidak pernah berdusta. Nabi bukanlah ahli nujum atau ahli sihir. Kata-katanya datang dari Allah swt, bukanlah didasari hawa nafsunya.

Sebuah keyakinan, setelah berpuluh-puluh generasi Abu Ayyub r.a berlalu, akhirnya adalah sebuah kebenaran!


Gaza hari ini

Pada 8 Julai yang lalu, Israel telah melancarkan Operation Protective Edge sebagai 'pembalasan' keatas Hamas dan rakyat Gaza kerana membunuh 3 remaja Israel, sekalipun dinafikan Hamas.

Akan tetapi, mereka tidak menyangka tindak balas yang begitu mengejutkan dari pejuang-pejuang Gaza, Briged al-Qassam dan kumpulan-kumpulan lain.

Lebih 1000 roket berjaya dilancarkan ke dalam Israel, dan teknologi canggih IDF Iron Dome hanya mampu menangkis sebahagian kecil daripadanya.

Roket R160 mampu mencapai jarak lebih 150km sehingga ke Haifa, dan tahukah anda Haifa adalah negeri paling jauh di Israel dari Gaza. Jadi maknanya apa? Kini roket al-Qassam mampu menyerang mana-mana tempat di Israel. No where is safe.

Al-Qassam juga sudah mempunyai skuad amfibia yang berjaya menyelinap masuk pesisiran laut Mediterranean Israel yang dikawal ketat oleh navy Israel.

Mereka juga mempunyai drone yang mampu terbang dan mengambil visual markas pusat tentera Israel yang begitu mengejutkan.

Hebat bukan?

Semasa Intifadhah yang pertama bermula tahun 1987, senjata rakyat Gaza ialah batu-batu. Dan kini senjata mereka adalah ababil-ababil yang menakutkan seluruh Israel.Moral mereka runtuh. Ekonomi mereka lumpuh.

Abaikan statistik dan nombor di media. Segala fakta itu tidak menggambarkan keadaan sebenar yang berlaku di sana. Apakah Israel akan melaporkan jika ada rakyat mereka yang terbunuh? Sudah pasti hal itu akan memberikan impak demoralization yang cukup kritikal buat mereka.

Setelah 66 tahun penjajahan, yang bertambah kuat adalah Gaza!

Sedarlah wahai ikhwah dan akhawat, kemenangan sebenarnya sedang memihak kepada kita!


Masih ragu-ragu..? 

Hantar je tentera Islam pergi berjihad, senang cerita..

Asyik-asyik minta duit? Habis duit aku!

Bila Islam nak menang?

Tak payah nak perang sangat dengan Israel tu, berbaik-baik jelah.

Nak berjuang untuk Palestin? Bawa kereta Mercedes, tengok TV Sony, guna phone Apple, pakai aircond Panasonic. Sedar diri sikit!

Mari kita ambil ibrah (pengajaran) dari kisah Miqdad bin Abi Miqdad r.a.

***

Pada Ramadhan tahun ke-2 hijrah, seramai 313 umat Islam menuju ke kawasan luar Madinah untuk menahan pedagang kafir Quraish yang datang dari arah Syam.

Pasukan itu mempunyai bilangan pedagang yang ramai. Mereka membawa 1,000 ekor unta. Pasukan pedagang kafir Quraish itu diketuai oleh Abu Sufyan.

Sebenarnya serangan ini bukanlah untuk memulakan permusuhan tetapi serangan itu adalah kerana membalas berbuatan buruk orang kafir Quraish terhadap orang Islam.

Semasa umat Islam berhijrah dari Mekah ke Madinah, orang-orang kafir Quraish menyerang dan merompak rumah mereka.

Dengan alasan ini juga, Rasulullah saw membuat keputusan mahu mengambil kembali harta-harta yang dirompak itu. Baginda saw juga mahu menghukum golongan kafir yang menzalimi orang Muslim.

Pasukan Muslim berkhemah berhampiran dengan telaga berhampiran dengan Badar. Mereka menunggu kehadiran pedagang kafir Quraish.

Selepas beberapa waktu, mereka mendengar berita yang tidak baik. Berita itu adalah berkenaan perubahan perancangan Abu Sufyan untuk laluan mereka.

Disebelah pihak musuh, orang kafir Quraish telah menyiapkan bala tentera mereka dengan senjata-senjata yang hebat untuk menyerang.

Di waktu itu juga umat Islam terpaksa keluar bagi menjaga pasukan perdangangan mereka dari digangu oleh tentera asing, penyamun dan perompak kafir.

Rasulullah saw meminta pandangan para sahabatnya bagi mengatasi masalah itu.

Lalu Umar bin al-Khattab berdiri lalu berkata:

“Meraka adalah Quraish dan mereka tidak pernah setia. Demi Allah! Mereka belum pernah kalah sejak mereka bertambah kuat. Dan kerana itu mereka tidak beriman kepada Allah sejak mereka tidak mempercayai-Nya”.

Orang-orang Islam menjadi bertambah takut mendengar kata-kata Umar. Ada yang ada diantara mereka berfikir untuk pulang sahaja ke kota Madinah.

Semasa waktu itu jugalah, al-Miqdad bin al-Aswad al-Khindi bangun dan berkata dengan penuh semangat:

“Wahai Rasulullah, marilah kita patuh akan perintah Allah! Kami semua akan menyokongmu. Demi Allah, kami tidak akan mengulangi apa yang orang-orang Yahudi berkata kepada Nabi mereka: Pergilah kamu dan Tuhanmu untuk berjihad! Kami akan berdiam di sini! Tetapi kami akan mengatakan: Pergilah kamu dan Tuhanmu berjihad! Kami akan berjihad bersamamu!”.

Terpancar kegembiraan di wajah suci Rasulullah saw. Baginda saw berkata kepada orang-orang Ansar:

“Apa yang patut Aku lakukan?”.

Lalu menjawab Saad bin Maadh:

“Wahai Rasulullah, kami beriman kepadamu, dan kami mempercayaimu. Kami telah berikrar kepadamu dan ke atas risalah yang dibawa adalah benar. Kami berjanji untuk mendengar dan patuh kepadamu! Jadi Rasulullah, teruskan apa yang kamu mahukan! Demi Allah, jika engkau mahu kami menyeberang laut Merah, kami akan lakukan”.

Tentera-tentera Islam telah kembali bersemangat. Mereka telah bersiap sedia untuk menentang penyembah-penyembah berhala dengan hati yang penuh dengan keimanan.

(Link asal kisah Miqdad b Abu Miqdad)

***

Kita ada 2 pilihan, sama ada memilih untuk menjadi golongan Ansar yang bersama-sama dengan Rasulullah saw,

atau memilih untuk menjadi bani Israel yang mengkhianati nabi Musa a.s setelah mereka diselamatkan dari kezaliman Firaun dan tenteranya.

Mereka (menolak dengan) berkata: "Wahai Musa, sesungguhnya kami tidak akan memasuki negeri itu selama-lamanya selagi kaum itu masih berada di dalamnya; oleh itu pergilah engkau bersama Tuhanmu dan perangilah mereka. Sebenarnya kami di sinilah duduk menunggu".(5:24)

Kita diberi pilihan,

apabila rakyat Gaza berjuang, maka kita pun menyahut dengan penuh ikhlas dan azam "berjuanglah para mujahidin di bumi barakah bersama Allah, kami di sini akan tetap bersamamu!"

ataupun memilih untuk berkata, "Berjuanglah kamu di bumi Gaza bersama Allah, kami di sini akan menunggu (tidak berbuat apa-apa)"

Tulisan ini saya ekstrak daripada pengisian dr Hafidzi Mohd Noor, Pengerusi Aqsa Syarif Berhad. Salah satu daripada banyak NGO dan yayasan di bawah Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM).

Dan pada masa orang-orang yang beriman melihat tentera Al-Ahzab, berkatalah mereka:" Inilah yang telah dijanjikan Allah dan RasulNya kepada kami dan benarlah (apa yang telah dijanjikan) Allah dan RasulNya". Dan (angkatan tentera musuh yang mereka lihat) itu tidak memberi sebarang kesan kepada mereka selain daripada menambahkan iman dan penyerahan diri mereka bulat-bulat kepada Allah.(33:22)


"Berperanglah kalian di jalan Allah, dan kami bersama kalian!" -aku, kau dan kita semua. Mulai sekarang. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

The Legend of Kagutaba Village

The perks of doing elective posting.

Talking about mental health