Oh Ramadhan,

Ramadhan..Ramadhan...
Aku tau kau datang lagi tahun ini..
Aku gembira dan aku tahu,(hampir)semua orang menantikan kau Ramadhan
Dan aku perasan,aku masih lagi begini..
Aku tidak tahu Ramadhan,jika aku masih lagi sama,
Masih tidak berubah...
Sudah masuk kali yang ke X aku menyambut kau,
Dan aku,,masih lagi begini...
Tidak bertambah baik..tapi makin jahat adela..
Aku takut,kali ni,..
Aku tidak akan berubah lagi..
Aku tahu,perangai aku agak pesimis,
Tapi,itulah hakikatnya..
Manusia hanya melalui kau tanpa apa2 kesedaran..
Sering lupa,kembali pada Tuhan, kemudian kembali ingkar padaNya..
Sebulan beramal seperti tiada kesan kepada 11 bulan yang lain..
Aku nak ingatkan kau jugak Ramadhan,
Walaupun mungkin kau da tau,
Di Malaysia ni,bukan macam2 negara2 Islam lain,
Orang Malaysia suka sambut kedatangan kau,
Tapi,diorang lagi suka dengan adik kau,Syawal..
Apepun,ko janganlah sedih dan kecewa,sebab ni kat Malaysia(lebih  tepat orang Melayu) dan negara2
seangkatan dengannye..
Lagipun darjat kau di sisi Allah lebih tinggi berbanding adik-beradik kau yang lain..

Back to the story...,
Aku harap,aku betul2 berharap,
Bila aku jumpa kau esok(11 Ogos 2010),aku betul2 menghayatinya..
Menghidupkan Ramadhan dengan sebaiknya,
Aku harap aku akan berubah,from bad to good,and getting better all the time
Insya Allah...
Assalamualaikum!
barakallahufikum~

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

The Legend of Kagutaba Village

The perks of doing elective posting.

Talking about mental health