Contohilah semut :)

بسم الله الرحمن الرحي


Perut terasa kosong.Lapar

Rumah masih kosong.Fridge tak beli lagi.*perutmenyanyinyanyi*

''Aduh lapar banget nih"



Teringatkan 2 biji coklat truffle yang dibeli semalam.Segera ke almari,menyelongkar bahagian 'hasil'.

 Perut gembira tak terkata tika kelihatan kedua-duanya duduk bersebelahan.Kemas dan tersusun

'Coklat pun jadi lah.'

Maka di saat ku buka pembalut coklat dengan penuh harapan
Harapan tinggal harapan
Coklat itu dipenuhi semut

T_T

"Takpelah semut,ni rezeki kau"

Kini yang tinggal hanya satu.
Tiada harapan menggunung kerana ini juga pasti telah di'infect'

Namun ku gagahi jua hati ini
Jangan berputus asa!
Terus ku buka perlahan-lahan wrapper coklat
Mencari secebis sinar yang masih tersisa

..........

MashaAllah, ada

ada..

ada seekor semut sahaja!

Hairan,semut yang sebegitu banyak hanya menyerang satu truffle
Padahal lagi satu hanya di sebelah mereka.

Aneh aneh..

Ku taufankan semut yang tamak itu ke lantai
Maka ku consume kalori yang tidak seberapa itu

'Alhamdulillah'

Pantas neuron menghantar isyarat,
Mengamati memori tadi

"Subhanallah,Maha Suci Allah Maha Pemberi Rezeki"

Mungkin begini kata Allah,

"One I kept for you,
One I kept for them"


Subhanallah T_T

Maka,
hari ini saya belajar satu lagi perkara,

Contohilah semut yang BANYAK itu,
Mereka tidak tamak,Tidak perlukan akal untuk 'berkongsi'
They just knew!
Dan,
 Jangan contohi manusia yang BANYAK itu,
Mereka tamak,
Malah bila diberi akal,
mungkin lebih tamak dan bakhil!




(Maralah angkatan itu) hingga apabila mereka sampai ke "Waadin-Naml", berkatalah seekor semut: "Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari".

Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu, dan berdoa dengan berkata:" Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku - dengan limpah rahmatMu - dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh".


^_^

(An-Naml:18-19)

Wallahua'lam










Ulasan

  1. Assalammualaikum... adibfifi,

    cerita yg sangat menarik..

    mselim3

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

The Legend of Kagutaba Village

The perks of doing elective posting.

Talking about mental health