Apabila Tidak Telus Mengikut Jalan yang Lurus

بسم الله الرحمن الرحيم

Saya tertarik dengan penulisan Ustaz Pahrol Mohd Juoi dalam artikelnya yang bertajuk 'Bila Tak Tulus Mengikut Jalan yang Lurus' dalam slot Beduk Diketuk,isu 26 Solusi. Ini bukan pertama kali.

Dalam penulisannya, beliau menceritakan pengalaman hidup dan pandangan beliau tentang realiti masyarakat hari ini yang tidak pandai menentukan prioriti dalam beragama (aulawiyyat).Apakah itu Fiqh Aulawiyyat?

Menurut Dr Yusuf al-Qaradhawi, Fiqh Aulawiyyat ialah meletakkan setiap sesuatu benar mengikut taraf keutamaannya.Masyarakat Islam hari ini dilanda penyakit kejahilan apabila tidak memahami konsep ini. Mereka akan menumpukan perkara furu'(cabang) berbanding persoalan asas.Hakikat yang sama juga berlaku sekitar saya, dan saya sendiri pernah jahil dalam beragama. Moga Allah mengampunkan dosa saya.

Fiqh Aulawiyyat semasa zaman Rasulullah saw.


Pada peringkat awal dakwah Baginda di Mekah, Rasulullah tidak mengarahkan orang Islam membinasakan berhala di sekitar Kaabah,mahupun bangkit berperang melawan kafir Quraish,sebaliknya Baginda memperkukuhkan akidah dan menyeru para sahabat agar bersabar dan mendirikan solat:

"Tahanlah tangan kamu (daripada bertindak melancarkan perang yang belum diizinkan), dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat"( An-Nisa' 4:77)


Hal ini tidak lain adalah kerana, akidah adalah asas agama dan amalan adalah binaannya. Jika asasnya sudah goyah, bagaimana pula hendak membina bangunan yang kukuh dan kuat. Dari sini kita melihat keutamaan Baginda dalam menentukan prioriti. Kesannya, baginda berjaya mentarbiah para sahabat yang menjadi 'Band of Ikhwah(and Akhawat)' yang terbaik pernah disaksikan sejarah peradaban manusia.

Pengalaman Saya
   Di alam persekolahan, saya tidak nafikan,saya juga selalu melakukan kesilapan dalam menentukan keutamaan. Contohnya, bila diberikan tugasan membuat kertas kerja,saya sanggup bersengkang mata tidak tidur malam. Tapi, bila ada homework yang melambak,saya memberi alasan "Eh,kena tidur awal lah,nanti mengantuk masa kelas." Tolong jangan contohi sikap ini. Sebagaimana kita rajin berpersatuan,kita perlu lebih rajin dalam pelajaran. Ditakuti kegagalan kita mencapai kecemerlangan dalam pelajaran,kita telah membuat fitnah dalam dakwah.

Dalam situasi lain yang melanda ramai kawan-kawan saya,saya akui,ramai yang rajin dan gigih dalam pelajaran,tak kurang juga haybat dan gagah dalam sukan dan kokurikulum.Saya kagum dan usaha mereka memang patut dipuji.Tapi, bila masuk bab solat Subuh,vice versa jadinya. Semacam badan dah melekat kat tilam tu. Kalau hujan pagi tu,lagi-lagi pagi Ahad. Hanya Allah yang tahu berapa ramai yang Subuh dinasour pagi tersebut.Memang benar, bertambahnya ilmu, tidak menjamin bertambahnya iman.

Kerja 
   Semasa saya bekerja sebagai juruwang, saya berkawan dengan seorang pekerja wanita yang usianya tua sedikit daripada saya. Saya kagum dengannya,kerana dia memang rajin menunaikan solat 5 waktu.Sering juga saya terserempak dengannya ketika ingin solat di surau. Malangnya, dia sendiri tidak menutup aurat dengan sempurna. Pakaiannya sendat,tudungnya bawal. Dan lebih menyedihkan,dia sendiri tidak segan menjualkan arak kepada pembeli. Saya tidak pasti jika dia tidak tahu,ataupun memang sebagai orang 'lama',dia menyara hidup dengan kerjayanya ini. Apakan daya kayu ranting menongkah arus deras.Pasti lemas dihanyut arus itu.


Dengar Radio
Kalau sahabat-sahabat yang rajin dengar radio ikimfm,pasti tidak lepas dari mengikuti segmen iklan. Dalam segmen tersebut syarikat-syarikat terbabit akan mengiklankan produk masing-masing. Minuman kesihatan seperti susu,madu, asli,coklat berkhasiat, kurma,habbatus sauda',zaitun,za'faran dan sebagainya menghiasi halwa telinga pendengar.

"Umi,madu ni ubat segala penyakit"

"Makan kismis elok untuk menguatkan ingatan,makanan sunah!"

Saya tidak nafikan,memang semua nutrisi di atas,secara saintifik mempunyai khasiat yang tinggi dan mempunyai kesan yang baik terhadap pengamalnya.Namun,seperti yang Ustaz Pahrol sendiri tekankan,lebih aulawiyyat sekiranya kita meninggalkan memfitnah,mengumpat,serta menghindari perkataan-perkataan yang buruk dan mengamalkan sunnah yang lebih utama dan mustahak.

berFacebook atau ber'tumBook'?
Antara ujuan utama Facebook dan Twitter diwujudkan adalah untuk berhubung,berukhwah dan 'keep in touch' sesama keluarga,sahabat serta antara sesiapa sahaja yang berhubung kait dalam apa-apa perkara. Sebahagian daripada kita selesa dengan meng'update' status/tweet masing-masing,ada juga lebih selesa berchatting secara peribadi. Tapi amat menyedihkan apabila medium yang ada ini dijadikan gelanggang bertumbuk.Dushdush!*auchsakit* ='(

Adakalanya hal ini berpunca dari konflik antara dua pihak:Si A memberi statement,si B tidak setuju.Si A tergugat lalu menyindir si B, B pula tidak mahu kalah.Akhirnya,yang menang jadi arang,yang kalah jadi asap. Yang untung siapa?siapa lagi,pembakar api lah,syaitan laknatullah!

Lebih parah jika ini berlaku dalam kita menyampaikan dakwah.Apabila seseorang menulis,berkongsi ataupun komen akan sesuatu secara tidak tepat ataupun salah menurut Islam,tidak patut seorang Muslim itu mencerca,mencaci ataupun menyindir,walaupun dengan niat yang baik individu tersebut.Seharusnya dalam semua keadaan sekalipun,tegur dengan cara yang paling berhikmah.Mereka yang tidak memahami fiqh awlawiyyat boleh menjadi bencara terbesar buat dakwah itu sendiri atas kejahilan mereka dalam menyebarkan kebenaran.Begitulah peri pentingnya keikhlasan dalam beragama.





Penutup
Islam menuntut kita agar mengamalkan agama mengikut prioritinya.Jika memakai jubah,berjanggut dan berserban itu baik,lebih baik apabila kita menutup aurat secara sempurna, menjaga kebersihan dan berpenampilan kemas.Jika membaca Quran secara tartil itu baik, memahami dan berusaha mengamalkan isi kandungannya itu pastinya lebih baik. Fahamilah prioriti dalam agama,pasti telus dirimu mengikut jalan yang lurus!




rujukan:
al-Quran al Karim
Fiqh Aulawiyyat dalam Gerakan Islam,Mohd Azmir Maideen,Fakulti Usuluddin,Universiti Al-Azhar
Solusi isu 26,Pahrol Mohd Juoi









Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

The Legend of Kagutaba Village

The perks of doing elective posting.

Talking about mental health