Travelog Umrahku: Prakata
بسم الله الرحمن الرحيم "!!طريق حج طريق" Pekik pekerja beruniform hijau sambil menolak troli sampah di tengah lautan manusia. ".. مياه مياه مياه" (baca:moya) Pinta salah seorang lelaki berjubah putih berbangsa Pakistan daripada pengedar air zamzam "علي كم هذا؟" "دوا فولوه حلال" Disini semua bahasa dari pelbagai bangsa diperniagakan,'Lingua Franca' bak kata cikgu sejarah. Buat sahabat-sahabat yang pernah melaluinya pasti terbiasa,atau sekurang-kurangnya familiar dengan situasi di atas. Anda pasti tahu DI MANA , BILA dan APA yang saya maksudkan. Selama 35 hari saya telah menulis sebuah travelog ringkas berkenaan perjalanan saya menunaikan ibadah umrah di al-Haramain as-Syarif,Mekah dan Madinah. Namun,saya tidak akan bercerita dari A hingga Z. Apa yang akan saya kongsikan adalah detik-detik penting dan menarik sepanjang tempoh menjalani ibadah umrah. Mungkin juga sedikit tips dan informasi buat raka...