Sebabnya adalah Kau, Rabb.



بسم الله الرحمن الرحيم

"Kau dah beli buku Com Med?"

"Apa, komik?" Amir memandangku, buntu dan keliru.

"Bukanlah, Community Medicine, Commm.. Medd(qalqalah).."jelas Kamal yang berjalan di sebelahku lebih awal menangkap soalan tadi. Sengaja dilebihkan huruf 'm'nya.

"Oh,aku ingat komik mana tadi.Haha" kami turut ketawa, ceria dengan telatahnya. Community Medicine adalah antara silibus yang perlu dicover untuk untuk semester baru ini. Untuk semester ini kami turut berjinak-jinak dengan parasit (parasitology) dan bakteria(microbiology). Sebut sahaja Com. Med, terkenang kembali saya akan suasana lecture hall sebentar tadi, di mana ramai yang telah dijangkiti African Sleeping Syndrome. 


Kami dan Community Medicine

Setakat 2-3 lecture yang kami lalui, seperti ramai yang 'menderita'. Kawan di sebelah terlalu mengantuk meminta saya mengurut-urut bahu dan lehernya. Ada yang tidak berdaya lagi untuk fokus, mereka bermain dengan Samsung s3 atau  4s i-phone menghabiskan level permainan Angry Birds atau Subway Surfers. Tidak kurang juga mereka yang mempunyai twitter berkicauau di android masing-masing, mengeluh kebosanan.

Dari Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda,

"Barangsiapa menempuhi jalan untuk menuntut ilmu, Allah swt akan memudahkan jalannya untuk ke Syurga"
Riwayat Muslim

Inilah motivasi yang saya nukilkan di muka pertama buku-buku,agar setiap kali saya rasa mengantuk,letih atau tertekan, hadis ini akan kembali menaikkan semangat saya. Jalan ke syurga tidak pernah mudah! Perlukan mujahadah dan istiqamah. Mujahadah itu kuat melawan hawa nafsu, seperti gagahnya seorang pahlawan menghayun pedang menentang musuhnya. Istiqamah itu terus menerus tanpa putus asa, malah dalam syair imam As-Syafie rah. yang masyhur, disebut salah satu perkara yang mesti ada pada penuntut ilmu adalah 'طول الزمان' (sepanjang zaman).

Saya berfikir sendiri, kalaulah Com Med itu salah satu rintangan menuju ke syurga, kenapa masih ramai mengeluh dan tidur sepanjang perjalanan? Sudah pasti ramai 'pemandu' yang akan tersasar malah terbabas!

Kriukk..kriukkk

Perutku memberi isyarat, merengek-rengek pinta untuk diisi. Aku berserah,pasrah. Makan dahulu,sambung fikir kemudian.

Nak makan apa?

"Allah, laparlah pulak. Korang nak makan apa?" tanyaku pada Amir dan Amar.

"Kibdah Mwouassa!" tiada jawapan lain. Kibdah, atau dalam bahasa Melayunya, hati lembu adalah makanan Arab yang popular di sini. Kibdah ini diperap, kemudian dimasak bersama bahan-bahan lain dan dihidangkan panas bersama ish (roti) dan limau. Mwouassa adalah nama tempat universiti kami. Kedai yang menjual kibdah terletak hampir dengan universiti sering menjadi tumpuan sebahagian pelajar kerana enaknya, walaupun dalam keadaan gerai itu tidaklah diyakini 100% bersih.

Tidak banyak pilihan. Saya sendiri sudah beberapa kali makan di situ demi mengisi perut yang selalu berkeroncong.

"Tahu tak model Why, How and What?"

"Tak" balas Amir.

"Oh pernah dengar Naim sebut hari tu" Amar tersenyum mengangguk. Sedikit sebanyak aku menceritakan kepada mereka tentang model yang menjadi punca kejayaan Apple dan ramai usahawan dan jutawan hari ini.


Model 'Why, How dan What'

Model ini sangat mudah difahami, namun malangnya tidak ramai yang mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.

Kebanyakan manusia, saat bangun dari tidur,terdetik di mindanya " What to do?"

Mereka akan membasuh muka, berwudhu dan qiamullail,solat Subuh, mandi, membaca Quran, mengulangkaji pelajaran dan apa sahaja yang dirancang pada hari itu berdasarkan 'What'. Subhanallah, segalanya tampak sempurna, tapi ada sesuatu yang tidak kena!

Ini mereka yang baik-baik dan rajin, jangan ditanya mereka yang Subuhnya entah ke mana.

Menurut kajian, manusia yang memulakan harinya dengan 'Why' akan bekerja dengan lebih proaktif, efisien dan berterusan.

Bayangkan sahaja seorang nelayan tua yang setiap pagi sanggup turun ke laut demi secicip rezeki. Jika ditanya mengapa, sang nelayan menjawab "Kalu aku tak tangkap ike, anok bini aku nak make gapo?!"(loghat Kelantan)

Dia bekerja keras demi menyara keluarga yang dicintai. Walau kudratnya sudah tidak seberapa, walau ajal bisa datang tak mengenal waktu, namun demi mereka, lautan bergelora sanggup diredah. Sungguh kuat penangan cinta. Sungguh hebat kesan 'Why' terhadap psikologi manusia.

Namun meletakkan 'why' atas sesuatu yang tidak kekal, tidak akan bertahan lama.


'WHY' Yang Abadi

"Aku nak exam!!"

Sepanjang musim peperiksaan, tidak aneh untuk melihat brother-brother rajin ke surau. Tapi saat peperiksaan berakhir, mereka lesap menghilang. Yang tinggal hanyalah kenangan. Hamba kepada exam, exam akan berakhir. Hamba kepada masjid, masjid akan runtuh!

Jadilah hamba Allah. Jadikan Dia sebagai REASON, SEBAB kita atas segala yang dilakukan.

 Terkenang babak tipikal drama orang putih,

"Why did you do all this?Why why???" tangis wanita itu teresak-esak, mengenangkan segala pengorbanan yang dilakukan si lelaki.

"Because of YOU" jawab lelaki itu,yakin. Kemudian dia mati sebagai hero.

Akhawat: Huu sedihnyee... T-T
Ikhwah: Ohh come on la brader!!


"That I just want you to know
I've found a reason for me
To change who I used to be
A reason to start over new
and the reason is YOU(ALLAH)"

-The Reason,Hoobastank


"Barangsiapa menempuhi jalan untuk menuntut ilmu, Allah swt akan memudahkan jalannya untuk ke Syurga"
Riwayat Muslim


7.57am,Selasa
16 Oktober 2012
30 Zulkaedah 1433

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

The Legend of Kagutaba Village

The perks of doing elective posting.

Talking about mental health