البعوض : seribu ibrah
بسم الله الرحمن الرحيم
Sesungguhnya Allah tiada segan membuat perumpamaan berupa nyamuk atau yang lebih rendah dari itu. Adapun orang-orang yang beriman, maka mereka yakin bahawa perumpamaan itu benar dari Tuhan mereka,tetapi mereka yang kafir mengatakan:"Apakah maksud Allah menjadikan ini untuk perumpamaan?". Dengan perumpamaan itu banyak orang yang disesatkan oleh Allah, dan dengan perumpamaan itu (pula) banyak orang yang diberinya petunjuk. Dan tidak ada yang disesatkan Allah kecuali orang-orang yang fasik, (QS. 2:26)
Tafsir Al-Quran
Menurut Ibnu Kathir dalam kitabnya yang terkenal tafsir Ibnu Kathir,Abu Ja'far Ar-Razi meriwayatkan dari Ar-Rabi' ibnu Anas sehubungan dengan ayat ini,bahawa hal ini adalah merupakan perumpamaan yang dibuat oleh Allah untuk menggambarkan dunia,iaitu nyamuk tetap hidup selagi dalam keadaan lapar; tetapi bila sudah gemuk (kekenyangan),maka ia mati.
Demikian pula perumpamaan kaum yang dibuatkan perumpamaannya oleh Allah dalam al-Quran dengan perumpamaan ini. Dengan kata lain,bila mereka kekenyangan kerana berlimpah ruah dengan harta duniawi,maka pada saat itulah Allah mengazab mereka.
Kemudian ar-Rabi' ibn Anas membacakan firman Allah yang mengukuhkan kenyataan di atas;
Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (dari mendapat sebarang pertolongan).(QS 6:44) *
YOUR OPINION @
Furishnie Chan:to me, nyamuk contributes a lot for us utk bangun qiamulail di mlm hari :)
Aiman Azahan:menandakan manusia tu lemah sbb nyamuk sekor pon belum tentu
bolehlawan
Hatim Shamsudin:klu x de nyamuk sape nk keje kt kilang ridsect!
Muhammad Amir Mohammad Zohir:pendpt ana : wlaupun nyamuk tu kecil.. byk prkra
yg manusia xdpt tandingi dgn ciptaan Allah yg kecil tu.. sgt tersusun, dari lahir sampai mati..
begitu juga kita dan makhluk lain..
Muhammad Amir Mohammad Zohir:itu salah satu dri bukti ada yg mencipta, merancang
dan menyusun alam ini.. iaitu Allah SWT..
Haikal Fansuri : supaya kita selalu gotong royong takut kena denggi?
Rahimah Radzali : nyamuk tolong kejutkan kita dari tidur lena...
Syifa Hana Zulkifli : walaupun mungkin kita tak dapat nak fikir ape hikmah di sebalik
penciptaan nyamuk dlm kehidupan kita...tp ayat ini tunjukkan pada kita bahawa orang yang
beriman, pasti akan percaya bahawa segala penciptaan Allah itu ada hikmah dan
fungsinya..makhluk yang kecil mcm nyamuk tu pun ada fungsi...inikan pula manusia yang
ada akal dan sebaik kejadian...pasti punya lebih banyak fungsi dan tentu sekali
TANGGUNGJAWAB ...yg lagi pasti...akal yg Allah kurniakan itu utk digunakan buat bekalan
bertemu dgnNya kelak
Ada juga yang berkongsi link-link yang berkaitan;
Syifa Hana Zulkifli: http://abughifari.wordpress.com/2007/11/17/keajaiban-penciptaan-nyamuk/
Syifa Hana Zulkifli: http://ruangpustaka.blogspot.com/2011/01/nyamuk.html
Muhammad Amir Mohammad Zohir : http://www.paranorms.org/t695-empat-binatang-yang-disebutkan-dalam-al-quran
Ana bersetuju dengan pandangan sahabat-sahabat kita di atas.Dan ana tidak menolak bahawa antum juga punya jawapan-jawapan yang lebih bernas.
Subhanallah,ini barukan nyamuk,apalagi berbicara tentang manusia?
Ana sering berfikir,layakkah kita menjadi tuan kepada kita sendiri,andai sel-sel dalam tubuh sendiri pun tidak mampu dikawal sendiri?bayangkan semula metabolism karbohidrat,protein dan lipid yang sangat spesifik dan tersusun,sistem pengaliran darah,terkandung dalamnya oksigen dan karbon dioksida yang dipam ke seluruh organ dari jantung,pengekalan persekitaran dalam tubuh iaitu 'extracellular fluid'(homeostasis),dan jika berlaku ketidakstabilan walaupun sedikit mampu merosakkan semua sistem tubuh. Tetapi sayangnya Allah pada kita,kita mungkin demam sedikit,mungkin selsema sedikit,tapi jarang menyatakan syukur padaNya,apalagi berterima kasih atas rahmatNya dihapuskan dosa-dosa kita.
jika tidak kerana ana belajar perubatan,ana mungkin tidak pernah akan tahu apa yang ada,apa yang wujud di dalam badan ini.Secara logiknya,andai kita membuat peratusan kawalan kita terhadap tubuh kita,sama sekali tidak akan mencapai 1%.Jikapun benarlah milik ana 1% kawalan itu,layakkah melakukan sesuka hati dengannya? Apakah layak tubuh ini melanggar apa telah disyariatkan Pemilik diri ini?
A SOLID NEVER!
Konklusi:
Fahamilah hakikat bahawa setiap apa yang diciptakan ALLAH di langit dan di bumi tiada yang sia-sia.
Nyamuk:-haiwan yang sering kita terlepas pandang dalam kehidupan kita sebenarnya sudah memberikan ibrah(pengajaran) yang teramat banyak,jika kita mengetahui.
Memang benarlah bahawa ilmu kita itu hanya setitik air di lautan,tetapi ilmu Allah andai dibawakan lagi 7 lautan yang sama banyak,jauh sekali ingin menyamai ilmuNya swt.Wallahu'alam.
Dengan perumpamaan itu banyak orang yang disesatkan oleh Allah,
dan dengan perumpamaan itu (pula) banyak orang yang diberinya petunjuk. Dan tidak ada yang disesatkan Allah kecuali orang-orang yang fasik,
-jadilah nyamuk,jika anda tidak mampu berfikir
tetapi nyamuk yang masuk neraka-
Barakallahu fikum~
*ms 327,Tafsir Ibnu Kasir Juz 1,Sinar Baru Algesindo,2000
InsyaAllah post yang lebih menarik akan menyusul,artikel kali ini hanyalah sekadar ingin mengisi kereta blog dengan petrol ilmu yang semakin kering.
Ada feedback?Sila share =)
Sesungguhnya Allah tidak menciptakan sesuatu dengan sia2,pasti ada hikmah di sebalik penciptaanNYA hatta nyamuk sekalipun..
BalasPadamSelain daripada keburukan, pernah tak kita fikir kebaikan di sebalik nyamuk dicipta oleh Allah. Setiap ciptaanNya mesti ada tujuan dan sebab.
ana rasa contohnya:
1. Oleh kerana adanya nyamuk, wujudlah ubat nyamuk, penghalau nyamuk, spray nyamuk, kelambu dan sebagainya. Dengan adanya barang-barang tersebut bermakna ada pulak kilangnnya, dengan adanya kilang bermakna ada pulak pekerjanya. Dengan adanya pekerja bermakna ada gajinya. Dengan adanya gaji bermakna ia adalah suber rezeki kepada pekerjanya. Dari gaji itu lah para pekerja akan menyara keluarga, belanja keperluan, beli rumah, beli kereta dan sebagainya.btul tak??
betul,susah nak bayang betapa banyak ilmu Allah.
BalasPadamsahih..:)..
BalasPadam