Kenapa boikot?

بسم الله الرحمن الرحيم

Consumer boycott adalah salah satu usaha yang giat dilakukan oleh masyarakat dunia bagi menekan Israel menghentikan penjajahan dan penindasan keatas rakyat Palestin, sama ada di Gaza, Tebing Barat mahupun di dalam Israel sendiri (Israeli Arabs).

Pendekatan boikot dilakukan kerana ianya pernah berjaya menumbangkan sebuah kerajaan apartheid di Afrika Selatan pada tahun 90-an. Pada hari ini, Israel juga adalah entiti apartheid dalam definisi yang lebih luas, berterusan menjajah dan mengusir rakyat Palestin dari tanah mereka sendiri sejak 1948.

Pada hari ini, antara contoh kejayaan boikot adalah Nike yang tersenarai dalam senarai boikot pada 2011 kerana menyumbang kepada Israel, namun pada 2012 mereka dikeluarkan dari senarai kerana telah mengubah polisi tidak menyokong Israel. Begitu juga dengan kelab bola sepak terkemuka Arsenal F.C.

Pada awal Jun lepas, Sodastream, sebuah syarikat yang menghasilkan botol dan air bikarbonat terpaksa menutup cawangannya, EcoStream di Brighton, UK berikutan kempen boikot yang aktif menentang penempatan haram kilangnya di atas tanah rakyat Palestin.

Boikot itu berkesan apabila berstrategi dan berfokus. Kerana itu usaha boikot difokuskan kepada 4 produk- McDonalds, Coca-Cola, Nestle dan Loreal. McDonalds terutamanya menjadi sasaran strategik boikot.

Mengapa McD?

Memetik kenyataan dr Hafidzi Mohd Noor, pengerusi Aqsa Syarif Berhad,
1. Kerana semua orang boleh makan di McD.
2. Supaya kesedaran itu bercambah. Apabila kesedaran bercambah, dengan sendirinya kita akan mula peka dengan produk-produk yang menyokong Israel. Secara tak langsung kita akan menyenaraikan produk yang perlu diboikot dan akan berusaha meninggalkannya sedikit demi sedikit.

Kita juga tidak boikot produk Yahudi, tetapi kita memboikot produk yang menyumbang kepada ekonomi Israel. Jika syarikat Melayu Islam sekalipun menyokong Israel, maka kita akan tetap boikot.

McD Malaysia adalah merupakan franchise daripada McD Corp yang berpengkalan di Amerika Syarikat. Franchisee di Malaysia perlu membayar royalti kepada franchisor kerana menggunakan nama dan logo mereka. McD Corp kemudian akan menyumbang sebahagian keuntungannya kepada JUF (Jewish United Fund), lalu akan digunakan bagi kepentingan dan keberwujudan Israel.

Kita tidak mensasarkan boikot kepada McDonalds Malaysia apalagi pekerja di sini, tetapi boikot disasarkan kepada McD Corp di AS. Apabila keuntungan yang diperolehi menurun, maka 'market share' akan berkurang, dan akhirnya McD Corp terpaksa mengubah polisinya daripada menyokong kepada tidak menyokong Israel.

Adapun pekerja-pekerja mereka tidak akan terkesan kerana mereka tetap akan digaji seperti biasa. Dr Yusuf al-Qaradhawi ada memberikan fatwa kepada mereka yang bekerja dalam keadaan tidak islamik atau tidak syariah compliant:

1.pekerja-pekerja ini boleh meneruskan pekerjaannya seperti biasa, apalagi fitnah yang besar sekiranya dia dan keluarga menanggung kesusahan kerana tiada sumber pendapatan.

2. berikhtiar untuk mencari pekerjaan lain yang setimpal atau lebih baik.

3. Jika tiada maka teruslah bekerja di McD. Cuma ingatlah Allah itu ar-Razzaq (Maha Pemberi Rezeki), Dia-lah yang mengetahui isi hati kita dan dia pasti akan memberikan jalan keluar buat hamba-hambaNya yang bertaqwa.

Teruskan boikot, walaupun usaha kita kecil seperti si burung yang cuba memadamkan api dari membakar nabi Ibrahim a.s. Jika tidak mampu buat banyak, buat sedikit.

(47:7)

"Memperkasa ummah, membebaskan al-Aqsa"

Wallahua'lam. 


Rujukan:
Dr Hafidzi Mohd Noor
bdsmovement.net
Aqsa Syarif/fb
www.juf.org
inminds.com
temetemerity.blogspot.com
wikipedia

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

The Legend of Kagutaba Village

The perks of doing elective posting.

Talking about mental health