Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2014

Kemuliaan

بسم الله الرحمن الرحيم "Kita adalah kaum yang dimuliakan Allah dengan Islam, apabila kita mengambil selain dari Islam maka Allah akan menghina kita" -Umar al-Khattab ra. Umat ini adalah umat yang mulia apabila dia mengambil islam sebagai jalan hidup yang lengkap, keseluruhan. Namun kemuliaan itu tercabut apabila ummah meninggalkan Deen ini. Kehinaan ini boleh diterjemahkan dengan keadaan ummah pada hari ini.    Wanita-wanita muslim dirogol dan dibunuh, kanak-kanak menjadi sasaran peluru, pemuda-pemuda ditahan tanpa sebab dan menghadapi seksaan demi seksaan yang tidak mampu dibayangkan manusia biasa. Kota-kota dihujani roket dan bom sehingga rata dan mati. Namun kita tidak mampu berbuat apa-apa. Suara kita tidak didengar. Para pemimpin muslim bisu asal perutnya terisi sehingga buncit.    Kisah-kisah bangsa Yahudi dibacakan kepada kita bukanlah agar kita mendengarnya dan berkata "Alangkah jahatnya orang Yahudi". Mari berfikir sejenak. Bukankah mereka pe...

Pena seorang daie

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم Penulisan datang dari bahasa, suatu bentuk komunikasi antara satu sama lain. Kemudian dari bahasa lahirlah tulisan. Direkodkan tulisan yang terawal dalam peradaban manusia ialah  tulisan cuneiform di Sumeria.   Penulisan telah banyak mengubah dunia. Dari dunia purba hingga dunia teknologi. Dengan penulisan kita dapat mengetahui sejarah dan politik. Dengan penulisan kita memahami sosiologi dan budaya masyarakat terdahulu. Dari penulisan kita dapat memahami sastera, matematik, geometri, perubatan, pembinaan dan pelbagai khazanah ilmu yang tak ternilai banyaknya. Tidak kurang juga terlalu ramai sarjana islam dari kalangan para sahabat, tabi'in, tabi' tabi'in dan selepasnya banyak memberikan sumbangan kepada islam melalui penulisan dalam bidang masing-masing, baik dalam bidang hadith, sejarah, fiqh, ataupun ilmu-ilmu sains yang muncul tidak lama kemudian. Kemudian terbit penulisan para syuyukh abad terakhir ini yang menjadi bahan rujukan dalam ...

Siri Akhir: Rakyat Palestin menjual tanah kepada kami, maka Palestin hak kami.

بسم الله الرحمن الرحيم Adakah rakyat Palestin menjual tanah mereka kepada Yahudi dengan sukarela? Perlu kita tahu untuk menguasai Palestin, Yahudi dengan begitu licik menggunakan media untuk mengaburi mata dunia. Mereka menyebarkan propaganda, 'orang Palestin sendiri menjual tanah mereka kepada Yahudi, sementara orang Yahudi membelinya dengan cara "halal" dengan duit mereka sendiri. Oleh itu rakyat Palestin tidak berhak menuntutnya kembali.' Isu ini sentiasa ditimbulkan sejak dahulu, khususnya pada abad ke-19, apabila difokuskan kepada satu pemikiran, iaitu 'tanah tanpa penduduk untuk penduduk tanpa tanah' seolah-olah menggambarkan tiada penghuni di Palestin. Atas sebab itu Yahudi berhak atas tanah Palestin kerana mereka sendiri tidak memiliki tanah. Hakikatnya, pertama kali mereka tiba di sana, telah ada kehidupan bermasyarakat di Palestin. Tanah tersebut telah dihuni oleh penduduk yang sangat rajin dan berkarakter. Maka dalam perjanjian terakhir pada ...