Perjalanan Masih Jauh
Hidup ini adalah satu pengembaraan
Dan perjalanan yang jauh jika kau pandang ke depan
Saat bermulanya langkah itu,
Kau akan dilindungi oleh seorang malaikat bernama ibu
Tiada apa yang mampu menghalangmu,
kerana adanya kedua ibu dan ayahmu,serta mereka yang menyayangimu
Kau teruskan langkahmu
Bila kau sudah pandai merangkak,
Kadangkala terjatuh
Kau dipimpin untuk bangun kembali,
Dan perjalanan yang jauh jika kau pandang ke depan
Saat bermulanya langkah itu,
Kau akan dilindungi oleh seorang malaikat bernama ibu
Tiada apa yang mampu menghalangmu,
kerana adanya kedua ibu dan ayahmu,serta mereka yang menyayangimu
Kau teruskan langkahmu
Bila kau sudah pandai merangkak,
Kadangkala terjatuh
Kau dipimpin untuk bangun kembali,
kata mereka,"USAH PUTUS ASA!"
Dan kau teruskan langkah demi langkah
Sepanjang perjalanan
Kau bertemu teman-teman
Sebahagian menghadiahi bunga
Sebahagian memberi racun
Sedikit sekali membawa erti SAHABAT
Dan adakalanya kau jatuh,
tapi kau telah diajar
"USAH PUTUS ASA!"
Kau teruskan perjalanan,
Bila kau toleh ke belakangmu,kau sedar
Betapa pantas masa berlalu
Betapa jauh telah kau kembara
Walau kau rasakan kau hanya mengembara
Dengan berjalan kaki
Hidup ini adalah satu pengembaraan
Dan perjalanan yang jauh jika kau pandang ke depan
Namun,kita tidak tahu bila ia akan berakhir..
Mari jadikan ia yang paling bermakna
Bersama keluarga
Bersama sahabat-sahabat
Bersama cita-cita
Bersama gelak ketawa dan air mata
Bawa bersama semangat
"USAH PUTUS ASA,ALLAH BERSAMAMU
USAH BERSEDIH,KERANA ALLAH BERSAMAMU
USAH KECEWA,KERANA ALLAH BERSAMAMU"
Dan kau teruskan langkah demi langkah
Sepanjang perjalanan
Kau bertemu teman-teman
Sebahagian menghadiahi bunga
Sebahagian memberi racun
Sedikit sekali membawa erti SAHABAT
Dan adakalanya kau jatuh,
tapi kau telah diajar
"USAH PUTUS ASA!"
Kau teruskan perjalanan,
Bila kau toleh ke belakangmu,kau sedar
Betapa pantas masa berlalu
Betapa jauh telah kau kembara
Walau kau rasakan kau hanya mengembara
Dengan berjalan kaki
Hidup ini adalah satu pengembaraan
Dan perjalanan yang jauh jika kau pandang ke depan
Namun,kita tidak tahu bila ia akan berakhir..
Mari jadikan ia yang paling bermakna
Bersama keluarga
Bersama sahabat-sahabat
Bersama cita-cita
Bersama gelak ketawa dan air mata
Bawa bersama semangat
"USAH PUTUS ASA,ALLAH BERSAMAMU
USAH BERSEDIH,KERANA ALLAH BERSAMAMU
USAH KECEWA,KERANA ALLAH BERSAMAMU"
hadis qudsi daripada abi Hurairah r.a,
Rasulullah s.a.w bersabda: Allah s.w.t berfirman: Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku. Aku bersamanya ketika dia mengingati-Ku. Apabila dia mengingatiKu dalam dirinya, nescaya aku juga akan mengingatinya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingati-Ku dalam suatu kaum, nescaya Aku juga akan mengingatinya dalam suatu kaum yang lebih baik daripada mereka. Apabila dia mendekati-Ku dalam jarak sejengkal, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa. Apabila dia datang kepada-Ku dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya Aku akan datang kepadanya dalam keadaan berlari-lari anak
Sekian,barakallahufikum~
kadang-kadang dalam perjalanan merentasi menujunya yang satu, berbagai dugaan yang menimpa,meratah keimanan kita satu persatu,kekadang rasanya tak mampu,kadang-kadang mahu beralah,tapi di sana ada kebahgiaan hakiki.
BalasPadambtw, nice post
Syukran 4 the comment.
BalasPadamLets live our life the fullest so that we will not
be upset in the end.Amin.