Nasyid dan aku part 1

16 Mei 2009,tarikh bersejarah...(da lame br nk post?!)
Kumpulan Sautul Firdausi SASER bakal berentap dengan juara bertahan-SMAP Labu pada peringkat akhir nasyid PPDA peringkat daerah.Sama hebat,sama kuat.Namun,pasti ada yg berbeza antara antara kami.
Itulah yg akan membezakan antara yg naib juara,dan,SANG JUARA....

Pertengahan Februari 2009
Pengambilan pljr f4 yg berlangsung pd awal Feb.Selepas orientasi selama seminggu,kami telah didedahkan dgn pelbagai aktiviti sekolah.Pada masa itu jugalah kami perlu memilih mana2 bidang yg ngam lagi masyuk ngan jiwa raga kami.Aku yg sedang mengenang MIRWANA G-18 yg mcm nak berkubur tu perlu meneruskan karier nasyid di sini.
   "Abang,sape cikgu nasyid kat cni?"
   "Ko f4 eh?Muke cam senior ak ta0n lepas.haha..bla3(lepas 5 minit).Ok2..Emm,name dy cikgu Aini Haziah.Dy ajar math.Tp dy bknnye cikgu nasyid act.."
Eh?Biar betul brother nh,kejap kte cikgu nasyid,pastu x lak..
   "..tp taon lepas,dye la manage dak nasyid.hahaha(2 minit stgh)"
   "Owhh,tq byk2 abang xxx(mereng tol abg nh)"

Make dr situ ak kenal sape cikgu nasyid skola.Dan pada malam itu di surau...

Brother1:Perhatian kpd mane2 f4 yg macam berbakat and perasan bley nyanyi nasyid,datang r bilik Kebudayaan lepas prep.Harap maklum.

10.55mlm,SELEPAS PREP..
Maka,aku dan beberapa org kawan br yg sekepala pergila audition tertutup di bilik Kebudayaan selepas prep.Wow,ramai jugak yg nk join nasyid.Rupanya skola sains ni ade jugak peminat nasyid.Lalu audition pun bermula.Senior2 nasyid kami yg ramai tu lah jugak jd juri x profesional.Macam2 gelagat dapat dilihat...(dan didengar)hehe

    Ade yg menyanyi sore x kuar,ade yang muke macam Hafiz Hamidon tp suare,hee.Adela jugak manusia yg suara da sedap,tp gaya x bpe kne-rockers ke?Ade yg pitch lari,sampai org pun lari.
      "K,start nyanyi..."
      "Emm,nasyid ye bang.."
     "Yela,xkn dangdut kot?"
     "Tp bang,sy x tau lagu nasyid r..lagu indie sy tau la.Bunkface bole bang?"
     Itulh gelagat2 klako yg xleh dilupekan.
     "Sape ni?oh,Adib Hafifi(biasela tu salah eja)..bin Abdul Rahman(rabun la tu).Eh,kamu dak Mahad dlu??"
     "Err,yela 2 skola sy.Yang Mirwana uh..G18.Sy suara 2nd high,3rd un bolela."
    "Eh?mende tu 2nd,3rd?xtaula aku.Aku tau sore solo,bacup tinggi,rendah..camtulaa",balas brother tu dgn perasaan aneh.
     "Oh,lbey kurang la tu..(dah sah x tau nasyid brother nh.hehe)"
     "K,nyanyi."
     "(gulp)bla..bla..bla..bla..."
   Malam tu aku nyanyi lagu Siratunnabi,Mestica.Lagu yg pernah memalukan(dan menaikkan) aku di MAHISS dlu.Hoh0.Rasenye ok kot malam tu,juz nerv0us sket.Nama akan diumumkan pada bila2 masa..

Seminggu kemudian,
Dipendekkan cerita,ak dan 7 org pelajar f4 telah dipilih utk menjadi pelapis tahun depan.Alhamdulillah. Antara mereka ialah Amirul Luthfi(suara asas)-baik tp kaku sket,Tamimi(2nd)-act sume jenis s0re dy leh wat,xcept asas!!pernah dpt n0 3 negeri,pr0spek paling berbakat utk nasyid SASER,Wan Hazmie(base)-pandai,can adapt to most music instruments,kecuali kongga & yg sewaktu dgnnye,Kamal Ariff(asas)-sol0 kitorg,suare all out!
dan finally aku(3rd)satu2nye suare 3rd kt skola tu,selain Tamimi.hehe.aku gak tukang s0und bdk2 nh kalo ade wat sleck time latihan.Haha.Memang kejam tp prihatin.


   Walaupun ade lagi yg x disebut,tp kami berlima merupakan tunjang utama nasyid sekolah untuk tahun 2010 insyaAllah.

THE FIRST MISSION
HARI GRADUASI 2009 merupakan satu acara tahunan untuk menghargai para pelajar SASER yg cemerlang dalam SPM.Dikhabarkan bahawa kos perbelanjaan majlis ini shj sudah mencecah RM60 000.00 -dan misi kami adalah untuk menyampaikan persembahan nasyid yang akan disaksikan oleh ratusan pelajar,ibu bapa,kakak2,adik2,guru2,media dan pihak2 atasan termasuklah Menteri Besar sendiri.Bertempat di hotel 4@5 bintang,cikgu Aini memang amat mementingkan kesempurnaan.Sebulan sebelum hari tersebut,kami telah pun mula menjalani latihan untuk mencari keserasian antara kami.Lagu yang dipilih ialah lagu Damai,dr Nowseeheart.Pasukan nasyid F5, pd hari yg sama juga telah menyertai nasyid MTQ peringkat daerah.

    Tentatif program berjalan lancar namun debaran semakin terasa.Tubuh terasa lemah dan tangan mula menggeletar sebaik sahaja naik ke pentas sambil memegang mikrofon.Sejuknye mic nh.Intro pun disampaikan,dan persembahan diteruskan secara berhati2.Bila diperhatikan para,hanya golongan hawa yang masih menyaksikan persembahan kami,ttp kaum adam majoritinya tidak mengendahkan kami dan lebih berminat utk berborak dan menikmati hidangan 5 bintang.huhu.Ini satu diskriminasi.
   Maka persembahan kami yang average itu berakhir.Tiada tarikan yg kuat mungkin adalah kerana kami tidak menggunakan sebarang muzik,dan hanya acapella suara.Xpe,pengalaman itu lebih bermakna...

DUGAAN...
Kami dapat melihat wajah kecewa cikgu,namun dia hanya tersenyum kpd kami selepas tamat persembahan.Kami semua berkumpul di luar dewan utama selepas tamat majlis.Cikgu mendapat panggilan telefon drpd ustazah yg in-charge utk mengiringi kump nasyid f5 di Festival nasyid MTQ,berharap untuk sebarang berita baik..

    "Ustazah,mcm mane nasyid?"
    "Maaflah kak Aini,kite kalah."
    "(riak wajah berubah)Kalah?Xde tempat langsung?"
    "Hmm,nampaknya begitulah.."
 Aku xdgr pun perbualan cigu dgn ustazah,tp ak rse mcm 2 lah kot lebih kurang.hehe

Jadi,persembahan kami yang boleh dianggap biase,tetapi dr sudut positif sebenarnya satu pencapaian kerana tidak pernah ada pelajar ting 4 membuat persembahan di majlis yg 'grand' spt itu sejak awal penubuhan SASER.Kami gak blajo byk menda br,selain dpt jln2 di hotel dan dpt jugak stay dalam bilik hotel even juz stgh hari and dipenuhi 20 org dalam 1 bilik(mcm sardin dlm tin).Memang best!Walaupun abang2 senior kitorang kalah,tp xesenarnya itulah fakt0r kejayaan kami selepas itu...

p/s-gambo xdela,pend ilang.wuwu

TAMAT PART 1...



 
 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

The Legend of Kagutaba Village

Intifada al-Aqsa: Peristiwa, sebab dan kesan

The perks of doing elective posting.