ProPA 2011..POST MORTEM

Assalamualaikum Waramatullahi Wabarakatuh..


Pertama sekali,kali ini ana akan menggunakan kata ganti diri 'ana',menggantikan kata 'aku' ataupun 'saya' mahupun 'kite'.Ana sejujurnya bukanlah regular dengan 'ana' nih,tapi sebab ana fikir bila kita membiasakan diri dengan bahasa syurga,secara tidak langsung akan membangkitkan rasa cinta kita kepada bahasa al-Quran itu sendiri.Ingat!Kenal maka cinta~_^

18-20hb februari 2011

tarikh ni amat bermakna bagi ana kerana;


dapat berjumpa dengan ramai sahabat-sahabat ex-maahad,
dapat menyumbang kepada sekolah,mungkin kali yang terakhir..(harap-harap x le)
dapat kenal dengan ramai adik-adik yang berbeza ragam..,
menimba ilmu sebagai seorang fasilitator amatur...lagi..




CUKUP2!!



Ok,program yang dimaksudkan ialah Program Pecutan Awal ting 3 sesi 2011 SMKA Maahad Hamidiah~



Mohon maaf kepada yang blur awal-awal tadi.huhu


Actually ana pun masa f3 dah join program ni.So,bila datang balik sekolah sebagai fasi,segala memori silam kembali terpaut dalam minda dan hati. Ada yang manis dan ada yang pahit.Namun,ada juga yang ana sangkakan manis,tetapi hakikatnya,tidak pernah lebih sedap daripada ubat panadol..



Apa isunya pulak dengan POST MORTEM program ni??

"Makan x cukupla bos,ptotnye kenela jaga kebajikan fasilitator!"


"Kenapa bajet boleh x cukup??Padahal ini benda penting la bai~"


"Program banyak lari la bang,time management kurang mantop.."

"Fasilitator x bagi komitmen cmne program nk jalan??Prihatinla sket dengan adik2 korg tu.. "


"Ade segelintir dari korang ni,kakak tau,ad yang memang x minat pun nk dtg program ni.Teruk betul."

FULLSTOP.

[STOP RIGHT THERE] 

ana dan adik-adik; syafiq,mukri,fahim(bob),zufar & izzat

Kamilah Arsenal-Haziq,...,dan ana~

Miqdad melayan kerenah adik-adiknya.Gumbiranya^_^

Sesi pendaftaran ProPA'ganda'

Slot Nikmat Oh Nikmat

Sebahagian urusetia dan fasilitator putera

Malam taaruf

Lakonan spontan oleh Muizz(anak),Bob(papa) dan Atikah(mama).

Menjejak kasih yang hilang...

Cikgu Najib dengan humornya yang tersendiri

Bakal doktor psikologi.

No comment


Haziq,Afiqah Airil dan mentee2 mereka

Abang Ejat,Pengarah Program paling berdedikasi!

Abang Munim aka tukang masak tersenyum riang


Fauzan, dan sebelahnya agak familiar...huhu

Afnan.Shhh!Jangan bising,nnt KU marah~

Fasilitator putera terbaik,Firdaus P10!Tahnia


p/s:mohon maaf kalau gambar kurang lengkap.Nama-nama yang tidak disebutkan jangan berkecil hati,kerana,anda tetap di hati.:)



OK2,sekarang ni ana takkan ceritakan isu-isu yang kat atas tu walaupun memang HOT dan SPICY.Ana lebih suka untuk membincangkan isu yang tidak ramai orang suka,mahupun selalu bincangkan. Ana akan menulis sesuatu yang tersirat dari program ni,lebih tersirat dari isu-isu yang telah disebutkan.Mungkin ada yang skeptik dengan pandangan ana,tapi,memanglah pun- WE CANNOT EXPECT EVERYONE TO LIKE US NOR WHAT WE DO AND EVEN WHAT WE THINK


K,sambung jela ceritera ni.Teruskan membaca...[NI LA TOPIK SEBENARNYA]




...Ana nampak,dalam diri seorang remaja,mereka dalam proses mencari identiti diri,dan dalam proses itu,banyak jalan yang perlu ditempuh. 
Jadi,sebagai seorang fasi,ana rasa ada tugas yang perlu ana kerjakan.Ada perkara yang perlu ana sampaikan kepada adik-adik agar mereka tidak merasa kepahitan yang amat,sehingga mereka pula menyangka segalanya pahit. Namun,masih ramai lagi yang belum sedar akan kepahitannya..

Maka,antara cabaran terbesar yang menghalang mereka untuk berjaya ialah :


ATTITUDE

Ya benar,SIKAP. Maksud ana ialah sikap negatif seperti MALAS ,SUKA MAIN-MAIN, TIADA cita-cita, TIADA arah tujuan dan sebagainya..

Dan,menjadi seorang abang buat adik-adik ni,ana sememangnya berpeluang untuk mengingatkan mereka tentang masalah SIKAP yang jarang mereka fikirkan...

COUPLE??

Ana tidak fikir ini adalah satu masalah yang BESAR,bukan pula masalah yang REMEH.

Ana meletakkan prinsip bahawa masalah ini tidak akan berlaku jika HATI mereka bersih.

HATI yang bersih akan membawa kepada TINDAKAN atau AMAL yang bersih,dan hasilnya AMAL tersebut lebih pasti akan diterima ALLAH swt.
Perlu diingatkan,langit itu ada 7 lapisan.Setiap lapisan itu ada malaikat yang mengawalnya.Setiap amal yang dilakukan oleh kita akan melalui lapisan-lapisan tersebut.Tetapi ingat,setiap tingkatan langit hanya boleh dilalui dengan syarat-syarat tertentu seperti,jika ada sifat riak,maka amalan tersebut tidak diterima dan akan dicampak semula ke bumi.Selain riak,perkara-perkara lain seperti ujub,takbur,tidak ikhlas,melakukan kezaliman dan sebagainya turut termasuk dalam prasyarat tersebut. Perkara ini memang ada disebutkan dalam sebuah hadis nabi saw, cuba ana tidak berapa ingat kesemua perkara tersebut dan susunan tingkatannya.

Ini barukan malaikat,bagaimana pula amalan tersebut akan sampai kepada Pencipta malaikat tersebut???

Oleh yang demikian,ana ada satu tip cara hendak membersihkan hati..


Pernah antum semua mendengar Zikrul Fath?Atau maksudnya zikir kemenangan ?




Ya,inilah zikrul Fath.Sebutlah LA ILAAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH dengan sepenuh penghayatan bahawa tiada yang lain melainkan ALLAH dan NABI MUHAMMAD itu pesuruh ALLAH.

Amalkan menyebutnya 100x sehari paling kurang.

Mengapa pula disebut Zikir Kemenangan?
Kerana dengan zikir ini,antum akan menang melawan 4 perkara;
  1. Syaitan
  2. Manusia
  3. Nafsu
  4. Dunia
Oleh itu,marilah sama-sama kita amalkan zikir ini,semoga menjadi saham di akhirat kelak.Eh?

 "Sibuklah!I mana ada mase nk zikir-zikir ni.Siang malam asyik sibuk dengan kerja.." 

"Emm,ak memang suka nak beramal tapi,kalau x ikhlas pun sama je.."

"Kurang seratus cmne??"


"Alahai,ekau pon samo ajo,tokyah nak ajak aku menda2 nh.X dapeknye derr~"






Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? (55:13)

Bayangkan jika Allah sedang directly berkata yang sedemikian dengan antum,mahukah antum mendustakan nikmat akal dan mulut yang telah Allah berikan?

Salahkah mengajak orang lain membuat kebaikan,sedangkan diri sendiri tidak sempurna? 

Siapa pula insan yang sempurna di dunia ini??

Rasulullah?

Jadi antum mahu Rasulullah menegur antum sendiri,mata bertemu mata? Tidak malukah kita??
Jangan pula sampai Rasulullah bertemu dengan antum dan berkata,
"Kau bukan sebahagian dariku (ummatku)!"

Hatta,marilah kita berusaha dalam kebaikan,bukan sahaja dalam ibadah khusus,tetapi segala kerja yang kita lakukan.Ia akan menjadi ibadah jika menepati kehendak syara' dan semata-mata kerana Allah.

InsyaAllah.Selamat beramal dan sebarkanlah kalimah suci di mana sahaja kita berada.

Ana memohon maaf atas kekhilafan diri dan kekurangan yang antum nampak.
Sahabat yang baik adalah cermin kepada rakannya,dan ana harap antum semua adalah cermin ana sendiri.

Sekian.Wassalam Warahmatullah

Barakallahu fikum~

Ulasan

  1. Jadi antum mahu Rasulullah menegur antum sendiri,mata bertemu mata? Tidak malukah kita??
    Jangan pula sampai Rasulullah bertemu dengan antum dan berkata,
    "Kau bukan sebahagian dariku (ummatku)!"

    ana terkesan dgn ayat nih..great post, syukran akh..

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah Adib...
    mmg mantap isinya...aku suka...
    trima kasih sbb ada sdkit ilmu yg ana bru dpt..
    trima kasih utk segalanya...shukron jazilan
    bila la ana nk buat blog...haha...asyik bca blog org ja...hehe...
    truskan menulis...smoga bermanfaat kpd org yg membaca...

    BalasPadam
  3. thanks for the great info...
    maaf kalau ade yg x menyenangkan saudara ketika dlm program tu..
    maklumla, diri ni banyak kekurangan, dan masih teruskan mencari kebenaran dan ilmu yg xkan habis..
    ape-ape pon, syukran jazilan wa khairan kasiran..krn bagi kerjasama dan komitmen yg terbaik..
    insyaAllah kalau ade rezki kita bekerjasama lagi,try to be the best!

    BalasPadam
  4. Afwan kepada semua yang membaca,khususnya buat Murshidah,Amir dan Widad kerana sudi meninggalkan komen yang positif.Kepada Amir,ana buat blog ni sebab ana bukanlah jenis yang gemar bercampur dengan orang ramai selalu.Jadi,ana gunakan media blog ni untuk berdakwah.Dakwah itu banyak jalannya,cuma destinasi tetap sama.
    Kepada Widad,ana pun ingin berterima kasih atas sume kerjasama dan insyaAllah,same2 jadi insan yg lebih baik pd masa akan dtg.Org laen pun dgr jugak,ni bukan utk Widad,Amir @ Murshidah je,tp utk semua!!Jazakallah^_^

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

The Legend of Kagutaba Village

The perks of doing elective posting.

Talking about mental health