Minggu ini dalam History
7 Februari-12 Februari
Peristiwa 1
Hari ahad adalah hari yang sememangnya ditunggu2 oleh semua pelajar saser. Andai bukan outing, pastinya hari tersebut adalah hari untuk berehat dan melakukan segala aktiviti2 yang tidak dapat dilakukan pada hari2 biasa. Dan pada 7 Februari 2010 adalah hari OUTING kami...
Namun apa yang hendak diceritakan bukanlah berkenaan outing, tetapi peristiwa selepasnya..
Petang ahad, di bilik iron kediaman lekir..aku pergi ke sana untuk menggosok baju biruku yang baru sahaja kering,tetapi bila sahaja aku menjejakkan kaki ke dalam bilik tersebut, kedapatan ramai pelajar f4 yang hendak menggosok baju.Tiba-tiba ku lihat ada satu lagi seterika yang tidak digunakan,lalu aku bergegas menuju ke situ. Sejurus itu juga ade seorang f4 yang tiba pada masa yang sama. Aku menyuruhnya menggosok baju dahulu, tanpa berkata apa2 dia akur.
Aku pun pergi berbaring di atas tempat meng'iron' baju yang diperbuat daripada simen,yang dilapisi oleh susunan tile ,muat2 untuk 1 badan. Tempat tersebut tidak digunakan kerana tiada seterika di situ.Aku bercadang untuk berbaring sahaja,namun tanpa disedari aku tertidur,tidak terlupa sebelum itu aku membuka spek mata untuk merehatkan mata...
Dalam lena dibuai mimpi, badanku yang kurang selesa berpusing dan KEDEBUKK!!
Ak tiba2 terasa kepalaku amat sakit seperti dipukul kayu baseball.Dalam keadaan separuh sedar aku membuka mata dan melihat darah di lantai.Aku terdengar suara rakanku yang kebetulan lalu di hadapan bilik tersebut mengatakan hidungku berdarah.Aku memegang hidungku dan menyedari darah mengalir dengan banyak sekali. Aku bangkit dalam keadaan mamai dan confuse dan terus menuju ke tandas di hujung blok.Tika itu barulah aku menyedari bahawa aku telah terjatuh dari tempat ir0n tadi ,lebih kurang 3 kaki tingginya.Kerana terlalu pedih kepalaku, aku terpaksa solat di dorm dan terus tidur sambil menekan kepalaku dengan bantal.
Mengikut pandangan pertama,ada yang mengatakan bahawa pelajar2 f4 tersebut terus beredar selepas menggosok tanpa mengejutkan aku.Namun pendapt kedua yang lebih sahih mengatakan bahawa pelajar f4 tersebut cuba mengejutkan aku namun aku tidak bangun juga, mungkin kerana terlalu letih...
Kemudian, aku dikejutkan oleh rakanku. Aku ternampak kelibat ustaz yang melihatku sambil berisghfar panjang.Aku turut dikelilingi rakan2 ku yang memandangku dengan rasa aneh. Aku hairan.Kenapa semua pandang aku macam alien?Aku menyentuh mukaku,mencari punca kesakitan dan kurasa mataku seperti membesar.Baru ku perasan mata kananku tidak boleh dibuka. Pada malam itu ak dihantar ke Hospita Tuanku Jaafar, Seremabn bagi mendapatkan rawatan kecemasan. Sebelum aku dihantar ke wad untuk rawatan, aku telah disoal oleh pihak hospital kerana mataku yang lebam kelihatan seolah2 ditumbuk.huhu
Setelah di x-ray dan diberi ubat, aku dan ustaz pulang ke sekolah kira2 pada pukul 11 malam...aku diberi cuti selama 2 hari(sahaja)..syukur!! :-]
Keesokannya, aku pergi ke hospital tersebut semula untuk temujanji dengan doktor mata.Doktor tersebut memberi jaminan bahawa tiada sebarang komplikasi yang serius terhadap matuku akibat hentakan kuat tersebut.Dia menjangkakan lebam di mata akan pulih sepenuhnya dalam masa 2 minggu.Namun, untuk menghindari penyakit lain seperti gloukoma(btol ke eja?),aku perlu menghadiri temujanji seterusnya pada bulan 5..Proses tersebut berakhir pada 12.30 tengahari.Petang tersebut, aku telah dilawati oleh Abah dan Ummi ku yang telah dihubungi ustaz semalamnya, di sickbay sekolah.Aku terharu sebentar...mereka sanggup datang semata2 kerana risau akan keadaanku..huhuhuhu
perumpamaan semata2,tiada kena mengena dengan mereka yang masih hidup atau telah mati..
Cerita mengenai pelajar yang lebam matanya seperti Anwar Ibrahim kerana jatuh dari tempat iron telah tersebar ke seluruh sekolah, even pak guard dan makcik kantin pun tahu!!Pergi ke mana sahaja, aku pasti ditanya soalan yang sama.Walaupun rase seperti diambil berat, tetapi kadangkala memenatkan untuk menceritakan perkara yang sama..xpe adib,sabar itukan sebahagian daripada iman..barakallahahu fikum~
peristiwa seterusnya akan bersambung kemudian...InsyaAllah..
Ulasan
Catat Ulasan