Tips Mahasiswa Tak Cemerlang

Assalamualaikum
Selamat Sejahtera buat semua pembaca,khusus para mahasiswa sekalian
Semoga dalam keadaan cool dan chill selalu!


InsyaAllah,hari ini ana akan memberikan tips cara menjadi mahasiswa yang tidak cemerlang,maka ambillah yang baik dan hindarkan yang kurang bermanfaat.

1.Gunakan sebelah otak sahaja dengan membuat aktiviti yang hanya merangsang sebahagian otak.

2.Belajar secara aktif dengan hanphone@ipod touch di tangan semasa kelas.

3.Ber'fb' 3 jam sehari atau sekurang2nya 20jam seminggu.

4.Kerapkan ponteng kelas,ini membantu anda dibarring dari mengambil peperiksaan semester akhir.Which means,no exam pressure!!Yeay~

5.Sentiasa awal dan mendahului dalam segalanya;
   MENDAHULUI CARTA ponteng kelas,
   PALING AWAL dihantar ke bilik kaunseling,
   SANGAT AWAL tidur lepas subuh,sehingga x perasan da solat @ belum.
   PALING AWAL keluar kelas
   SALING MENDAHULUI menyalin nota dan kerja rakan-rakan

6.Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri.Bila bosan rehat,bila tak faham lelapkan mata penuh    konsentrasi.InsyaAllah mimpi indah bakal menyusul.

7.Banyakkan makan agar anda bertenaga untuk lari dari pak guard yang suka menyaman student macam antum.

8.Menjadikan nota-nota menarik dengan  pelbagai corak dan lukisan agar kelihatan seperti 'buku nota',bukan buku tulis.

9.Bawa nota mini ke mana-mana sahaja,termasuklah ke tandas untuk rujukan tambahan.

10.Bermuka-muka dengan lecturer dan ustaz ustazah,confirm anda dilabel pelajar hypokrit aka pre munafiq

11.Bersemangat dalam banyak perkara
     TIDUR yang sungguh-sungguh
     BORAK yang tiada henti
     KHUSYUK dan TAWADHUK dalam setiap majlis
     BERPAKAIAN INDAH setiap kali temujanji
     RAJIN bertanya khabar kepada rakan bukan mahram
     COUPLE discussion
    

Jika antum terdapat ciri-ciri ini,maka antum semua berpotensi untuk menjadi pelajar yang CEMERLANG dalam KETIDAKCEMERLANGAN.


"orang yang benar-benar cemerlang ialah mereka yang berjaya di akhirnya,kerana cemerlang akan dilihat pada hasil akhirnya,bukan ketika awalnya,bukan jua pertengahan perjalanan  "



seorang hamba Allah yang sering melakukan dosa besar,di akhir hayatnya bertaubat kepada Allah dan dia dimasukkan ke syurga.Cemerlang.

seorang pelajar yang cemerlang dalam pelajaran tetapi gagal semasa alam pekerjaan.dia berputus asa lalu membunuh diri.dia dimasukkan ke dalam neraka.Tidak cemerlang.

Seorang alim yang sering melakukan amal jariah tetapi ada melakukan banyak dosa kecil,dimasukkan ke dalam neraka sebagai kifarah dosa,kemudian masuk ke syurga.Cemerlang.

Pendakwah yang banyak melakukan usaha mencegah kemungkaran dan mengajak kpd kebaikan,namun hatinya tiada keikhlasan.Dimasukkan ke neraka,namun di atas rahmat Allah,dia masuk ke syurga.Cemerlang.

Seorang saintis non muslim yang banyak menyumbang kepada masyarakat dalam
 bidang perubata dan penemuan bahan kimia terbaru yang dapat menyembuhkan AIDS.Amalnya tidak diterima Allah kerana menolak keesaanNya,dilempar ke neraka selamanya.Tidak cemerlang.

Kesimpulannya,cemerlang itu hanya dapat dibuktikan pada akhir sesuatu perjalanan.Dan akhir perjalanan manusia ialah SYURGA atau NERAKA.

‘ Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara kebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh di medan perjuangan) dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya’.
(Surah Ali Imran : 200)


Barakallahu fikum:)

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

The Legend of Kagutaba Village

The perks of doing elective posting.

Talking about mental health