Syria:Membuat Apa Yang Kurang Dibuat
Arab Spring 2012 bermula dan bakal berakhir sebagai tahun bersejarah buat Dunia Arab. Arab Spring ataupun Revolusi Arab sedang rancak berlangsung ditandai dengan bermulanya dari peristiwa seorang penjual sayur,Mohamed Bouazizi yang membakar dirinya tanda protes kepada kerajaan yang dipimpim Ben Ali pada Disember 2010.Antara sebab utama berlakunya revolusi adalah kebangkitan rakyat terhadap pemerintahan yang zalim. Tunisia,Mesir, dan Libya adalah antara negara-negara yang mendapat liputan luas di seluruh dunia. Kebangkitan rakyat juga turut berlaku di Nigeria,Yaman,Bahrain,Sudan dan lain-lain yang tidak saya nyatakan di sini.Cuma fokus utama saya lebih terarah kepada sebuah negara yang telah lama menderita dalam senyap,tertindas oleh kekejaman pemerintahan kuku besi keluarga al-Asad,rejim pari Ba'ath Syiah Nusairiah sehinggalah ke hari ini-Syria. Syria dan Kebangkitan Sūryā atau lebih sinonim dengan panggila...