Demi Masa,kita tak punya masa!

[credits]


بسم الله الرحمن الرحيم

"Adib,aku rasa lonely lah",sahabat saya memulakan perbualan.

"Eh kenapa?"

"Aku rasa macam aku seorang je dekat rumah tu. Si A ni asyik berkepit dengan si B. Si C pula asyik berkurung je dalam bilik,sedar-sedar dah hilang.Aku rasa tak best lah!", sahabat ini meluahkan rasa hatinya yang bertakung.

Mendengar keluhannya tidak mengejutkan saya, kerana saya sendiri memahami keadaan ahli-ahli rumah sahabat saya ini. Dan saya akui, apabila rumah itu diisi dengan para muharrik,da'ie yang selalu sibuk dengan pelbagai rencana dakwah dan tarbiyyah, akan ada yang paling merasai kesannya-siapa lagi kalau bukan sahabat yang 'malang' ini!

Saya membawa perbualan kami kepada salah seorang ahli rumahnya yang sedang menikmati makan tengah harinya. Selepas menghabiskan kunyahan dia lalu membalas,

"Ana faham,tapi memang bukan dalam kapasiti kemampuan kami nak sepanjang masa duduk dengan dia."

Saya diam mengangguk.Bukan mengalah, tapi satu strategi. Diam saya akan membuatnya kembali berfikir. Saya yakin,jauh di di lubuk hatinya, masih ada sesuatu yang boleh diperbaiki. Dia pasti akan melakukan sesuatu, inshaAllah!

Kualiti atas Kuantiti

Kualiti sentiasa di atas kuantiti.

Same goes to dakwah.

Adakalanya kita tak punya masa yang panjang untuk berliqa' usrah. Paling lama sejam setengah hingga dua jam. Selalu juga seringkas 30 minit ketika memasuki fasa fatrah imtihan.Adakalanya kita hanya berjumpa dengan mad'u semasa pulang dari kelas atau ketika membeli ikan di pasar Camp Ceasar. 

Belum dibayang saat kita bakal menjadi houseman nanti, kesibukan membataskan masa kita dengan pesakit-pesakit khusus. Kecemasan dan panggilan yang tidak pernah kasihan akan diri selalu 'memotong' tazkirah kita kepada pesakit yang baru ingin belajar solat rukhsah. 

Dalam dakwah, ilmu dan tsaqafah itu mustahak. Jadi, dalam keadaan yang biasa tidak memihak kita, seorang da'ie akan diuji untuk mengisi dan memberi apa yang terbaik dalam masa yang singkat itu.

Perbetul Persepsi, Perbaiki Diri

Jika seorang ayah memberi alasan tidak mempunyai cukup masa untuk meluangkan masa dengan anak-anaknya sehingga mereka terasa hidup tanpa bapa, ayah itu bersalah.

Jika seorang guru berdalih terlalu sibuk di sekolah sehingga mengabaikan tanggungjawab sebagai isteri kepada suami, salahkan diri sendiri.

Masa yang singkat bukan alasan. Rasulullah saw adalah seorang ayah, suami, sahabat,pemimpin perang, imam masjid, presiden negara, mudahnya manusia paling sibuk di dunia juga diberi 24 jam. No extra time!
Masa tidak akan pernah cukup selagi mana kita tidak pandai menghargai masa.

Masa berkualiti. Jauh lebih bernilai dari masa berkuantiti.

Biarpun masa itu sesingkat pertemuan di persimpangan jalan, namun kenangannya berkekalan sepanjang zaman.

Manfaatkan masa itu, seperti pepatah arab menyebut, ''Masa ibarat pedang.Kamu tidak memotong masa,ia akan memenggal kamu!"

Doktor, guru, sahabat, anak,daie... siapa jua. Anda adalah hamba Allah. Masa itu milik Allah. Maka perlakukan ia sebagaimana kehendakNya.

Mulakan dengan diri, biar terisi, agar mudah memberi.

Renunglah dalam-dalam peringatan dari Allah Azza Wajalla kepada semua umat manusia, apalagi kita yang beriman dengannya,


Demi Masa!

Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -

Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

click this link for a really interesting and brief explanation on Sura al-Asr by Sh Nouman Ali Khan.

'Biar hadirnya kita disukai, tiadanya kita ditangisi.Jangan hidupnya kita dibenci,mati kita disyukuri'-Dr Awisul Islah Ghazali,Doktor Pakar Bius

Demi Masa,kita ADA masa!
Wallahua'alam.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

The Legend of Kagutaba Village

The perks of doing elective posting.

Talking about mental health