SLIP SPM: NIKMAT @ BALA?
Saya terkedu sebentar melihat apa yang ada depan mata.Fikiran saya mula menyelam jauh ke dalam.Bukanlah bermakna saya kecewa tapi ia menjadi asbab pintu ilham saya diketuk. Sukar untuk menggambarkan perasaan yang cukup abstrak untuk dizahirkan. Pelbagai analisis yang lahir dalam pemikiran saya. Ia membawa saya mengenang semula setiap sudut peristiw a yang berlaku sebelum saya memegang slip yang ada pada tangan saya.Kemudian lidah saya kelu dan hati terus berkata-kata dan akal saya terus bergerak undur ke masa lalu melihat satu-persatu dalam diri saya.Adakalanya saya rasa menyesal kerana ada kemungkinan apa yang saya dapat adalah kerana dosa-dosa yang saya lakukan.Namun sekiranya ia adalah balasan Allah Ta’ala bukanlah bermakna Allah berdendam dengan hambaNya.Bahkan ia adalah satu tanda Rahmat dari Allah untuk hambaNya berfikir sebelum tiba satu saat tidak ada ruang untuk berfikir(mati).Lalu saya terus berfikir sehinggalah saya buat keputusan dalam diri saya.Sepakat hati...