Yakinlah Janji Sang Maha Penjanji.

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum,

Alhamdulillah Semester 2 baru sahaja bermula dan ana mengalu-alukan kedatangan Module 4,Musculo Skeletal System sebagai intro of the sem.Dalam kitab ini kami pelajar perubatan tahun 1 diperkenalkan dengan tulang-tulang yang berbilang bentuk serta jaringan muscle yang bakal menjadi kalam kami di kala siang dan mimpi kami bila malam menjelma.Tidak lupa sedikit biochem yang dirindui lagi dichentai.Segalanya bakal kita tempuh bersama selama 6 minggu dan bagaimana akhirnya kisah perjuangan kita akan ditentukan pada minggu ke-7.

Untuk kali ini,ana tidak mahu menulis panjang,sekadar mengkopi paste status seorang sahabat bernama Adib Abdul Rahim.-_-'  seems familiar.

Apapun,teruskan membaca status yang agak pendek ni:)

Allah,Tuhan Sekalian alam telah berjanji akan memberikan kemenangan kembali kepada yang hak,yakni Islam.

Dan jika usia kebangkitan islam itu mengambil masa puluhan,atau ratusan tahun,rasionalkah mereka yang berada di peringkat permulaan atau pertengahan akan merasai kejayaan Islam?sepastinya tidak,kerana umur manusia itu semulajadi pendek dan sebentar.Mari lihat bagaimana janji Allah untuk kemenangan islam pernah dilaksana seperti hadis di bawah:

Rasulullah saw bersabda,"Konstatinople akan jatuh ke tangan tentera islam.Rajanya adalah sebaik-baik raja,tenteranya adalah sebaik-baik tentera.."(Riwayat Imam Ahmad)

Hadis ini membawa kita ke peristiwa bersejarah bagi umat Islam,iaitu pembebasan Konstantinopel daripada cengkaman Rom Byzantine yang mengambil masa lebih 800 tahun untuk direalisasikan.Daripada zaman Rasulullah saw sendiri,misi ini telah dimulakan,diteruskan para sahabat,empayar Umayyah,Abbasiyyah kemudian Turki Uthmaniyyah.


Tapi,jika mereka tidak merasai kejayaan membebaskan Konstantinople semasa hidup mereka,adakah bermaksud mereka gagal?Sudah pasti TIDAK!Kerana matlamat perjuangan mereka dan kita hanya dua; KEMENANGAN atau SYUHADA'!Mereka yakin dengan janji Allah.



Lalu,lihat diri kita hari ini,jika beberapa ketika dahulu di Mesir,siapa sangka diktator Hosni Mubarak itu boleh tumbang,siapa sangka Gaddafi dan Ben Ali yang memegang kuasa begitu lama akhirnya jatuh.Seorang terbunuh,seorang terbuang,dan insyaAllah Bashar Assad bakal menyusul.Hari ini,ketika bibit-bibit kebangkitan islam itu sudah mula tampak,ketika fasa kebangkitan itu sudah hampir lengkap puzzlenya seiring dengan dekatnya kiamat,cuba tanyakan diri sendiri,adakah kita termasuk dalam mereka yang yakin dan 'become part of the team'?Kalau tidak,tiada pilihan lain melainkan menjadi perencat atau pencacat kepada kebangkitan islam itu sendiri.Mana mungkin pemain kelab Arsenal berpaling tadah dengan menjaringkan gol sendiri melainkan dia adalah pemain pihak lawan.Jikapun dia menjaringkan gol sendiri,dia tahu itu bukanlah niatnya,tapi masih boleh mengakibatkan kekalahan pasukannya jika tiada yang kembali menjaringkan gol penyamaan.Same goes to islam.Win together,lose together.


An unintentioned own goal by Laurent Koscielny gave Liverpool a 1-0 lead.However RvP scored a brace to turn the game around for Arsenal to win 2-1.


Dan SEKALI lagi,Allah BERJANJI akan memberi kemenangan kepada mereka yang beriman dan bersabar dalam perjuangannya..Lets say that the world is like a football match,it has some short period,and going to the end is always the most breathtaking and most vital part of the game.Same goes to this period(the end of time),but unlike football matches,Allah already assured you that you will win the game,unless you are on the opponent side.It's your choice!

-Bukanlah ilmiah,cuma ambillah ibrah dan cuba buat perubahan diri kita untuk hari ini,esok dan seterusnya sehingga janji Allah itu tiba.-

Finally,i'm hoping inshaAllah that our renewed spirit for this new semester is maintained continually,the amal is improved constantly eventhough there will always be ups and downs.Wallahul Musta'an!=)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

The Legend of Kagutaba Village

The perks of doing elective posting.

Talking about mental health