Piala Dunia 2010-Afrika Selatan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sari berita sukan hari ini..

Pemain England memang cergas...
England,pasukan pilihan untuk menjuarai Piala Dunia pada tahun ini tidak kesampaian apabila kapal terbang yang dinaiki mereka terhempas ke lautan Atlantik kerana salah seorang pemain tunjang mereka,Wayne Rooney dikatakan menendang bola terlalu kuat sehingga menyebabkan cermin kapal terbang yang dinaiki mereka pecah.Hal ini mengakibatkan kapal terbang tersebut tidak mampu diimbangi dan akhirnya terhempas ke tengah lautan.Namun bukan itu masalah sebenar kerana mereka mempunyai para pemain yang sangat fit dan kuat seperti penjaga gol berpengalaman,David James,pemain bek seperti John Terry dan Rio Ferdinand menggunakan seluruh kudrat mereka untuk mengayuh kapal tersebut.Kelajuan yang dimiliki oleh Theo Walcott turut membantu mempercepatkan perjalanan.Ketua Jurulatih,Fabio Capello pula pernah terlibat dengan filem Pirates of the Carribean sebagai stuntman yang berperanan sebagai watak seekor sotong yang mengganas di lautan lantas memberinya pengalaman yang mencukupi untuk mengharungi situasi yang sukar itu.
Akhirnya setelah sebulan berhempas pulas di tengah lautan,mereka akhirnya tiba di Cape of Hope,namun harapan hanyalah harapan..
Tarikh menunjukkan 30 Julai 2010,hari terakhir Piala Dunia 2010!!

+ + +
SOLAT dulu,BARU MAIN
Banyak perlawanan Piala Dunia terpaksa ditunda kerana ramai pemain yang tidak hadir atau lewat pada waktu perlawanan dilangsungkan.Ramai pemain mengadu kerana tidak mempunyai masa yang cukup untuk melakukan persiapan.Persiapan yang dimaksudkan ialah berkenaan ibadah mereka,khususnya penganut agama Islam. Nicolas Anelka,salah seorang penyerang Perancis menyatakan bahawa beliau mesti solat fardu dahulu sebelum perlawanan.Beliau mengeluh kerana banyak perlawanan yang diadakan sewaktu masuknya waktu solat fardu,akibatnya mengganggu ibadah beliau.Beliau biasanya akan bersolat secara berjamaah bersama rakan-rakannya,Franck Ribery,Samir Nasri dan lain2 sebelum perlawanan.
Lebih menakjubkan,beliau telah meledak 4 gol dalam perlawanan pertama menentang tuan rumah,Afrika Selatan di stadium Bloemfontein dengan keputusan 6-1.
"Saya tidak pernah melihat aksinya sehebat itu."puji jurulatih Perancis,Raymond Domenech."Saya tidak tahu jika amalan(solat) yang dilakukan oleh Nicolas(Anelka) mempengaruhi prestasinya,tetapi jika dia mampu melakukannya lagi,saya tidak kisah jika mereka meneruskannya.."

* * *

Jangan lupa untuk mengundi(bukan berjudi) siapakah yang bakal menjadi juara Piala Dunia tahun ini??

BarakallAhufikum~ >_+

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

The Legend of Kagutaba Village

Intifada al-Aqsa: Peristiwa, sebab dan kesan

The perks of doing elective posting.