Akhi, Kenapa Lemau Sangat?
بسم الله الرحمن الرحيم
Apakah sudah hilang kerana PS3, LOL?
akhawat?
buku medic?
kpop,lagu-lagu jiwang?
bukan dari kalangan qaidah sulbah/ muharrik?
aku bukan JAKSI?
tiada latarbelakang agama?
tiada pengalaman dakwah?
takut menjadi alien di bumi sendiri?
ingin 'bersifat wasatiyyah', nus-nus
dan segala macam asbab yang menghilangkan kekuatan itu?
Maka akhiku sayang, dengarlah nasihatku ini (buat diri dan pembaca);
Akhi, kekuatan itu hanya dari Allah
Bilamana manusia kagum dengan kita
Hakikatnya kita tiada apa
Akhi, kenapa menangis?
أَن لَّا إِلَٰهَ إِلَّا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ...
(al-Anbiya:87)
generasi muda harapan ummah[kredits] |
Pemuda.
Pemuda punya kekuatan dan tenaga
Ada azam dan semangat yang tinggi
Mereka ini generasi yang dicemburui anak-anak kecil dan warga tua
Hakikatnya merekalah 'generasi emas'
Sejarah membuktikan, pemuda adalah agen perubah
Saat semua mengikut sistem, mereka melawan arus
Saat semua tidur diulit lena, mereka merangka rencana
Saat semua menyerah pada penguasa zalim, mereka tak sesekali rela
Mereka ada kekuatan luar biasa! OSEM kata ikhwah UK.
Namun ada ketika,
Para pemuda dan pemudi tetap manusia
Manusia sifatnya alpa
Termasuklah diriku ini.
Macam keropok ikan
Sedap dan rangup bila panas
Lemau bila dah sejuk
Tak sedap!
Iya, aku akui aku lemah (tapi aku bukan keropok ikan!)
Kadang-kadang terasa penat
Ditimpa sakit dan ujian
Sepanjang jalan penuh jerih
Jasad meronta-ronta mahukan rehat
Sungguh, ia menguji iman
Lalu aku kembali bertanya diri,
Jasad meronta-ronta mahukan rehat
Sungguh, ia menguji iman
Lalu aku kembali bertanya diri,
Tertanya-tanya di mana hilangnya kekuatan itu?
Apakah sudah hilang kerana PS3, LOL?
akhawat?
buku medic?
kpop,lagu-lagu jiwang?
bukan dari kalangan qaidah sulbah/ muharrik?
aku bukan JAKSI?
tiada latarbelakang agama?
tiada pengalaman dakwah?
takut menjadi alien di bumi sendiri?
ingin 'bersifat wasatiyyah', nus-nus
dan segala macam asbab yang menghilangkan kekuatan itu?
Maka akhiku sayang, dengarlah nasihatku ini (buat diri dan pembaca);
Akhi, kekuatan itu hanya dari Allah
Bilamana manusia kagum dengan kita
Hakikatnya kita tiada apa
Akhi, jangan putuskan diri dari rahmatNya
Bukankah Allah itu Maha Penyayang?
Bukankah dia Maha Mendengar?
Akhi, Rasulullah merindui para pembelanya,
Mereka yang tidak pernah baginda temui,
Namun nabi cinta dan rindu pada mereka, akhi tidak mahukah?
Akhi,
Akhi yang kata jalan ke syurga itu susah bukan?
Maka bersabar dan tetapkanlah hatimu!
Akhi, enta adalah keluaran tarbiah
Enta bukan insan biasa
Enta adalah insan pilihan Allah, jika akh mengetahui!
Jika pun akhi bukan sesiapa,
Akhi adalah MUSLIM,
Sesuatu yang amat bernilai di sisi Allah.Akhi, dirimu begitu berharga, jangan disiakan!
Akhi, kenapa menangis?
"Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya." (al-Maidah:54)
"Sesiapa yang mensia-siakan umurnya, hendaklah menangisi dirinya sendiri...
padahal tiada lagi sebarang saham mahupun bahagian untuknya."-Jil An-Nasr Al-Mansyud( Generasi Islam Yang Diimpikan), Prof Dr Yusuf al-Qaradhawi
Ulasan
Catat Ulasan