Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2012

Ceritera Laut

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم Subhanallah,bila berbicara tentang laut, terbayang air membiru yang terbentang luas,ombak menghempas pepasir di pantai, di dalamnya tersirat sejuta rahsia yang belum terungkai, andai diceritakan kisah sang 'al-bahr' pada hari ini, sehingga kiamat belum tentu akan usai, [berikut adalah gambar-gambar yang sempat saya ambil semasa berjalan-jalan di pantai Iskandariah.] Dan demi sesungguhnya! Kami telah wahyukan kepada Nabi Musa:  "Hendaklah engkau membawa hamba-hambaKu (kaummu) keluar mengembara pada waktu malam, kemudian pukullah air laut dengan tongkatmu,  untuk mengadakan jalan yang kering bagi mereka di laut itu;  janganlah engkau menaruh bimbang daripada ditangkap oleh musuh,  dan jangan pula engkau takut tenggelam". (20:77) Maka Kami pun membalas mereka, lalu Kami menenggelamkan mereka di laut dengan sebab mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka sentiasa lalai daripadanya. (7:136) ...

Contohilah semut :)

Imej
بسم الله الرحمن الرحي Perut terasa kosong.Lapar Rumah masih kosong.Fridge tak beli lagi.*perutmenyanyinyanyi* ''Aduh lapar banget nih" Teringatkan 2 biji coklat truffle yang dibeli semalam.Segera ke almari,menyelongkar bahagian 'hasil'.  Perut gembira tak terkata tika kelihatan kedua-duanya duduk bersebelahan.Kemas dan tersusun 'Coklat pun jadi lah.' Maka di saat ku buka pembalut coklat dengan penuh harapan Harapan tinggal harapan Coklat itu dipenuhi semut T_T "Takpelah semut,ni rezeki kau" Kini yang tinggal hanya satu. Tiada harapan menggunung kerana ini juga pasti telah di'infect' Namun ku gagahi jua hati ini Jangan berputus asa! Terus ku buka perlahan-lahan wrapper coklat Mencari secebis sinar yang masih tersisa .......... MashaAllah, ada ada.. ada seekor semut sahaja! Hairan,semut yang sebegitu banyak hanya menyerang satu truffle Padahal lagi satu hanya di sebela...