Travelog Umrahku: Prakata

بسم الله الرحمن الرحيم

"!!طريق حج طريق"  

Pekik pekerja beruniform hijau sambil menolak troli sampah di tengah lautan manusia.


"..مياه مياه مياه" (baca:moya)

Pinta salah seorang lelaki berjubah putih berbangsa Pakistan daripada pengedar air zamzam


"علي كم هذا؟"
"دوا فولوه حلال"
Disini semua bahasa dari pelbagai bangsa diperniagakan,'Lingua Franca' bak kata cikgu sejarah.


Buat sahabat-sahabat yang pernah melaluinya pasti terbiasa,atau sekurang-kurangnya familiar dengan situasi di atas. Anda pasti tahu DI MANA,BILA dan APA yang saya maksudkan.

Selama 35 hari saya telah menulis sebuah travelog ringkas berkenaan perjalanan saya menunaikan ibadah umrah di al-Haramain as-Syarif,Mekah dan Madinah.

Namun,saya tidak akan bercerita dari A hingga Z. Apa yang akan saya kongsikan adalah detik-detik penting dan menarik sepanjang tempoh menjalani ibadah umrah. Mungkin juga sedikit tips dan informasi buat rakan-rakan yang tidak tahu serta memasang impian ingin menjejakkan kaki di dua al-Haram.

Saya hanyalah seorang penulis amatur,cetek ilmu dan punya secebis pengalaman untuk dikongsi bersama.Sebarang kekurangan saya harap dapat sama-sama diperbaiki dari semasa ke semasa.

Yang baik itu datang dari Allah dan segala kelemahan disandarkan ke atas saya yang banyak kekurangan dan kecacatan. 

Saya berharap agar sedikit usaha ini dapat memberi sedikit gambaran dan menjentik hati sahabat-sahabat yang ingin menunaikan umrah serta membakar semangat, rindu dan cinta kepada Allah dan RasulNya.

Terima kasih juga saya ucapkan kepada Abah yang begitu banyak mengsponsor perjalanan saya, serta Umi, Kak Iman, Kak Izzah, Iffah , Afiq, Abang Ilman dan Abang Imran dan rakan-rakan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan penulisan pendek ini. Juga titipan terima kasih saya ucapkan khas buat Iliyyin Zaidan si comel anak buah saya yang pertama,sudi inshaAllah meminjamkan namanya untuk menjadi nama pena saya. Jutaan terima kasih juga atas doa antum kami dapat pergi dan balik dengan selamat. Terima kasih Allah. Ku panjatkan juga salawat dan salam ke atas Junjungan Baginda Nabi Muhammad saw serta keluarga dan para sahabatnya. Jazakumullahu Khairan Kathira. 


35 hari
merentasi 3 negara
penuh cerita suka
diselangi kisah duka
akhirnya membawa seribu makna
Buat tatapan mereka
Yang merindu baginda
dan Kekasihnya
Inilah,Travelog Umrahku

cover model by ABF.





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

The Legend of Kagutaba Village

The perks of doing elective posting.

Talking about mental health