Catatan

Tadabbur: al-Maidah ayat 105

لَا يَضُرُّكُم مَّن ضَلَّ إِذَا ٱهۡتَدَيۡتُمۡ‌ۚ "Tidaklah memudaratkanmu orang yang sesat bila kamu telah mendapat petunjuk" (al-Maidah: 105) Imam Ibn Taimiyyah memberi beberapa pengajaran yang boleh kita ambil dari ayat ini, antaranya: 1. Jangan takut kepada orang-orang kafir dan munafik kerana mereka tidak dapat memudaratkan orang beriman yang mendapat hidayah Allah. 2. Jangan berdukacita dan gelisah terhadap terhadap kuffar dan munafiq kerana maksiat dan kejahatan mereka tidak memudaratkan orang beriman apabila dia telah berada di atas hidayah Allah. Sedih terhadap sesuatu yang tidak membahayakan adalah sia-sia. (16:127) 3. Janganlah cenderung kepada mereka. Jangan tertarik kepada kekayaan, kekuasaan dan keseronokan yang ada pada mereka sebagaimana firman Allah dalam surah al-Hijr: 127 4. Apabila membenci, mencela, melarang, memulaukan atau menghukum pelaku maksiat, janganlah melampaui batas lebih dari yang dibenarkan. ...

The old peace orthodoxy and its challengers

بسم الله الرحمن الرحيم These are several challenges and paradoxes faced by ever growing activists for peace and justice in Palestine that are hard to reconcile. 1. The gap between the dramatic change in world public opinion on the issue of Palestine on the one hand, and the continued support from the political and economic elites in the West for the Jewish state on the other (and hence the lack of any impact of that change on the reality on the ground) 2. Widely held negative image of Israel on the one hand, and the very positive image its own Jewish society has on the state. 3. While specific Israeli policies are severely criticized and condemned, the very nature of the Israeli regime and the ideology that produces these policies are not targeted by the solidarity movement. 4. Tale of Palestine from the beginning until today is a simple story of colonialism and disposession, yet the world treats it as a multifaceted and complex story- hard to understand and even harder to s...

fikir

بسم الله الرحمن الرحيم Beberapa ketika ini buat aku terfikir, Hidup ini untuk siapa sebenarnya?

Hiduplah

بسم الله الرحمن الرحيم Hidup, tapi tidak mahu berfikir. Sama seperti tidak hidup. Atau seperti kera di hutan. Hidupkan akalmu, hidupkan jiwamu. Agar manusia sekitar akan hidup dengan hidupnya engkau.

Budaya ilmu dalam gerakan islam

بسم الله الرحمن الرحيم Sejauh mana kita menghidupkan budaya ilmu dalam gerakan islam? Apa gerak ini dasarnya faham atau ikut-ikut sahaja? Apa fikir kita sudah selamat hanya kerana bersama kumpulan 'islam'? Sedar atau tidak? Sengaja atau tidak sengaja? Islam itu pasti dijaga Allah, tetapi kumpulan 'islam' yang hanya ikut-ikut, tanpa ilmu dan kefahaman yang mendasar, copy dan paste, belum pasti selamat. Ambil buku, dan bacalah!

Tersentak

بسم الله الرحمن الرحيم Berapa banyak masa terbazir dengan hal-hal yang tidak bermanfaat. Berapa banyak lagi jiwa-jiwa yang kita biarkan dari disentuh hidayah. Berapa banyak lagi masa yang diperlukan agar kita sedar dari lamunan. Sampai bila harus begini? Mulakan langkah! Usah lagi ragu. Mulakan sekarang!

Intifada al-Aqsa: Peristiwa, sebab dan kesan

oleh Adib 'Afifi bin Abdul Rahim Latar belakang Terma intifada secara harafiahnya bermaksud gegaran. Perkataan al-Aqsa, juga dikenali sebagai Baitul Muqaddas adalah merupakan tempat ibadah ke-3 paling mulia dalam Islam. Judaisme merujuknya sebagai Temple Mountain, tapak paling mulia dalam agama Yahudi dan didakwa pernah dibina atasnya Haikal Sulaiman. Intifada al-Aqsa merujuk kepada kebangkitan rakyat Palestin menentang Israel. Lawatan provokasi Ariel Sharon ke Haram As-Syarif pada 28 September 2000 adalah merupakan pencetus yang mengakibatkan kemarahan dan kebangkitan rakyat Palestin. Kebangkitan ini dinamakan Intifada al-Aqsa atau Intifada ke-2. Ianya berlaku 2 bulan selepas gagalnya Proses Oslo. Intifada al-Aqsa berlangsung tidak hanya semata-mata kerana tindakan Ariel Sharon, tetapi juga adalah hasil siri peristiwa selama berpuluh tahun dan multifaktorial yang membawa kepada kebangkitan ini. Namun dalam artikel yang ringkas ini saya hanya akan mengulas salah satu fakto...