Bekerja dan Belajar

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum,

InsyaAllah minggu ni ana nak cerita sikit pasal KERJA.

Bila cakap pasal kerja,ana saja nak story sikit pasal pengalaman bekerja masa kat Malaysia dulu.Kerja yang dimaksudkan kat sini ialah kerja bergaji lah of course.^^

Bermula dari Sekolah
Kalau nak cerita sejarah kerja ni memang dari sekolah menengah ana dah start.Minat tu datang secara paksa bila ada abang senior,Hazman yang pegang biro Ekonomi Badar kat Maahad Hamidiah tahun tu memang kaki berniaga.Setiap malam Isnin dan Khamis(hari puasa sunat),kami yang kuli-kuli kecil ni(Amzar,Muizz and the gang) akan diminta menjual air kotak dan air tin di DM(Dewan Makan) untuk kawan-kawan. Kadang-kadang habis,selalu,tak habis. Petang kami akan beli ais,isi dalam kotak besar,masukkan air kotak,jual,then simpan balik dalam bilik gerakan badar,duit hantar kat Hazman.Kalau nasib baik dapatlah makan nasi lemak Ustaz Zul malam tu.Ana sendiri pun ada bukak business sendiri.Biasa kalau balik bermalam,ana akan pergi Tesco beli stok jajan dan jual kat bilik prep.Ada jugak cadang nak buat perkhidmatan basuh baju tapi sebab malas dan tak untung,maka terbantut lah hasrat yang murni ni.



Bekerja di Tesco Shah Alam


Lepas SPM,banyak program dan aktiviti yang ana sertai.Boleh klik link ni untuk cerita lanjut klik sini:).
Antara aktiviti lain yang ana lakukan ialah bekerja bagi memastikan cuti yang dilalui itu ada nilai.hehe.

Ana kerja sebagai cashier di Tesco tak lama,lebih kurang dalam sebulan setengah.Tapi nak cerita keperitan kegembiraan bekerja full time,8 jam sehari, 6 hari seminggu memang sesuatu yang sukar digambarkan.Sebab tu ana tulis..

-__-'

ok,The dislike part,
1.Penat,kerja bergaji mana tak penat
2.sakit belakang berdiri sepanjang masa,lagi-lagi hari weekend!
3.balik tengah-tengah malam,kesian umi,abah kena pick up late at night.
4.ikhtilat kurang terjaga,kawan perempuan yang hampir sebaya duduk sebelah masa makan,ada satu pagi si manager perempuan non-muslim ni tiba-tiba datang and berjabat tangan(more accurately,grasping tightly),and wishing 'Good luck!',she did it to all my friends though,that morning.
5.customer yang less civilized,
6.dan yang paling tak bestberurusan dengan arak!Astaghfirullah.Yup,arak ni memang dijual kat tesco.Sebelum ni ana kurang faham dengan hadis(1) dimana Baginda saw mencela orang yang terlibat dengan arak,tapi selepas ana kerja di sini,kefahaman itu diperolehi.Alhamdulillah.Ana berusaha sebaik-baiknya mengelakkan diri dari berurusan dengan air syaitan tersebut.Bila ada customer non-muslim yang ingin membayar arak,ana akan minta dia untuk pergi ke kaunter lain yang cashiernya non-muslim untuk berurusan dengan pembeli tersebut.Tapi yang jadi masalah jugak ialah ada sahabat-sahabat sekerja muslim yang kurang faham dan berprinsip,asal dapat gaji oklah dan benda kecik jela bro,rileks ce prai!even yang kafir pun lebih memahami! Perkara ni pun ana dah bangkitkan dekat manager ana,tapi dia berpendapat,

"Akak tahu benda ni.Tapi nak buat macam mana,kita ni pekerja kenalah jugak ikut peraturan.."jawabnya pendek,mematikan perbualan.

Ana rasa diri ni terlalu lemah.Rasa sedih dan agak terkilan.Siapalah saya yang baru sebulan bekerja ni nak mengubah pemikiran mereka-mereka yang dah senior kat sini.Semoga Allah membuka hati mereka dan dikurniakan kefahaman tentang Islam yang lebih baik dari ana sendiri.Amin3.

the like part,
1.ana berjumpa dengan ramai kawan-kawan sekerja yang berbilang ragam,agama dan bangsa,ada yang tua,ada yang muda,ada Melayu,ada Cina,ada India.Ada yang normal,ada yang bisu,ada yang down syndrome(tapi pandai math!),ada yang gila-gila perangainya,ada yang jenis emosi terlebih,ada jugak yang alim-alim gitu.Tapi overallnya semuanya memang baik dengan ana.
2.Ada juga customer yang kenal ana,tapi yang kurang best ialah bila ana tak kenal si customer ni.Lagi awkward bila ada pakcik yang menegur,dan kawan yang ana sangkakan anaknya salah sama sekali.malu.sangat...=-=''

"Eh awak Adib ye?"

"Ya saya,"(sambil meneliti wajah pakcik tersebut)

"Awak kat mana ye sekarang?"

"UIA PJ,ambil undang-undang",sambil memulangkan baki wang beserta resit.

"Owh,anak pakcik sekarang dekat sini sini,dia takde contact awak ke?Baguslah kerja cuti-cuti ni.Oklah pakcik pergi dulu.Assalamualaikum."

"Oh,wslm.Pakcik! kirim salam dekat Hafiz ye"

Pakcik tu memandang ana dengan 1000 keanehan,lalu tersenyum mengangguk,mungkin dia silap dengar.. hakikatnya ana yang silap teka.Urghh...(the actual person is Hilmi) x____x''''''

3.Dapat gaji pertama.Alhamdulillah,dapatlah dalam rm800 sebulan.
4.Manager-manager ni kalau ana nak mintak rehat untuk solat fardhu biasa takkan ditolak.That's the good thing lah.


good,bad.semua itu dari Allah sebagai tarbiah.


Mesir?
Alhamdulillah,memang niat untuk meneruskan 'kerja' itu ada dan ada dah pun jalan-jalannya.Abah pun ada beri nasihat yang mengandungi lima perkara,salah satunya ialah,

5.Buatlah perancangan hidup dari pelbagai aspek-ibadah khusus,keluarga,kerjaya,kewangan,sosial,dakwah dan perniagaan(jika minat)

Tambahan lagi ada kenal dengan senior-senior yang abundant with experience berbusiness di bumi Kinanah ni.InsyaAllah semoga segala yang diusahakan mendapat keredaan Allah dan memberi manfaat kepada masyarakat,khusus buat rakan-rakan di Iskandariah ni.Tagline nya mudah,
saya pelajar perubatan,dan saya bekerja untuk islam=)




Bekerja dan Belajar?yup.Bila bekerja,kita belajar sesuatu.Ana pun belajar sesuatu dengan bekerja.


Wallahua'lam.

Soalan bulan ini,BEKERJA KETIKA BELAJAR,RELEVANKAH?
(beri pandangan anda,jika ada sambutan baik akan dibincangkan dalam post akan datang,insyaAllah)


Footnotes:
(1)" Diriwayatkan drpd Anas r.a bahawa Rasulullah s.a.w telah melaknat sepuluh golongan yg terlibat dengan arak ,orang yg memerah arak,orang yg diminta arak diperah untuknya ,orang yg meminumnya ,orang yg membawanya ,orang yg meminta dibawa arak kepadanya ,orang yg memberi minum arak kepada orang lain ,orang yg menjual arak ,orang yg mendapat hasil drpd arak ,orang yg membeli arak ,orang yg meminta dibelikan arak untuknya "

riwayat Ibnu Majah dan Tarmizi

Ulasan

  1. tade idea sangat. tapi di tmpt ku tinggal ini tak digalakkan untuk bekerja. but bila kerja, kene make sure tak mengganggu pelajaran, sebab kita diamanahkan untuk belajar, and belajar itu pun sebenarnya boleh dianggap kerja sebab kita disponsor. yakni dibayar untuk belajar. Jadi, pendapat ana, kalo kerja tu tak mengganggu pelajaran. takpe.

    BalasPadam
  2. bekerja sambil belajar?? ana rasa ok je asal tak ganggu pelajaran dan tak menjadikan kita bermalasan utk program tarbawi..apa pun kena igt belajar no 1 tapi dakwah bukan no2..itu yg senior ana selalu nasihat..smelah dlm konteks ni jugak..tp apa2pun kena igt bekerja sambil belajar means komitmen kita bertambah.err sbnrnya takde pengalaman pun dlm bab ni tp just nk share pendapat..okay may Allah bless and guide you.bittaufiq wannajah

    BalasPadam
  3. kalau boleh,kongsi lah skit apa hukum2 yg tahu pasal arak tu...boleh gak tambah ilmu kat org yg x tahu,ye lah kan,kalau kita dah alami sendiri,kita lebih faham.macam mana nak berhadapan,ke ade kepenah punggah stok brg ke...sharing is caring...sharing is the way of giving(ilmu lah kan=)...

    BalasPadam
  4. insyaAllah,akan diusahakan.tapi mungkin bukan dalam masa terdekat sebab nak exam dah ni.jzkk atas perkongsian:)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

The Legend of Kagutaba Village

The perks of doing elective posting.

Talking about mental health