Catatan

One day in Samouha Hospital

Last week I took a history from middle aged female patient complaining of loss of urine output (anuria). From the general look she was highly obese. She was very helpful in cooperating with us taking the details and measuring the blood pressure. She even called her son on the phone to assist me on the history taking. As I continued the sheet, her past history indicated she had multiple medical problems. She was positive with heart conditions and diabetes. As our Arabic vocabulary are quite limited, we didn't managed to understand everything she said, hence to came out with a provisional diagnosis. But we had some suggestions from reviewing the history we took, her complaint may be due to her uncontrolled diabetes. One even suspected lupus nephritis! Then a moment later the doctor came. And suddenly everything changed. We were, and I, was wrong from the beginning. We failed to understand her real complaint, which was a vaginal discharge. It was caused by urinary tract infection...

Asas kehidupan kita

Dalam usaha kita untuk menjadi muslim yang lebih baik dari waktu ke waktu, lagi lagi ketika masih muda; ada tenaga dan masa, maka kita akan mengambil inisiatif untuk menuntut ilmu. Dalam kesibukan kita menuntut ilmu, peringatan buat diri agar tidak lupa akan asas kita. Asas ini datangnya dari sirah dalam al-Quran. Jika kita membaca kisah para pemuda al-Kahf, mereka ini bukanlah alim, bukanlah syeikh besar, akan tetapi mereka adalah pemuda 'biasa' yang tidak dikenali nama-nama mereka. Namun, tidak hairankah mengapa kisah mereka ini dicatatkan Allah untuk bacaan jutaan, bahkan lebih, manusia sehingga hari akhirat? Ada para alim, para mufassirin mengabadikan puluhan tahun hidup mereka untuk mengkaji dan mendalami tentang para pemuda yang anonymous ini. Apa 'special'-nya mereka? Ya, asas mereka adalah iman. Keikhlasan mereka beriman kepada Allah adalah sesuatu yang amat bernilai disisiNya. Sehingga hari ini kita membaca dan meneliti kisah-kisah manusia tidak bernama...

Iman

Iman itu bukan hanya angka angka kosong dalam kehidupan kita. Ia perlu diisi dengan ketaatan, ketakwaan dan perjuangan. Setinggi iman kita didalam jiwa, setinggi itulah hubungan kita dengan Allah, dengan manusia dan hubungan kita dengan perjuangan. Dan semakin mengecil lah kemaksiatan dan dosa. Justeru jangan kita biar iman kita bersendirian tanpa teman. Hidupkan ia bersama teman teman kita yang sama sama beriman agar ia sentiasa terpelihara dan sentiasa terbantu. Kerana jika hati kita hilang iman, ia umpama sangkar yang tiada burung didalamnya. Tiada kicauan, tiada kerinduan ... *muharrikdaie telegram.me/muharrikdaie

Tadabbur ringkas

43:52 أَمْ أَنَا خَيْرٌ مِنْ هَٰذَا الَّذِي هُوَ مَهِينٌ وَلَا يَكَادُ يُبِينُ Bukankah aku lebih baik dari orang yang hina ini dan yang hampir tidak dapat menjelaskan (perkataannya)? --- Dialog di atas dilontarkan oleh Firaun kepada pengikutnya, untuk mempengaruhi mereka. Firaun menampakkan kepada pengikutnya kelebihan yang dimilikinya dan kelemahan yang ada pada Nabi Musa as. Ini adalah satu cara politicians yang membuat 'character assassination'  terhadap lawannya untuk mendapatkan sokongan. Ia adalah amalan tradisi sejak zaman firaun lagi. Kata kata firaun yang memukau ini sedikit sebanyak mempengaruhi kepu...

Cut Nyak Dien, Harimau Tanah Rencong

بسم الله الرحمن الرحيم Sempena memperingati hari kemerdekaan negara kita ke-59, saya mengambil masa menonton sebuah filem sejarah/biografi Indonesia, "Cut Nyak Dien" yang diterbitkan pada tahun 1988. Nama Cut Nyak Dien pertama kali saya dengar dan baca dalam 7 tahun yang lalu dalam sebuah makalah, namun semalam tiba-tiba tergerak untuk menonton filemnya. Cerita ini mengisahkan tentang Cut Nyak Dien, seorang wanita berstatus bangsawan Aceh dan turun berjuang menentang penjajahan Belanda bersama suaminya, Teuku Umar yang juga seorang panglima perang. 'Kitab-kitab sabil' dan syair dibacakan kepada parajurit dan anak-anak Aceh untuk membakar semangat jihad fisabilillah. Namun dalam sebuah pertempuran pada Februari 1899, akibat pengkhiatan, suaminya terbunuh lalu Cut Nyak Dien mengambil alih tampuk kepimpinan melawan 'Kaphe Ulanda', gelaran bagi tentera Belanda. Perang Aceh berterusan selama beberapa tahun. Beliau terpaksa menukar strategi kepada taktik gerila. Ke...

Erti kemerdekaan yang sebenar

بسم الله الرحمن الرحيم Berikut adalah kata-kata Rubi'e bin Amir kepada Rustam, panglima tentera Parsi. "Allah mendatangkan kami bagi mengeluarkan hamba-hamba (manusia-manusia) dari menjadi hamba kepada hamba (manusia) supaya menjadi hamba kepada Allah yang Maha Esa lagi Maha Perkasa. Dari kesempitan dunia kepada dunia yang lebih luas. Dari kezaliman beragama kepada keadilan Islam. Maka kami diutus dengan agama Allah kepada mahluk Nya untuk menyeru mereka kepada Allah. Maka barangsiapa yang menerima, kami menerima mereka dan tinggalkan mereka di tanahair mereka dan sesiapa yang enggan kami perangi sehinggalah kamu menyahut seruan Allah yang dijanjikan." Tanpa ragu-ragu, ini-lah kemerdekaan yang sejati!

Kehilangan 'vocabulary' dalam berbicara satu bencana?

بسم الله الرحمن الرحيم Menjadi trend antara saya dengan rakan-rakan terdekat, apabila berbicara banyak mengulang perkataan yang sama. Antaranya ialah 'padu', 'ayam', dan lain-lain. Saya ambil perkataan 'padu' sebagai contoh. Perkataan ini sering dipakai apatah lagi dalam tempoh study leave kerana akan banyak soal jawab, "Adib, apa most common tumor of anterior mediastinum?" "thymoma" "Padu lah" "Nizam, apa treatment untuk acute MI?" "Sekian...hmmm...sekian..tertinggal beberapa poin..dan sekian" "Wow padu lah!" Dan banyak lagi contoh yang lain. Walaupun jawapan tidak lengkap, banyak lompong, masih lagi digunakan perkataan 'padu'. Sekilas pandang tidak nampak seperti hal yang besar pun. Tetapi pada saya, kalau difikirkan dengan lebih mendalam, ia adalah simptom bagi 'masalah' yang lebih besar. Teori saya ialah mungkin kerana tidak cukup perbendaharaan kata, kerana k...