Anda solat?Celaka!
بسم الله الرحمن الرحيم
Cuba ingat kembali solat anda yang terakhir,
Atau anda masih belum solat?
Jika sudah,teruskan membaca,jika tidak,anda tahu apa yang perlu anda lakukan.
Baik,kembali pada solat anda yang terakhir,cuba bayangkan,..
Alangkah cantiknya solat kita,jika setiap solat kita disusuli kematian yang diyakini.
Dalam surah al-Ma'un,dalam ayat ke 4,Allah berfirman,

Kau masih punya 10 minit sebelum hukuman dijatuhkan,
Allahu Akbar,Allahu Akbar...Allahu Akbar Allahu Akbar...
Azan dari surau berdekatan berkumandang memanggil seluruh umat islam,
Menuju kejayaan,
Menuju kejayaan,..
Dan engkau,
Menuju kematian..
Berbekalkan semangkuk air minum yang kau simpan,
Kau berwudhu,
Wudhu' mu penuh khusyuk,
Bila kau sapu wajahmu,kau mengharap agar wajahmu berseri,bercahaya di hadapan Allah di padang Mahsyar kelak..
Ketika kau selati air di tanganmu,kau mohon,memohon agar tangan yang penuh dosa ini diampunkan,
Tika kau sapu uban kepalamu,terbayang akan siksa neraka yang panasnya hingga bergelegak otak manusia..
Ya Allah,dahsyatnya menjadi ahli neraka!
Kau basuh kakimu,membayangkan betapa jauhnya engkau dari Tuhan sepanjang hidupmu,

Seusai membasuh kedua-dua kakimu dengan baki air yang tinggal,maka kau berdoa,doa selepas wudhu yang lama telah kau hafal,cuma kali ini,ia benar-benar terkesan.
Maka sejadah kau bentangkan,
Kau laksanakan solatmu,
Setiap rakaat terasa amat lama,mendalami ayat-ayat suci,
Setiap kalimah cinta yang kau ungkapkan,jasadmu kian tunduk,hatimu merunduk penuh penghambaan dalam dalam setiap ruku' dan sujud,
Tunduk pada yang Maha Kuasa,Yang Maha Lembut,Maha Pengampun,
Atas segala dosa yang kau lakukan,segala kejahatan yang telah kau perbuat,
Amat besar kesalahanmu,
Namun kau percaya,rahmat Allah jauh lebih besar.Maha Suci Allah

Bila kau sujud,terasa diri benar-benar dekat dengan Allah..Amat hampir..
Kau tidak tahu,bahawa sejadah buruk itu sudah terlalu basah menakung air matamu,
Tapi kau tahu,ini adalah solatmu yang terakhir,
Dan Allah Mahu Mengetahui setiap isi hati!
"Sesungguhnya solatku,ibadatku,hidupku dan matiku,hanyalah kerana Allah"
Alangkah cantiknya solat kita,jika setiap solat kita disusuli kematian yang diyakini.
Dalam surah al-Ma'un,dalam ayat ke 4,Allah berfirman,
Maka celakalah orang yang sembahyang!
Allah melaknat keras mereka yang solat,apakah mereka yang solat juga dilaknat Allah?Maka Allah menjelaskan solat yang bagaimana sehingga mendapat kutukan itu.Ayat seterusnya Allah berfirman lagi;
Yang leka dalam solat mereka.
Mereka adalah orang yang mendirikan solat,tapi,
tiada rasa khusyuk,
tiada tunduk,
tidak merasakan kebesaran Allah,
tidak merasakan kebesaran Allah,
tidak mengamati pengertian bacaan yang dilafazkan,
solat itu sengaja dilambat-lambatkan
Mereka solat,tapi solat mereka seperti orang munafik.Dalam fikiran menerawang dengan perkara-perkara lain yang menghilangkan fokus.Ketika itulah teringatlah tugasan yang terlupa sebelumnya,ketika itu jugalah teringat pesan kawan untuk belikan sos cili kat Fathallah,dan ketika itu jualah menghadam pesanan Ustaz Akli semasa Tafaqquh!
Tanpa syak lagi,solat ini tidak mampu menghindarkan mereka dari perbuatan keji dan mungkar.Malah kelekaannya dari mengingati Allah hanya mengundang bala Allah.Mengapa lalai,mengapa leka,kerana solat mereka bukan kerana ingin mendapat keredaan Allah,tapi hanya inginkan manusia mengagumi mereka.
Orang yang leka dalam solatnya,digolongkan Allah sebagai manusia-manusia yang mendustakan Hari Pembalasan,Ad-Din,atau dalam erti kata lain,mendustakan Islam secara keseluruhannya,seperti yang disebut oleh Dr.Muhammad Mahmud Hijazi,dalam tafsir al-Wadhih.Mahukah kita digolongkan dalam golongan sedemikian?Pasti tidak bukan?
Walaubagaimanapun,sebagai hamba,kita akui,kita juga kekadang terlalai dalam ibadah kita.Solat fardu menjadi kebiasaan,bukan lagi amalan.Sekadar memenuhi 'jadual' harian,bukan lagi 'date' yang dinanti-nanti.Solat jadi bosan,tiada lagi keterujaan!
Lalu mohonlah dari Allah untuk meneguhkan hati kita agar sentiasa tunduk dan taat,di samping meneruskan usaha memperbaiki kualiti solat kita.Bila baca al-Quran,fahami sekali makna-maknanya.Variety kan lagi bacaan dalam solat kita untuk hilangkan rasa 'bosan'(walaupun statement ni kurang tepat)Dan bila solat,sediakan diri sebaiknya seperti solat awal waktu,berjemaah serta berpakaian indah dan bersih supaya tidak tergesa-gesa mengejar imam dan mengurangkan kemungkinan akan hilang khusyuk sebab kepenatan dan gangguan lain.
Ana teringat satu analogi dari blog seorang pendakwah terkemuka,lebih kurang begini,
'lampu trafik bertukar hijau,tapi kereta di depan masih belum bergerak,
kita ingin marah kerana kelembapannya,lalu terpapar di keretanya tanda 'L',
"Oooh,rupanya dia sedang belajar',marah kita tadi bertukar reda dan memahami..'
Maka begitu jualah kita harapkan dari Allah,bilamana kita melakukan kesilapan,
sentiasa kita berharap Allah akan mengampunkan kita kerana tahu bahawa kita sedang belajar,

belajar untuk mendalami islam,untuk mengenal Allah,dan belajar mengamalkan sunnah RasulNya,
-anda solat?Salaam alaika!- |
"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,
Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya"
(al-Mukminun,1-2)
Yang menulis ini tidak lain lebih dekat dengan jari dan matanya sebelum sampai ke orang-orang lain.Sama-sama kita berpesan dengan kebenaran,dan kebaikan,inshaAllah ada saham di dunia,kalau tidak pasti di akhirat nanti.Amin:)
Wallahua'lam.
Wallahua'lam.
Forgive Me-New Album
Best!Seriusnya.Belilah CD original di stor-stor berdekatan dengan harga berpatutan,hanya RM12.2705(Hanya terhad di Mesir)

Ulasan
Catat Ulasan