Jaulah Imamiah ke Kisas

Tanggal 21-22 Januari 2010
Adalah merupakan hari bersejarah buat Saser dan aku sendiri....haha

Beberapa minggu terakhir sebelum cuti akhir tahun 2009
"Ustaz,paperwork da siap da.Sume da buat.(tersenyum bangge)"
"Oh, settle dah?Okla, sy nk awak g jumpe pengetua and minx sign die.(haha padan muke!)"
Wajahku yang riang tadi terus lesap ditelan rasa cuak yang mendalam serta menusuk qalbu.Gulp!
Pengetua kami,En Sabuddin memang dikenali sebagai boss yang serius dan garng r gak.Kirenye die tu macam ada kuasa mutlak di sekolah. Sesiapa yang membantah akan terkena tulah...isy3.tulah pasal owg cuak ngan die beb.haha

Emm, xnk cter panjang2,homework melambak.

Dipendekkan cter, benchmarking yang diplan itu akhirnye dapat dilaksanakan selepas melalui palbagai rintangan dan cabaran yang mendatang bagaikan tsunami, apatah lagi dengan fenomena ekonomi negara yang merudum pada tahun ini, menyukarkan lagi perjalanan

Bagaimana pemilihan KISAS?
Semasa pembentangan agenda untuk benchmarking 2010, ramai yang memeberi cadangan tempat2 yang akan dituju.Antaranya ialah;
KISAS=power sgtla.cuak la pulak
SHAMS=dekat sangat
STAD=sebelah je sekolah tu!nonsense
SDAR=kurang menarik.'musuh baik'
TKC=tak logik
SESERI=bdk saser memg gitu...
SBPI Gombak=rombak semula plan!
SBPI Selandar= no comment
MCKK= ok?
KGV=dtg maen ragbi boleh la bro
SMKA Maahad Hamidiah=yeay!!(aku jela) 
serta beberapa sekolah di pantai Timur yg terkenal=jauh sangat
Kalakian, setelah mengambil kira mobiliti dan jarak perjalanan serta kesesuaian sekolah berdasarkan aspek2 tertentu, maka KISAS akhirnya dipilih, walaupun paling awal yang dicadangkan, namun budak2 ni saje nak maen2.bak kate hem kami,'Jangan MAIN-MAIN!!'

Most Memorable Moments...
Semasa di kisas, dapatlah aku jumpe dengan ex-mahiss yang belajar kat sane. Poji,Amir Arief, Abbas, Syahmi(Syapo),Amnan, Asyraf(Bonzer),dan lain2(muslimaat were excluded)...rase macam kembali ke cerita silam... :)
Malam pertama tu ade tazkirah oleh pelajar SASER di surau selapas maghrib, oleh itu kami telah berkomplot bahawa yang akan menyampaikan ceramah tersebut ialah naib YDP badar, Haziq,tapi aku pulak la yg dijemput!
Maka dengan x readynye aku ke meja depan sambil memikirkan tazkirah yang hendak disampaikan, diiringi selawat dan laungan takbir!!Allahuakbar
Duduk sahaje, lantas aku testing mic seperti kebiasaan, lalu menutup mata bagi menenangkan fikiran dan memulakan dengan selawat ke atas Nabi serta puji-pujian ke hadrat Allah swt...
"....Baiklah,malam ini saya akan bercakap mengenai Hijrah,suatu peristiwa baru sahaja kita sambut pada bulan ini...Hijrah merupakan satu peristiwa yang amat penting terhadap umat Islam. Hal ini dapat dilihat apabila Saidina Umar al_khattab sendiri telah memilih peristiwa hijrah sebagai titik pemula kalendar Islam.Mengapa tidak memilih nuzul Quran, atau Maulidur Rasul, atau lain2?....Bangsa yang berjaya ialah orang yang berhijrah.kita lihat ekonomi dunia hari ini dikuasai oleh orang bukan Islam.Contohnya orang Yahudi, mereka menguasai 65% ekonomi dunia, bangsa China pula 25% dan dimana umat Islam? kita hanya 6% sahaja.Lihat sahaja orang China, mereka dari zaman dahulu lagi dikenali kerana mereka suka merantau. Orang Yahudi, di mana2 sahaja ada orang Yahudi di dunia ini...Cristiano Ronaldo,beliau dahulu di mana?Sporting Lisbon,kemudian berhijrah ke Manchester United,dan akhirnya tahun lepas baerhijrah ke Real Madrid dengan bayaran lebih kurang 80juta pound.Ricardo Santos Leite,anda kenal? lebih dikenali sebagai Kaka,juga berhijrah dari Brazil ke AC Milan dan juga turut berhijrah ke Real Madrid. Contoh lain, Emmanuel Adebayor(hahaha) dan lain..bla3.."

Begitulah lebih kurang antara isi2 kandungan tazkirah pada malam tersebut. Memang x dapat ku lupakan.hoh0

Apepun, suasana di kisas memang x perlu dinafikan.Sesiapa yang pernah pergi ke sana lebih mengetahui, apatah lagi menetap di sana.

Dari aspek fizikal, sekolah agak kecil, tetapi bersih dan indah la jugak.Tetapi infrastruktur yang amat menarik perhatian kt sane bukanlah di dalam kisas, tetapi di luarnya.
Masjid Sultan Sulaiman, sebuah bangunan yang memepunyai rekabentuk yang unik, jelas kami kehairanan bila melihat menara utamanya,kerana tanggapan awal kami ia merupakan istana zaman dulu2.hehe
Setelah dijelaskan oleh salah seorang f6 kisas, barulah diketahui bangunan tersebut merupakan masjid yang dahulunya adalah gereja.Sebab itulah designnya tampak berbeza dengan yang masjid2 lain. Inerior design dye pun memg mcm gereja.

Sebenarnye banyak lagi nak share, tp ade tuntutan lain yang lebih memerlukan.untuk kalo nak tau lagi boleh tengok blog kisas:
http://www.badarkisas.blogspot.com/

sekian.Barakallahu fikum~

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

The Legend of Kagutaba Village

The perks of doing elective posting.

Talking about mental health