IKHTILAT:TIDAK RAMAI YANG FAHAM

Assalamualaikum warahmatullah~
Pernah mendengar perkataan IKHTILAT??
Bila pertama kali mendengarnya??
Adakah anda betul-betul memahami maksudnya??
Bagi saya,sejujurnya,saya baru mendengar dan tahu berkenaan ikhtilat  semasa dalam program Madrasatul Hayah Ikram baru-baru ini.
Berikut adalah sedikit penerangan ringkas berkenaan ikhtilat.Teruskan pembacaan antum semua:)



APA ITU IKHTILAT?
dari aspek bahasa bermaksud pergaulan silang jantina,
dari aspek istilah pula ialah percampuran silang jantina dalam satu tempat;berlaku pandang-memandang,komunikasi dan percakapan.

Ikhtilat :3 orang atau lebih
Khalwat: 2 orang sahaja

HUKUMNYA
 hukum asal adalah HARAM 
Pengharaman ikhtilat bukanlah dengan nas soreh(langsung dan tepat) seperti pengharaman arak dan judi dalam al Quran, tetapi melalui hukum-hukum lain berkenaan wanita.Hujah-hujah berikut mampu menerangkan maksud saya di sini;


HUJAH PENGHARAMAN

1.Larangan musafir tanpa mahram
   Dalam sebuah hadis yang bermaksud,"Perempuan tidak boleh bermusafir kecuali bersama mahram."
   Secara langsung hadis ini mengharamkan wanita bermusafir tanpa mahram.

2.Larangan berkhalwat silang jantina ajnabi
   Maksud hadis,"Lelaki tidak harus masuk (rumah) perempuan kecuali bersamanya ada mahram"

3.Perempuan tidak wajib bersolat jemaah
   Terdapat pendapat mengatakan wanita tidak digalakkan pergi solat jemaah di masjid,tetapi ada juga  pendapat lain yang mengharuskan wanita untuk pergi ke masjid.
    Keharusan ini terikat denga beberapa syarat:
     -mesti dengan izin wali
     -tidak memakai wangian
     -tidak bergaul dengan lelaki-lelaki bukan mahram

4.Wanita tidak wajib berjihad
   Aisyah r.anha pernah memnita izin Rasulullah untuk berjihad tetapi tidak diizinkan.
   Al-Battal memberi komentar; Wanita tidak diwajibkan berjihad kerana mereka wajib berhijab dan
   dilarang bergaul dengan lelaki.
   Logiknya,dalam suasana kritikal seperti peperangan,wanita tetap tidak diizinkan berjihad.Maka, dalam
   suasana lain yang kurang kritikal,pasti lebih ditegah.

5.wanita tidak wajib bersolat Jumaat

6.Tegahan wanita berjalan seiring dengan lelaki

7.Kaedah al-Asal fil Asy ya' Al-Ibahah tidak boleh digunapakai
  Terdapat nas yang secara tidak langsung mengharamkannya,maka keharusan mutlak kes ini sudah tiada lagi.

IKHTILAT YANG DIBENARKAN
  1. Dharurah (darurat) 
  2. Haajah (keperluan)
  3. Adat Kebiasaan
  4. Belajar 
DHARURAH
hukum:diharuskan
contoh: melindungi wanita yang berjalan sendirian
tujuan untuk mejaga kehormatan,agama, nyawa dan seumpamanya.
kaedah: Ad-Dharurah Tabiih Al-Mahdzurah

HAAJAH
hukum:harus
Contoh;muamalat, tugas kehakiman,memberi kesaksian,Jihad fi Sabilillah dan lain-lain.
Berlaku dengan syarat: Mematuhi syarak dan adab-adab Islam

ADAT KEBIASAAN
Pergaulan dalam majlis seperti walimah, mesyuarat,majlis rasmi, sambutan majlis-majlis tertentu yang dibolehkan dengan syarat:
  • Menjaga adab dan hukum Islam
  • Menutup aurat,
  • tidak tabarruj (wanita memperlihatkan perhiasan yang haram kepada bukan mahram
  • tundukkan pandangan
  • bercakap dengans suara normal
  • Tiada percampuran melampau
BELAJAR
Kes rujukan:Satu ketika sahabiyaat (sahabat2 wanita) mempertikaikan kaum lelaki lebih banyak bersama Rasulullah saw dan banyak peluang mendapat ajaran agama.Mereka meminta satu masa khusus untuk wanita.Lalu Rasulullah pun menentukannya.
Terdapat dua pentafsiran berbeza terhadap kes ini sehingga menghasilkan dua hukum: halal dan haram
Setelah kita mengetahui serba sedikit tentang IKHTILAT,apakah pendirian kita terhadap golongan yang kurang memahami,dan tidak tahu mengenainya?
  • Amalkan sikap sederhana dalam berpegang kepada hukum
  • Amalkan tuntutan syarak secara maksimum dalam semua situasi
  • Berusaha bertolak ansur paling minimum terhadap ikhtilat.
  • Raikan suasana dan elakkan yang haram 
  • Jangan double standard (hipokrit)
  • Sentiasa bersikap hazar (hati-hati)
Sebagai seoramg muslim,kita perlu membentuk imuniti atau tarbiah diri yang kuat dalam diri,agar segala halangan dan cabaran yang menimpa tidak akan mampu menggugat keimanan kita.

Saya mengharapkan agar sedikit ilmu yang dikongsikan ini dapat diamanfaatkan sebaik mungkin.



Sekian,barakallahu fikum~


 
kredits untuk Ustaz Alias Othman.Untuk informasi lebih mantop,bolehlah rujuk buku ISLAM YANG MUDAH .

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

The Legend of Kagutaba Village

The perks of doing elective posting.

Talking about mental health